Nuffnang

Tuesday, February 9, 2010

Barbie



Dah tua bangka dah Barbie ni rupanya. Kalau ikutkan usia sebenar Barbie, macam kat bawah ni le rupanya Cik Barbie ni...



Kalau masa kecik-kecik, tempat kegemaran wajib singgah aku kat shopping Mall, tentu2lah bahagian showcase set Barbie. Masa aku kecik-kecik dulu, The Mall Kuala Lumpur sekarang bernama Yaohan. Betulkan kalau aku salah, lupalah nama betulnya tapi sebutannya gitulah.


Suka aku ambil masa berjam-jam sambil pasang angan-angan nak memiliki set-set cantik macam sedia ada. Ada set kat kolam renang, set bilik tidur dan macam-macam lagi. Semuanya memukau mata. Kalaulah aku dapat kumpul semua... mesti best. Aku ingat lagi itulah kata-kata yang aku ulang sebut tiap kali terpesona tengok semua set dalam showcase tu.

Walaupun sekarang aku dah makin berusia, niat nak kumpul set Barbie comel-comel tu belum lagi terpadam tau. Cumanya aku rasa beli benda lain lebih berbaloi-baloi jadinya angan-angan tetap tinggal angan-angan.

Mungkin bila Damia dah pandai bermain dengan anak patung nanti barulah aku betul-betul beli set Barbie. Itu pun kalau mek Damia nak main. Aku tengok dari gayanya memang Damia tak suka anak-anak patung ni. Kereta, komputer, buku cerita, buku lukisan memang kegemaran dia. Tapi kalau teddy bear dia tendang jauh-jauh. Patung mini figure aku dia takut pulak. Kalau jalan-jalan bahagian Barbie memang Damia tak ambil peduli. Tapi kalau anak patung rupa baby dia jenguklah jugak. Mungkin dia sangka baby betul :P












4 comments:

M@iRaB@bY said...

salam u..alamak,comel2 barbie..sampai skrng cam gila obses ngn barbie segala..hehe

chugie said...

so cute that barbie..

Ain said...

cantikk sangatt kan, tapi mahalnya nak beli....huhuhu....

wansteddy said...

sama la dgn diriku mega. tingin nk kumpul koleksi barbie... tp my baby xminat uhuhu...

chugie.. nak2 yg dgn theme kan comel sungguh!

ain.. kalu beli masa warehouse murah sungguh ain! barbie yg dijual dgn harga rm39.90 tu lelong rm10 saja. kalau set yg agak besar rm60-100 juz bayar sekitar rm20-50 saja. berbaloi2. tp warehouse barbie bebaru ni saya tak sempat pergi. sayangnya...