Nuffnang

Followers

Sunday, February 28, 2010

Air karat

Baru-baru ni di kawasan perumahanku ada masalah air. Warnanya kuning. Bila disentuh kulit rasa kesat dan tak selesa. Baunya beraroma hamis. Sah-sahlah air berkarat. Seboleh-bolehnya aku nak mengelak mandi. Tapi gile la tak mandi kurang-kurang dua kali sehari kan... Kita bukannya tinggal kat iklim bercuaca sejuk nak tenang-tenang tak mandi.

Lepas mandi kesannya memang terang-terang di atas kulit. Naik bintik-bintik merah beruam. Rasa miang tu tak payah cakap la. Aku fikir lebih baik kami tidur di hotel je. Koman-koman airnya mungkin bersih. Bila fikirnya kemungkinan mungkin bersih saja tu yang buat aku rasa cadangan membazir tu bakal menyusahkan. Bayangkan dengan gaji akan datang kena tunggu hujung bulan 3 nanti. Dan bayangkan dompet yang kian tipis ni. Berangan sajalah.

Damia mandi dengan air tapisan. Mujurlah ada alat tapisan air di sinki. Sebelum mandikan Damia nak atau tak nak kenalah tadah air dulu dalam besen mandinya. Kemudian barulah bagi mek kecik ni mandi dengan meriahnya. Siap berenang-renang lagi gaya kuak lentang hohoho... Tapi kenangkan hari-hari letak Damia bawah jagaan nannynya aku tak dapat menolak untuk tengok je kesannya pada kulit Damia. Baru-baru ni naik jugaklah ruam degil yang susah nak surut tu. Dan aku tahu puncanya dari air mandian di rumah nanny. Takkan la aku nak suruh nannynya tadah air bersihkan. Menyusahkan oranglah pulak. Macam biasa aku kena pejamkan mata saja la. Tahan je hati.

Syukurlah harini aku tengok air dah kurang karatnya. Aku tak tahulah sama ada masalah air karat ni dah selesai ke belum. Kalau takde masalah air karat lagi senanglah hati. Bolehlah basuh baju dengan senang hati. Bayangkan basuh baju dengan air karat, habis semua baju bertukar warna kuning karat huhu.... Tapi kami masih mandikan Damia dengan air tapisan. Yang penting kami betul-betul pasti air mandian Damia tak tercemar dengan air karat. Buatlah kerja sikit demi anak.

Kesimpulannya aku rasa, aku lebih senang hati mandi air mahal dari mandi air karat yang tentu-tentu bawa masalah kesihatan ni. Tapi aku lebih senang hati dapat mandi air bersih yang murah bil bulanannya. Siapa tak nak hidup senangkan.

4 comments:

i z z a said...

kt sini pn sama..nmpk air jernih je tp ade karat gak..

Wansteddy Tales said...

akak pk positif myb sbb bebru ni musim kemarau. air takungan sikit jd dorg kurangkan kualiti air drpd semua rumah xde air langsung. tp negatifnya xfikir ke air kotor tu bw mudarat? geram je rasa.

Bukan Bidadari said...

tensen tau kalau air gitu.. arghhh...

Wansteddy Tales said...

hai.. aku ni xlarat nk komplen dah ema huhu