Nuffnang

Followers

Tuesday, February 23, 2010

Adab bersembang

Setuju tak bila aku komen dalam toilet kita suka memikir? ngahhahaaa... Sungguh kurang asam kataku ini. Tapi korang tak boleh menolak, ini memang suatu kenyataan.

______________________________

Topik harini ialah tentang kesopanan dan adab bersembang. Aku tidak kajinya pada buku atau rujuknya pada mana-mana artikel dalam internet mahupun surat khabar. Sebenarnya lebih kepada pengalaman aku sendiri.

Apakah fahaman kalian tentang adab berbual ini? Pada pendapat aku, adab bersembang ialah, berbual secara adil dan saksama. Maknanya apabila dua atau lebih individu sedang menuturkan kata-kata pendengar yang lain tunggu dahulu hingga habis ucapannya. Barulah ada sambungan ucapan balas. Tak kisahlah cerita yang melalut atau pun penglipur lara, asalkan apabila kita terlibat dalam sessi perbualan tunggulah hingga sampai giliran membalas kata pulak.

Janganlah bila orang ajak kita berborak, suara kita saja yang keluar. Suara si anu keluarnya sayup-sayup atau pun tak keluar langsung. Apa nak suruh dengar orang cerita kita sorang je ke? Bukan ada yang kisah sangat pun nak dengar kisah kita kecualilah kisah-kisah sensasi yang boleh digosipkan dibelakang kita :P

Satu lagi adab bersembang, jangan menyampuk. