Nuffnang

Followers

Friday, January 22, 2010

Rutin tidur Damia yang merungsingkan

Serba salah nak bercerita pasal ni sebabnya aku tak nak bila aku menulis orang beranggapan aku nak raih simpati. Korang anggaplah ia sebagai luahan perasaan je ye. Aku rasa perlu jugak aku luahkan dalam blog ini. Sekurang-kurangnya aku tinggalkan kenangan kisah-kisah terkini.

Sebenarnya ada sebab kenapa aku tulis orang beranggapan aku nak raih simpati. Dalam blog lamaku pernah seorang anon user yang aku tahu siapa gerangannya menulis dengan kata-kata penuh kurang ajarannya. Kata si mek anon ni "Janganlah menulis dalam blog semata-mata nak raih simpati". Ketika itu aku menulis tentang kesedihan aku ketika Damia mengidap eczema. Aku berasakan mungkin mek anon ni ada masalah mental sebab rasa prihatinnya sangat tipis. Atau mungkin hatinya sekeras batu kerikil yang tak terkesan dek rasa kepayahan orang. Atau mungkin itu sifat beliau kerana belum dikurniakan anak. Atau memang mek anon tu tiada sifat-sifat keibuan. Wallahualam... Kalau pun rasa tak suka dengan bahan bacaan tu sekurang-kurangnya janganlah sampai tergamak tinggalkan komen yang menyakitkan hati. Jadinya aku anggap kata-kata kosong makcik ni ibarat mencurah air ke daun keladi. Cakap tin kosong.

Berbalik pada tajuk di atas. Nak mulakan macam mana ye, aku dah kaku berdetik-detik depan pc ni ha. Terkedu jap fikirkan ayat selanjutnya.

Baru-baru ini aku rasa keletihan sangat mental dan fizikal. Letihnya kerana tiap-tiap malam Damia susah nak tidur malam. Tidurnya bermula dalam pukul 3 ke 4 pagi. Bayangkan betapa peningnya kepala aku dan ayahnya perlu berjaga temankan dia bermain-main sebelum dia masuk tidur. Esoknya kami nak bekerja. Walaupun ambil p3 iaitu masuk kerja jam 8.30pagi. Masih aku rasakan waktu tu terlalu singkat.

Kadang-kadang kami terlelap dulu tinggalkan dia bermain sorang-sorang. Sebenarnya aku tak risaukan dari segi keselamatan Damia sebab kami tak tidur di atas katil tinggi. Dan aku tak risau kalau mainan Damia bersepah seluruh rumah sebab aku tahu Damia memang tak bermain dengan cara berbahaya.

Masalahnya bila dia nak tidur, Damia tak boleh tidur sendiri. Tidurnya perlu digaru seluruh badan. Aku faham kalau waktu malam rasa gatal kerana eczemanya tu menjadi-jadi. Kenapa aku tahu? sebab aku sendiri kalau makan makanan yang aku alergik, malam2 naiklah rasa gatal kat jari jemari ni. Damia memang tak lena tidur kerana gangguan eczema ni. Kalau dia mula menggaru habis seluruh badan calar balar. Kadang-kadang berdarah luka disebabkan kuku yang panjang. Nak potong kukunya punyalah susah. Macam nak ambil harta penting dari dia pulak. Aku faham itulah 'aset' untuk dia menggaru dengan penuh nikmatnya.

Sebagai menggantikan kuku yang boleh bawa luka yang dalam dan kemungkinan jangkitan melalui kukunya, kami gunakan sikat untuk tolong Damia menggaru. Sikat kesayangan aku habis patah bilah-bilahnya. Rompong bagaikan gigi nenek tua yang lopong tercabut. Sudahnya sikat tu aku campak je ke tong sampah. Masuk sikat kedua pun dah mula tercabut satu bilah sikatnya.

Hurm... tengok-tengok macam tu hati aku mulalah runtun. Sampai bila Damia nak tidur dengan cara macam ni? budak-budak lain tidur aman sepanjang malam. Bermula pukul 10malam hingga ke subuh. Tapi Damia? Pukul 3-4pagi baru mula nak tidur tengahari baru nak jaga. Memang aku tahu dia tidur hingga pukul 12 tengahari atau 1 petang sebab kalau hari cuti aku tengok sendiri gelagatnya. Memang susah nak bangun pagi. Kalau aku kejut pun dia marah nak sambung tidur semula. Lepas bangun, mandi, makan dan main-main, Damia nak tidur semula lewat petang. Kadang-kadang masuk pukul 7malam dia nak tidur. Aku faham itulah puncanya kenapa dia susah nak mengantuk waktu malam.

