Nuffnang

Followers

Thursday, February 25, 2010

Membahasakan mak dengan nama dia? lawak ke hampeh.

Teringat masa dahulu. Kenangan ni dah lama sangat aku pun ingat-ingat lupa. Waktu tu aku rasa usia aku sekitar 7 ke 8 tahun. Masih mentah. Skema jugak. Semasa kecik di kampung aku berkawan rapat dengan sepupuku. Ija namanya. Ija ni masa kecik memang comel. Ramai yang suka mengusik Ija sebab mukanya yang memang cute tu. Nak-nak dia ada tanda lahir merah di atas lekuk sudut antara bibir dan hidung kita ni. Tanda lahir ni penambah seri lagi pada muka Ija yang sedia comel tu.

Ija ni pun jenis pak turut juga. Lurus istilah paling tepat. Dalam suatu kejadian contohnya. Sedang aku, Ija dan Cu La (pangkat mak saudara denganku setahun je beza usia) melepak-lepak... Cu La ni kaki mengusik. Dia ceritalah pada kami nama mak Ija, Hendon namanya. "Kalau jumpa mak, Ija panggil dia Hendon tau. Jangan panggil mak. Kalau nak milo cakap je Hendon... nak air!" Gitulah sikit lebih kurang arahan Cu La ni.

Sedang elok diberi nasihat 'bagus' macam tu, mak saudara aku tu munculkan diri pulak tak kena waktunya. Yang Ija pulak apa lagi. Dengan penuh yakin dan mendabik dadanya jerit pada mak dia. "Hendonnnnnn! Aku nak milo!"

Babak seterusnya, acara kejar mengejar dan piap memiap antara ibu dan anak. Termasuk acara membebel panjang yang tah hapa biji butir tak faham ke hapa. Aku dan Cu La yang jadi penonton sejak dari mula. Melopong je tepi pintu. Aku pandang Cu La yang terkebil-kebil dengan muka bersalah. Terus mintak nak balik ke rumahnya. Bertuah punya budak. Dah bagi huru hara nak lari pulak!

Bila aku ingat-ingat kisah ni tersengih-sengih aku sendirian. Kisah ni walaupun kelihatan lawak tapi hakikatnya tidak kelakar okey. Cumanya aku masih rasa gelihati sebab mengingatkan ton suara yang digunakan Ija dalam membahasakan makcik aku tu dengan nama penuh. Kalau anak aku pun panggil aku dengan nama penuh siap bagi arahan sesuka hati, naik melenting jugak. Adab tu. Kalau orang lain tengok sah-sah kata mak tak reti menjaga anak. Kan...

Aku tak rasa Ija ingat lagi kisah ni. Kalau aku imbas-imbas kenangan lalu dengan Ija bukan dia ingat hapa pun. Iye la masa tu dia baru lingkungan usia 5 ke 6 tahun. Mentah lagi. Tapi kelakar. Dengan rupa cute dan sikap inesennya. Memang buat aku ketawa tahap leleh air mata. Aih....

___________________________

Dulu aku belajar di Melaka. Bulan pertama belajar di sana aku dikejutkan dengan budaya yang tak pernah aku lihat sebelumnya. Mak dan anak selamba je bahasakan diri "KAU, AKU". Tapi lama-kelamaan aku dah terbiasa. Terdengar carut marut luar kawalan pun aku biasakan diri pekak-pekakkan telinga je.

Lain tempat lain budayanya kan. Kita terpaksalah menerima. Tak bolehlah nak ambil hati membuta tuli. Tapi tak semuanya punya budaya begini. Bergantung juga pada hasil didikan keluarga masing-masing. Dan aku tidak mengkritik. Sekadar menceritakan kenangan lalu :)

4 comments:

i z z a said...

hik3..yo la kecik lagi time tuh,xtau ape2..pkai ikut je ape org sruh

Wansteddy Tales said...

pastu kena balun! adula... sian btul ingt2 ^_^"

NzA said...

hi.hi.hi...klakar lak.

Ttp mmg kak nza pn first time g umah MIL trperanjat beruk bila MIL bahasakn AKU..KAU dgn ank2 (MIL org Muar). Suami pandang2 kak nza dn bagi penerangan pjg lebar...HIs!!!mmg trkedu...Lama2 dh biasa dgn keadaan..Bak kt wan adat n budaya berbeza.Ttp dlm family, ibu n ayah yg mencorakknnya..Kak nza mmg haramkn ank2 ckp aku n kau sesama mrk...masing2 punya pendapatkn.....

Wansteddy Tales said...

wan dgn MIL pn berckp mcm ayam n itik berborak. klu k.nza pernah berborak dgn org sbh tentu tahu kan guna bahasa dorg kui3... tp btl sngt2 ckp k.nza tu. ibu bapa yg mencorakkan anak2.