Nuffnang

Saturday, February 27, 2010

Hadiah dari ArtSquareGroup

Harini khabar gembiranya dapat hadiah dari contest Utopia. Tua-tua gini pun baca komik remaja ke? Cizz... jangan pandang enteng padaku. Aku memang peminat komik sejak dari kecik tau huhu...

Sebenarnya aku join contest ni di saat-saat lepas tarikh tutupnya. Aku nekad je masuk jugak contest ni sebab kalau rugi pun RM0.50 je habis kredit. Tak sangka-sangka dalam banyak-banyak contest buku tu yang aku yakin sikit peluang menangnya, contest ini yang melekat. Alhamdulillah... Hadiahnya bukan hadiah utama. 4 keping tiket wayang free. Cuma layak untuk filem-filem keluaran produksi tertentu. Tapi buat aku senyum sumbing jugaklah sebab seronok dapat rezeki bernasip baik. Ikutkan tak layak menang pun sebab dah melepasi tarikh tutup kan.

Dah lama aku tinggalkan minat kumpul majalah komik Gempakstarz dan Utopia. Bukan kerana aku dah tak suka membaca komik, tapi aku kenangkan duit nak laburkan beli majalah-majalah kegemaran tu lebih baik aku simpan buat tabungan je. Tapi baru-baru ni aku beli jugak majalah tersebut sebab aku nak ambil tahu info tentang Filem Alice In Wonderland karya Tim Burton yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Aku memang peminat karya beliau. Dan aku memang tahu Utopia ni jenis majalah yang ceritakan info secara menarik dan kreatif.

Sambil-sambil membaca tu aku ambil peluang sertai contest-contestnya dengan harapan besar lekatlah contest Alice in Wonderland tu. Sebab kalaupun hadiahnya tak best pun aku tetap nak kan dia punya item sebagai koleksi. Maafkan sikap kebudak-budakkan aku ini. Aku memang suka kumpul item comel-comel dan pelik-pelik. Dan mak aku kalau dapat tahu, tentu-tentu selar aku dengan nada sinis serta ton suara ala-ala soprano.... "Mmmmembazirrrrr!"

Tapi memang berbaloi kan aku beli buku tu. Tak pasal-pasal lekat hadiah. Bolehlah tonton filem free dengan en.hb dua kali dalam bulan 3 ni. hohoho....

Niatnya aku nak upload gambar tiket free tu tadi. Tapi server kat rumah ni mengekang gambar dari di upload. Kan bangang namanya sewa bil RM90++ untuk 1MB mbps tapi nak upload gambar tak sampai 50kb pun tak mampu! Hoh! Sebelum naik lagi kepala angin aku ni kenangkan betapa hampehnya ini server baik aku kembali pada tugasan rumah.

Besok-besok aku blogging balik dan buat cubaan upload gambar lagi. Baru balik dari IKEA.

5 comments:

chugie said...

x sabar nk tggu entry balik dr ikea cik wan tu.. cepat2 update tau!

i z z a said...

best nyer dpt tiket free..

yantz-yeem said...

woitttt byk ko menang...jeles nih!!!hahahahaah.....apa borong kat ikea...best nya kalo aku dpt jenjalan ke mall coti2 ni..huhuhuhu

nza said...

tahniah...mkin murah rezeki lo..amin!

Wansteddy Tales said...

chugie... xde yg best sngt nk citer psl IKEA tu. tp klu rajin nnt saya update ;)

izza... rancangnya nk tgk filem percy ++ semalam. tp waktu movienya pukul 11.45mlm. berchenta hakak nk tgk tgh2 mlm buta gitu dgn bawak damia. karang dia pulak bikin wayang hohoho

k.yantz... menang ciput je bkn apalah sngt nk bg jeles kui3. IKEA tgh sale.

k.nza... thanx kak... doa kwn2 jugak ni :)