Nuffnang

Followers

Tuesday, February 23, 2010

Pohon di kuburan

Isu ini menarik minat aku. Itu pun selepas tengok mesej spam masuk dalam email. Daripada aku delete saja lebih baik aku baca dulu. Dan tak sangka pulak boleh aku jadikan satu entry baru di sini.

Kebiasaannya apabila kita melawat kuburan orang meninggal tentunya apa yang kita akan buat? Selain membaca surah yassin atau sekadar sedekahkan al-fatihah sekurang-kurangnya. Tentu ada yang sediakan sejag atau lebih air untuk dibuat siraman di atas kubur si mati. Kalau lebih modal, beli atau petik bunga di taman dan dicampurkan dengan air tersebut. Dengan harapan si mati dapat menikmati bauan harum bunga.

Ada yang mengatakan ia adalah perbuatan bidaah. Dan ada yang mengatakan ia merupakan acara wajib apabila melawat kuburan. Khususnya untuk memberi cebisan rasa gembira untuk si mati. Ada yang berkata tabur bunga, tanam pokok atau siram air ini disunatkan kerana dapat mendinginkan mayat dalam kubur serta pokok atau bunga itu selagi basah dapat bertasbih untuk keringan siksaan pada mayat. Wallahualam.

Namun kenyataan di bawah inilah yang harus membuka mata setiap insan.

Imam Muslim rahimahullah menyebutkan di akhir kitab Sahihnya sebuah hadis yang panjang iaitu hadis Jabir tentang dua penghuni kubur, (Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda):

"... maka syafa'atku untuk meringankan azab dari kedua penghuni kubur itu dikabulkan selama dua batang kayu ini masih basah."

Dalam hadis tersebut tidak ada isyarat yang menunjukkan bolehnya menanam pelepah kurma atau yang lainnya di atas kuburan. Itu merupakan kekhususan Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam, kerana Allah Ta'ala memperlihatkan kepada Baginda sallallahu 'alaihi wassalam keadaan dua penghuni kubur tersebut dan azab yang mereka alami.

"Kalau seandainya keadaan basah pelepah itu yang dimaksud, pasti para Salafus Solih (generasi awal) telah memahaminya dan mengamalkan penunjukkannya serta telah meletakkan pelepah atau batang pohon di atas kubur ketika mereka berziarah. Kalau seandainya mereka melakukan hal tersebut, tentu beritanya akan masyhur kemudian dinukil para perawi terpercaya kepada kita. Kerana ini termasuk perkara yang menarik perhatian dan mesti dinukil. Jika tidak dinukil, maka menunjukkan bahwa hal itu tidak pernah terjadi. Cara seperti ini dalam mendekatkan diri kepada Allah adalah bid'ah" (Syaikh Al Albani, Ahkamul Janaaiz,hal. 201).

"Pendapat yang mengatakan bahwa hal itu merupakan kekhususan Nabi merupakan pendapat yang benar. Kerana Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam tidak pernah menanamkan pelepah kecuali di atas kuburan yang beliau ketahui penghuninya sedang disiksa dan tidak melakukan hal itu kepada semua kuburan. Kalau seandainya perbuatan itu sunnah, tentu Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam akan melakukannya kepada semua kuburan. Juga kerana para khulafa' Ar Rasyidin dan tokoh besar sahabat tidak pernah melakukan hal itu. Kalau seandainya itu disyariatkan tentu mereka akan segera melakukannya" (Komentar Syaikh Bin Baaz ke atas kitab Fathul Baari, 3/223).

Imam Bukhari rahimahullah membuat satu bab dalam kitab sahihnya (3/222) Bab Al Jariidati Ala Al Qabri. Ibnu Rusydi mengatakan: "Nampaknya dari penjelasan Imam Bukhari rahimahullah bahawa hal itu khusus untuk dua orang itu saja, oleh kerana itu beliau melanjutkannya dengan membawakan perkataan Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma ketika melihat sebuah tanda di atas kuburan Abdurrahman.

"Wahai anak muda, cabutlah itu! Hanya amal perbuatannya saja yang menaunginya" .

Para ahli ilmu menjelaskan bahawa ini adalah satu kejadian khusus yang mungkin dikhususkan kepada orang-orang yang Allah perlihatkan kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam keadaan sang mayat.

(Disunting: Ustaz Kholid bin Syamhudi al-Bantani, Pohon di Kuburan Meringankan Siksa?)

Walau bagaimanapun untuk meredupkan kuburan dan memudahkan kita mengenal kuburan (selain rujuk pada nama di batu nisan) digalakkanlah menanam pokok di tepi kuburan.


3 comments:

Unknown said...

ada juga dengar, bagus kalau tanam pokok kat sane.. nnti die akan doakan untuk si mati.. betul ke?? wallahualam.. dan ade juga yg kate jangan di cabut rumput2 atas kuburan tu juga..

Wansteddy Tales said...

wallahualam... kdg2 bnyk jugak ilmu2 agama yg ditinggalkan kerana dikatakan ilmu bidaah. tp klu sesuatu bidaah tu tak pesongkan akidah rasanya tak kisah nak teruskan amalan camni:)

Unknown said...

aku baru nak beli batu nisan utk mak aku ted..org kata pokok tu redup dia pun sejuk dlm tu..entahla..tp jgn la terlalu besar katanya..
tp jgn tanam sayur sayuran udah leee....mcm yang kecoh baru2 ni..