Macam mana aku nak ubah tabiat tidur Damia? Aku nak cakap je pada nanny Damia jangan bagi dia tidur sampai ke tengahari. Tapi aku rasa nanny ma sendiri jenis tidurnya macam tu. Mungkin disebabkan dia surirumah sepenuh masa, ruang rehatnya banyak. Kalau dia terpaksa ubah rutinnya macam sekat ruang rehat dia pulak. Jadinya aku tak sampai hati.

Aku nak juga pesan jangan bagi Damia tidur petang. Tapi aku rasa korang yang hantar anak pada pengasuh-pengasuh pun mungkin faham. Kadang-kadang dorang ni depan kita ye setuju belakang mungkin tidak. Kesimpulannya aku tahu cara nak didik Damia tidur pada waktu yang sepatutnya, susah. Kalau aku ajarpun kalau dirumah nannynya kembali tidur dengan tabiat yang sama masalah ni takkan boleh selesai.

Sebab itulah apabila hal anak dibangkitkan dalam mesyuarat baru-baru ini aku jadi tersentuh. Aku rasa bagaikan orang nak serang bertubi-tubi. Perlukah aku menjaja cerita tentang Damia barulah nak tingkatkan rasa prihatin. Kalau tak bercerita pun aku tahu mereka-mereka ini ada 'sumber' yang sukahati menyampaikan berita tentang Damia. Kalau tak disampaikan dengan cara prihatin lebih kepada gaya nak mencari kelemahan kami suami isteri pulak. Dan ye, aku tahu si anu-anu ini pun suka curi-curi baca blog aku. Aku tak kisah... blog aku untuk tatapan umum. Tapi tolonglah jangan jadikannya isu sensasi untuk dimuatkan dalam bahan umpatan dikalangan rakan sekerja ye. Buatlah kerja yang lebih berfaedah dari teruskan amalan mengumpat tu.

Sedang menaip ni pun aku pening-pening kepala. Manalah tidaknya, tidur aku memang tak cukup. Aku yakin en.hb pun lebih pening lagi sebab dengan ayahlah Damia lebih berpaut. Sikit-sikit ayah. Kalau nak bergaru pun dia ambil sikat dari tangan aku dan bagi pada ayahnya mintak digaru.

Aku yakin memanglah ini dugaan dari Allah. Nak uji tahap kesabaran kami menjaga anak kami ni. Walaupun aku redha dengan eczema Damia, tapi aku terganggu dengan rutin tidurnya yang tak betul. Bukan saja beri kesan pada Damia, malah pada aku dan en.hb jugak. Bayangkan sehari tidur 2-3 jam je.

Aku penat sangat-sangat.
Sekali lagi aku nak ingatkan... aku bukan raih simpati.

24 comments:

Zaza Emeer said...

saya faham... my friend's punye anak pun ada mslh yg sama. eczema, mmg x lena tdo... asyik kne garu je... bgn tdo tgh2 mlm mintak di garu. and my friend tu plak br dpt 2nd baby. letih sgt nak menjaga ke2-2 nyer.. siang nak gi keje lg... tak cukup rest.

Bukan Bidadari said...

sabar la wan...... aku x tau nak ckp mcm mane.... x de pilihan kan?

Wansteddy Tales said...

siannya... inilah motivasi saya zaza. kalau saya rasa susah saya kne pikir yg org lain lebih susah dr saya. sbb 2 saya pekakkan telinga ble ada yg bertnya bila nk bg damia adik. xsanggup nk bahagikan kasih sedangkan damia pn kena diberi lebih perhatian. tp situasi kwn zaza tu btl2 saya merasa dan fahami. thanx sharing kisah zaza

Wansteddy Tales said...

tah la ema... kdg2 ble terlalu penat hilang pertimbangan aku. 2 psl aku emo sungguh isu psl anak dlm meeting haritu. mg cepat aku terguris bila sentuh bab2 anak. nak2 aku penat kurang rehat. pertimbangan pun jd xwajar dah.

