Nuffnang

Followers

Saturday, February 6, 2010

Baby Ammar

Menitik air mata aku baca kisah baby Ammar. Besar dugaan Allah berikan pada mummy dan abahnya. Lebih runtun bila melihat gambar-gambar Ammar yang terlantar dengan tiub segala.


Aku faham perasaan mummy Ammar bila dia sebut di dalam blognya, dia susah hati perlu keluar masuk hospital. Aku pun pernah merasakannya ketika Damia derita eczema yang teruk dulu. Sepanjang tahun lepas sahaja lebih 6 kali kami keluar masuk wad. Paling lama 11 hari. Tekanan mental dan fizikal melihat anak yang derita sakit dan masalah kewangan yang mencengkam. Begitulah tekanan yang sedang dihadapi oleh keluarga baby Ammar ini.

Rayuan aku jugak supaya keluarga ini tidak diganggu oleh anasir-anasir yang cuba mengugat ketenangan mereka. Berilah sokongan moral, bukan menambah rasa resah di hati mereka. Kita rakyat Malaysia perlulah prihatin membantu, bukan rajin menjatuhkan. Tambah-tambah di waktu orang sedang di landa kesusahan.

Menitip sorotan gambar baby Ammar, kenalilah baby ini... Setahu aku Ammar dah berusia 2 tahun. Beliau memang baby yang comel dan ceria. Tapi siapa tahu di balik wajah gembiranya terlindung rasa sakit yang pasti menderitakan si kecil ini.

Sama-sama kita doakan Ammar selamat
menjalani pembedahan dan cepat sembuh yep.

Kawan-kawan semua, marilah sama-sama kita membantu keluarga ini. Tak dapat bantu banyak, bantu dengan iklankan nuffnang baby Ammar pun memadai. Untuk maklman kalian, segala klik iklan nuffnang yang korang titipkan melalui blog aku akan disumbangkan kepada keluarga Ammar. Bantu aku untuk bantu mereka. Sama-sama kita tukar iklan nuffnang kita kepada iklan kebajikan seperti ini yep.

Bagi yang dapat menitipkan sedikit bantuan kewangan sumbangkan terus ke akaun mummy Ammar. Sumbangan ini bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka yang memang memerlukan kos besar.

Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)

Kita membantu bukan kerana kita perlu simpati,
tapi kerana kita harus prihatin.

6 comments:

NzA said...

kesiankn...sama2lh kita membantu adik ammar....insyallah.

Wansteddy Tales said...

dpt klik kat nuffnang dah memadai kan k.nza. sedaya upaya nak bantu keluarga ini.

i z z a said...

sy x blh tgk baby2 yg sakit..cepat sgt rasa sayu..moga ammar sembuh sprti sediakala..

Wansteddy Tales said...

amin...
doa pn membantu jugak izza.

Ain said...

dah masukkan iklan charity adik ammar....

moga semuanya selamat dan berjaya....

Wansteddy Tales said...

amin...