Nuffnang

Followers

Monday, January 25, 2010

Damia mintak nenek

Salam pagi

Keinginan yang meluap-luap nak update blog cerita malam tadi. Ye, seperti yang aku beritahu malam tadi (sempat blogging waktu gosok baju :P). Damia pasti bangun dan susah nak tidur malam semula. Tepat sungguh jangkaan aku. Sedang elok aku posting entry semalam, mek Damia dah mula "ek...ek..." merengek mintak perhatian. Sudahnya malam tu pukul berapa pagi dia tidur aku tak tahu. Aku dah penat sehari suntuk, tidur dulu.

Sebelum tidur, Damia datang mengendeng sambil sengih-sengih kat aku. Membebel tah menda kat aku sebab aku dok baring-baring. Tiba-tiba Damia sebut "Nak nenek... nek nenek...." Untuk makluman, permintaan Damia bukanlah nak nenek baru mahupun nenek muda. Kalaulah abah aku dengar, mahunya berjoget-joget dia dengar permintaan cucu bertuah ni. Dan aku tak hairan kalau opahnya Damia tarik muncung dengar kata-kata sokongan pada atoknya itu hohoho....

Sebenarnya aku sendiri tak faham apa permintaan Damia sehinggalah dia selak-selak baju aku. Rupanya nak nenen.... Fahaman manalah Damia belajar, nenen pergi ke nenek kui3.... Mula-mula aku usik Damia tak bagi selak baju. Punyalah marah terjerit-jerit dia bebelkan aku tau. Bila dah bagi dia pulak malu-malu. Bukan nak menyusu pun sebabnya susu badan memang dah kering. Dah lama kering sejak Damia berhenti terus dari menyusu dulu. Sambil masuk mulut tu mata dok jeling-jeling kat aku. Tersipu-sipu, tersengih-sengih macam kerang busuk. Senyum selebar-lebarnya. Mungkin kerana keinginan terlaksana.

Aku rasa Damia jadi teringin ni bila tengok baby nanny Ma yang baru lahir tu menyusu kot. Sebelum baby lahir takde pulak dia minta-minta. Aku yang beria-ia paksa dia menyusu ditolak mentah-mentah pulak.

Sayang je. Memang aku dah cadang nak susukan Damia hingga dia cecah usia 2 tahun ke atas. Kalau lebih tahun pun takpe sebabnya Damia memang tak minum susu tepung lain. Dia tak suka dan dia ada alahan. Kesian anakku... mungkin setakat 1 tahun 6 bulan saja rezekinya minum susu ibu.

Kisah lain, Damia dalam proses mengajuk kata-kata orang. Baru-baru ni, budak ni buat kejutan hebat kat aku bila dengan jelasnya menyebut "Abe!" Bagi yang masih tak tahu, pengasuh Damia orang Kelantan. So faham-fahamlah makna kata-kata Damia tu. Aih... alamatnya berbahasa kelantan la Damia dengan aku lepas ni huhu....

Sebelum aku menutup kata dalam entry ini. Maaflah kalau ada-ada yang segan-segan dan termalu baca entry harini. Aku rasa kisah-kisah penyusuan ibu ni tak perlu malu-malu disebut. Ia bukan suatu taboo yang perlu diselindung lagi. Bukankah susu ibu itu sesuatu yang baik. Padaku apa sahaja maklumat tentang susu ibu aku baca dan ambil jadikan panduan. Kalau berkesempatan aku kongsikan bersama dalam blog. Dan berkongsi itu tandanya kita menghargai, kan.

13 comments:

onniey84 said...

alahai damia..so sweetnya mintak nenen........
takper ted nk buat cmna besabar yerk..tp mana nak tau kan kut2 ada rezeki mia nanti..mngkin susu keluar ke kan

Wansteddy Tales said...

tu la oniey... sian jugak. tp dia usik2 je. myb teringin ble tgk adik bb nenen dgn nanny dia. nk mntk kat nanny nya malu. kui3...

mama uzma said...

so sweet bila damia minta nenen
tapi jgn la sedih..da tertulis x de rezeki utk damia..mcm tu gak ngan uzma..sekejap je dpt merasa..

Wansteddy Tales said...

skrg dlm usaha memujuk damia minum susu. mslhnya tgk je air warna putih (susu) terus cebik2 tak mahu huhu...

Unknown said...

dia rindu nak nenen dan bau badan ko latu..nabila ni dah 3 tahun la ted..menyusu gak..aku dah ngamuk2 sakit..
eh..malu nak cerita psala penyusuan..sejak blog aku tu byk budak muda2 singgah...malu gak aku nak bercerita..tp haaaaaaaaaa pedulikannnn

Wansteddy Tales said...

tu la hada... tah apa mimpi sebelum tu gamaknya. kui3...

kita jgn malu2 dah hada. dedah je. lg pun perkara ni bkn something yg memalukan. sebaliknya sesuatu yg perlu dibanggakan. bkn semua berpeluang susukan bb sendiri. kalau bkn kerana mslh kesihatan mungkin kerana xckp susu. bg ibu2 yg ada kelebihan bg susu ibu ni mmg aku respek. bkn senang wo.. penat habis seluruh bdn. tp kena gagahi jua.

Natasha said...

kak tash merasa menyusukan selama 12 bula..wlpon bkn darah daging kak tash...itulah kenangan terindah:)

Unknown said...

heheh..cam specis fatin je ni.. kalu nak nenen berbaring, die akan say nenek..nek..nek..

Sari said...

btui tu wan..ker ted..heheh
rugi kan klau ader susu tapi xmo bagi, kita yg nak ni xplak dpt... damia merasa nenen smpai setahun lebih tu kira ok la tu wan..xper2 nnti damia dpt adik ble la bagi smpai 2 tahun plak..btui x damia?msti dia angguk2 n ckp btui3x (versi upinipin)

Wansteddy Tales said...

wow kak tash... jasa besar betul kat baby tu. bonding yg kuat smpai baby tu dh besar nanti insya'allah :)

chugie... nak kata pelat rasanya sebut nenen lebih mudah kan chugie? pelik2 baby2 zmn sekarang kui3...

k.sari wan boleh ted pn boleh. wan nama betui kui3... ye btl k.sari rezeki damia smpai tu je tp syukur jugaklah dia tak cerewet bab makan. mslhnya nk balun semua tp dia pulak bnyk alahan. kdg2 pk semula kalau dia xde alahan n makan je semua benda myb boleh bw mudarat pulak msa depan. alhamdulillah setakat ni xde masalah lagi :)

i z z a said...

lo nk nenen rupanya damia nih..ekeke..ok la tu kak lme jgk damia menyusu,anak sedara sy dlu 10 hari je sempat menyusu..lps tu xnak terus..kalu bg msti nangis.alih2 bg FM..rugi sgt2

Wansteddy Tales said...

sayangnya izza....
klu jd ibu susuan mcm kak tish pun okes. tp sian pd kakak izza la penat dlm pantang :)

Natasha said...

tapi syg dia pergi tanpa nesan wan