Unknown said...

cian ko ted..aku baca pun aku tahulah macam mana. mgkn org yg mengata bukan di tempat ko.tu syok mak bapak nya mengata kau. pasal excema..nabilapun tido di garu gak..
aku tahu la perasaan mcm mana..ko sabar ye sayang...pasal meraih simpati..sapa dia nak kata ko raih simpati..emo aku nih

Wansteddy Tales said...

ye hada... aku ingt lg muka nabila comel tu. alhamdulillah eczema nabila makin susut kan. sama la dgn damia. tp kesannya masih kekal kan hada.

dia tu aku kenal sngt2. tp malas aku nk ceritakan hal dia. rugi masa aku je memikirkannya. esok lusa dia ditakdirkan dpt zuriat barulah dia tahu perasaan seorg ibu. skrg ni dia tgh ssh hati blm dpt zuriat. tp dlm msa yg sama perlecehkan anak2 yg ada eczema.

melalui sorg kwn dia ckp cmni:

"geli tgk budak2 yg kena eczema"

skrg bru aku sedar. klu cmtu ckp2 dia agaknya skrg apa lg dia sedap mengata anak aku huhu....

ah, rs nk ternangis lagi aku, sedihnya....

i z z a said...

kesian pd akak,sabar la..sy faham keadaan akak..biarlah ape org nk ckp pn..diorg xkn faham sbb x kena pd dia..

Wansteddy Tales said...

thanx izza.

Bukan Bidadari said...

AHA..AKU TGK MUKE DAMIA MCM DAH OK JER.. TGK GAMBO GENTING ARITU...

Wansteddy Tales said...

ehe.. muka dan kepalanya alhamdulillah okey dah ema. kaki tgn je prob set. kdg2 naik kering tu punca dia teruk menggaru.

kalaupn kulitnya dh bersih tp mlm2 still mengaru sbb darah kot. doc pn sahkan eczema ni xkn hilang sbb libatkan darah. bergantung pd antibodinya untuk pulih.

yantz-yeem said...

mmm sama lah ngan aku...kalo aqil tu wat hal xmo tdo asyik nak main jek...mmg pagi2 aku pon terbabas!!!pe lagiks kalo tetiba dia x sihat..
tpi selagi dia tgk ayahnya x masuk bilik, selagi tu dia x tdo...

xpe dah bso sket nnti damia dah ok ikut rutin tido cam biasa...mungkin skg sbb ezema dia tu yg wat dia ssh nak tdo..kna bergaru...ko sabar je la eks...

hehehe...x ckup tdo ko lepak je dlm surau...cam aku salu buat hahahaha

nurKN @ Nur said...

aisehh..siannye kalu xckup tdo..lg sian ank lnsung xnk tdo..psl ekzema ni mmg xleh nk wtpe except kna mkn ubt+pkai krim dktor.kna elak mkn mknn yg wt gtl jd teruk.tp klu digaru mmg mkin mrebk la jwbnye.pepun try do smthg.myb leh try gune plaster kaki yg leh tarik toksin dr bdn bb punca gtl sllu dtg dr drh ktor.or mybe kna ubh pola tdonye..mybe during daytime kna ajk dia wat aktvti dia suke e.g drwing, joget2 so tht mlm dia pent br lena..xleh mndadak sis, kna step by step..jz bg idea..

NzA said...

kesiannya wan..rutin 2 akn brubah gak ttp mungkin memkn masa ckit..

Cuba wan buatkn sup ikan yu utk damia...jdkn rutin bbrapa minggu. kak nza dpt petua ni dr sorg cina masa angah kena eczema dulu...Alhamdulillah, myb angah serasi n dh ilang gatal2 tu..Mana taukh, kalau2 sesuai dgn damia.

QuEeN Of 2 Heroes said...

sabar ye kak...
nak dengar cakap org...susah hidup...kan3 :)
nanti dia ade anak baru dia tau cemana pengorbanan nak besarkan anak...bukan senang..kan3...:)
asik kan3 je...hehehe :p

Wansteddy Tales said...

k.yantz.. penat kan. adu kdg2 tak tertanggung aku rasa. penah wat keje tup2 aku tak sedar etrlentuk depan pc naghahaa... tah berapa ramai saksi nmpk aku tido kat meja tu huhu...

kalau aku pn tido dlm surau, percayalah. pasni masuk isu dlm meeting TAK BOLEH TIDUR DLM SURAU. blablabla... mcm2 opis kita ni huhu

nurKN... kami bawa damia jumpa pakar dermatology kulitnya makin pulih sebab ubt n kain dermato hospital juga, alhamdulillah. cumanya sbb antibodi msh lemah eczema 2 agak kuat utk dia. sbb tu slalu bergaru. thanx sharing info nur. myb blh cari maklumat lbh detail pasal kain tarik toksin tu.

k.nza... b4 ni ada cdgn buat sup belut da goreng belut. wan pernah buatkan sup. damia hirup sket pastu smpi skrg tgk sup dah fobia :P lgpun wan rs dia xserasi dgn belut. pas makan naik alergik. wan nak tanya, ikan yu tu tak gatal ke kak? bukan ke eczema ni kalau blh kena pntang ikan laut?
btw: thanx sharing info kak.

nad... tu le nad. dia blm merasa. dia cuma perati anak org je. klu dia xsuka mak bapak budak tu budak ni dia serang melalui budak tu, kata budak lembabs la berpenyakitla... k.wan xblh citer lebih lanjut hal ni. kang ada yg terasa. k.wan tahu dia follow senyap2 baca blog akak dr blog lama dlu smpi sekarang :P
tp akak xkisah. mmg akak xpuas hati dgn dia!

