Nuffnang

Followers

Thursday, February 4, 2010

Extra Gift SURPRISE ConWay

Semalam barulah aku dapat hantarkan hadiah-hadiah kepada peserta conway SURPRISE. Nasip baik jugaklah bilangan pesertanya tak ramai. Kalau ramai aku rasa tentu makan masa lebih lama nak tunggu semua alamat peserta masuk ke inbox mail.

Sebenarnya sebelum aku kirimkan hadiah saguhati kepada para peserta, aku terlebih dahulu emailkan kepada semua beberapa item yang telah aku reka khas untuk peserta-peserta conway tersebut. Seingat aku awal minggu lepas aku dah emailkan pada mereka semua.

Rancangnya aku nak buatkan papercraft mengikut muka-muka para peserta seperti yang aku hasilkan seperti Myself Papercraft dulu. Tapi kenangkan masa bekerja aku begitu terhad, aku takde masa nak siapkan kesepuluh2 muka peserta. Siapkan satu muka je aku dah rasa pecah kepala okey. Bayangkan nak lukis 10 karikatur ikut muka blogger dalam masa seminggu je! Fening hakakkk....

Sudahnya aku ambil pendekatan mudah+(kohkohkoh... malas) buat je simple papercraft. Hasilnya terciptalah satu design papercraft. Sesudah siap, aku emailkan saja kepada semua peserta conway. Aku tak tahu semua peserta dah terima atau belum sebab yang bagi feedback terima cuma Anin dan K.Yantz. Yang lain-lainnya aku berharap penuh saja dah terima email tersebut. Sengaja aku tak bagi dalam bentuk print out sebab aku nak dorang tentukan sendiri saiz yang dikehendaki mereka. Kalau print guna printer A3 dapatlah papercraft yang besar sedikit kan.

Panjang lebar pulak merepekian aku harini. Lihat je la hasilnya. Saiz yang aku upload ni lebih kecil dari yang asal. Kualitinya kureng le berbanding yang telah diemail. Kepada semua peserta conwayku. Harap-harap kalian berpuas hati dengan sedikit saguhati dariku ini. Terima Kasih kerana sudi menyertai conwayku. Sayang korang!


Ini poskad ~ Kulit luar

Isi dalam
Teddy Pink Papercraft (DIY ~ do it yourself)
Papercraft berbentuk teddy bear pink seperti dibawah tu dah lama aku reka. Aku cuma ambil templatenya dan ubah suai menjadi papercraft baru yang lebih cute seperti rekaan dibawah.

Cute Papercraft (DIY ~ do it yourself)


BookmarkSimple je sebab aku cuma ambil masa beberapa minit siapkan segalanya. Seronok rekabentuk papercraft dan poskad ni. Nak-nak bila dah sedia ada templatenya. Lepas ni nak design lagi banyak-banyak sampai muntah kui3...

5 comments:

Unknown said...

tak sabar la ted..klu ko buat myselfpaper craft tu lagu best..muehahahhaha

i z z a said...

hehehe...kalu akak x bt entry nih..confirm sy lupa..dh terima la emel tuh..lupa nk bgtau jerk..mekasih yerkk..comel tp x print lagik

Wansteddy Tales said...

hada... buleh2. satu design papercraft karikatur seploh hengget! siap dgn item tmbhn n jenis baju lagi. murah2... cey ceyyy... aku dicabar bikin bisnez ni ngahahhahaaaa.. sungguh tak berani.

izza... akak cdgkn print guna paper keras. kalau guna art card lebih baik. nk efek lg cun guna glossy paper. gempak! kaler pn sure lebih meriah XD

alinalan said...

wan mekaceh for the extra gift ruh. Dah terima... & suke sgt. Tak sempat lg nk print sbb ink dah abis daaa.

thanks again dear!! next week jemput join contest saya pula yer.

Wansteddy Tales said...

sama2 momma Mia :)
wah! nk anjur contest yep. bestnya!
insya'allah akan join.

ps: sempat lagi kalau nak join contest pampers4free dalam blog saya ni. harini tarikh tutup.