Nuffnang

Followers

Thursday, January 7, 2010

Penyimpan rahsia

Adakah anda pendengar yang baik? Penyimpan masalah dan rahsia terbaik? Kalau datang teman mengadu masalah sudi pinjamkan telinga sekejap? Kurang-kurang bagi hilangkan sikit beban di hati kawan.

Tapi pada aku kalau jadi pendengar yang baik, ramai yang mungkin sanggup. Kadang-kadang sudi bagi nasihat percuma lagi pada kawan. Tapi yang nak jadi penyimpan rahsia-rahsia tu susah sangat nak cari.

Al- maklum kadang-kadang terlepas cakap. Kadang-kadang marahkan si kawan tu esok-esok hari ceritalah rahsia dia pada orang lain. Balasan melampiaskan dendam pada si kawan tu.
Kan tak elok tu.

Aku ni mungkin kurang kawan. Kawan di alam maya ni tak sama dengan kawan real life. Korang faham kan. Kita tak bertemu empat mata. Kita tak bersentuh tangan hulurkan salam pertemuan. Cuma berbual di dalam maya je. Bagaimanapun kadang-kadang kawan di alam maya ni lebih memahami dibandingkan kawan-kawan real life. Aku bagi perumpamaan saja. Bukan sepenuhnya pengalaman peribadi ya.

Tapi.... ya, melalui dunia blog, aku kenali kawan2 yang akrab. Rajin lepak di rumah blog aku. Dan aku pun buat kunjungan balas. Rapat macam tulah.

Berbalik pada kisah di atas. Kadang-kadang ada juga segelintir teman yang sudi luahkan rahsia peribadi. Yang bertemu selang seminit pun kadang-kadang sudi bercerita masalah mereka. Bukanlah sebab nak raih simpati. Tapi mungkin kerana mereka perlukan tempat dan seseorang untuk diadukan masalah. Walaupun hanya teman singgahan seminit.

Betul... kalau kita punya masalah lebih tenang dapat diluahkan pada seseorang. Rasanya tak sama dengan kita luahkan di atas kertas mahupun menulis panjang lebar dalam blog.
Tapi awaslah dengan perkara-perkara tak baik selepas rahsia terpendam tu kita luahkan pada orang lain. Ya, kadang-kadang kita tak kenal sangat teman tu, kita ceritalah bagai nak rak. Dengan rasa yakin sungguh boleh percaya.

Sayang sungguh kalau yang kita duga tu jauh menyimpang. Andai kata penyimpan rahsia tu memang jenisnya suka bergosip? Jenis suka jaja tepi kain orang? Maka berwaspadalah dan beringat-ingat dalam nak luahkan masalah dan rahsia pada seseorang. Silap-silap rahsia kita bukan saja jadi bahan cerita dan gelak ketawa malah ditokok tambah pula. Malang betul kejadian macam tu. Harap menyimpang jauhlah dari pengalaman hidup kita.

9 comments:

NzA said...

betul tu wan...2 yg kak nza ambil jln trbaik, memendam n simpan kisah duka rapat2. Bkn xpercaya ttp byk kemungkinan akn trjadi. Ada seorg-dua yg benar2 memahami n brkongsi rasa. Dan trkdg kwn alam maya lebih memahami n take care dr org yg slalu brdamping rapat dgn kita setiap hari....

Wansteddy Tales said...

klu pendam2 tensen lain macam k.nza. lebih baik luahkan dlm kertas dlm pc... tp agak2 dh tenang buang lah kertas tu dikhuatiri org len baca, haru jugak.

wan dlu masa damia sakit dan waktu2 bermasalah lain, wan luahkan dalam pc je. tulis2lah segalanya ble dh tenang delete. tp rs syg pulak bila dibuang sbb pengalaman tu berharga walaupun pahit bila dikenang.

Bukan Bidadari said...

perlu luahkan pada org yang tepat... aku ada seorang dua teman yang bole meluahkan...

dan insyallah... aku juga rajin mendengar....dan menyimpan rahsia....

Wansteddy Tales said...

aku dah agak fobia ema...
sbb lain kita luahkan lain cerita disampaikan. lst2 aku suka amik tindakan pendamkan je. huhu

A N A K - A N A K K U said...

tol tue kak wan,kekadang org y terapat lah y akan membunuh segala kepercayaan dan keyakinan dlm diri kita utk meluah...kay de dgr satu ayat nie, dia ckp"pasangan yang baik selalunyer bukanlah kawan @ pendengar yang baik"...memula tak paham gak, tp bila di renung kata² tue dlm² baru paham maksud tersiratnyer...

Unknown said...

emm bahaya kalu beritahu rahsia pd pemecah rahsia ni, so better find somebody yang bisu dan pekak kot heheheh.. joking! emm..kawan baik pun belum tentu bleh jd penyimpan mohor besar rahsia kite, so...simpan dlm hati je kot! better kn?

Wansteddy Tales said...

betul tu Kay, Chugie... nak percaya 100% tu kena pikir masak2 lah. kalau tak kne batang hidung,ok rahsia selamat. kalau yg jenis canang2 berita sensasi. makan hati la nak menghadap khalayak.

pape pn sungguh memualkan kalau jumpa jenis cmni. depan2 bagus2 belakang2 tikam2. adu la...

Unknown said...

ya allah betul la ted..hati2 larr..aku terkena ted.. habis canang benda hal peribadi aku n kwn kita tu k. plak tu tambah ajinomotor..tp empunya diri tak tahu diapun ada gak masalah peribadi. teruk jugak..tkpe..aku takkan bocor kat org..apa kes. nak perangai aku gila cam dia ke

Wansteddy Tales said...

betul tu hada. tak pasal2 kita sekali dilibatnya dlm mslh yg dibuatnya. mmg huru hara hidup.