Unknown said...

oi dia kata geli dgn budak exzema...? aku doakan anak dia ada exzema...bior dia tahu mcm mana..mulut cabullllll

Wansteddy Tales said...

entry ni saja aku dh bukak pekung habis huhu... klu ikutkn bnyk lg ayat2 yg dia penah katakan hada. bnyk guriskan perasaan. aku mmg bengang dgn dia ni. tp aku rs lantaklah. hal yg lepas aku pk lepaslah. aku malas nk pnjg2 sbb kalau aku ingt2 aku sedih n sakit hati. hdp aku sndri bermasalah tmbh masalah klu kenangkan psl org tak berfaedah mcm dia hah.

onniey84 said...

haaii mulut manusia ni....mmg susah sungguh utk kita katup..kadang rasa mcm dorang ni tk ckup akal pun yer gak..... tak pandai nak selami utk memahami perasaan org..
oni phm ted..... mmg kita bkn nak raih simpati, tp cuma nk org memahami.....tp masalah org yg tak pndai phm ni kita abaikan jer....satu hari kalau kena batang hdung sndri, sendri mau ingat.....
yang penting perubahan damia dh betul2 ketara...rambut pun dh panjang...dah pandai jalan....hanya kita yg ibu ni yg tahu anak kita mcm mana,,,, walau macam mana pun damia adalah segala galanya ..perdulikan kata2 org

Wansteddy Tales said...

bnyk bersyukur tgk perkembangan damia terkini. berubah bnyk dah cumanya saki baki kat bhgn kaki tgn susah nk jaga lagi. mslh mngaru pn masih ada smpai skrg.

abigemok said...

aku tak tahu pun penyakit ni... tapi, sabar je la... tak tahu nak cakap ape dah... just doa banyak2 n minta tlg pada yang maha esa...

Wansteddy Tales said...

Kyuubi_85 trimas. eczema ni bnyk jenis. damia kne jenis kulit kering. gatal seluruh bdn. dlu kepala pn penuh dgn kerak2 kepala tebal. sedih diingat2kn. sbb tu saya delete gmbr2 damia msa skt teruk dlu. ingt2 pn rs sedih apa lg tgk gmbr2nya.

Wansteddy Tales said...

Kyuubi_85 trimas. eczema ni bnyk jenis. damia kne jenis kulit kering. gatal seluruh bdn. dlu kepala pn penuh dgn kerak2 kepala tebal. sedih diingat2kn. sbb tu saya delete gmbr2 damia msa skt teruk dlu. ingt2 pn rs sedih apa lg tgk gmbr2nya.

wan hairunizam @ cob acong said...

nak besarkan anak macam tu la..ko tgk abg ngan kak nor masa nemi kecik dlu..mcm2 kerenah nangis malam la..siap jerit2 lg kan..tp tu la ada hikmah di sebalik semua tu..yang penting kn sabar..ignore je ckp org..we did our best n raise our child..dont let them blame us sbb tak besar kan diorg ngan betul..tp dlm kes ko abg simpati sgt kat eiya dan korang berdua gak..cepat la eiya besar dan sihat ekk..

Wansteddy Tales said...

tu la abg. haritu sembang2 dgn mak. dia pn ckp hal sama. lain anak lain cabarannya. ko, aku n akak len2 mslh anak. tp tu la yg blh mematangkan kita. aku bkn tak bersyukur abang. apa aku nk rungutkan. walaupun damia sakit teruk dulu dia bb yg tabah. sabar je dan tak kuat komplen. yg tu aku kagum dgn semangat dia. tp kdg2 bila kita sndri berpaut pd semngt yang nipis pastu ada pulak yg suka menyucuk dan menambah susah dlm hati ni, tu yg buat aku mudah sngt sensitif.

bila dgr neshat2 dr famili cpt je aku rs sayu n sedih sbb terharu. thanx abang. ni yg buat rindu sngt kat korg anak beranak huuhu...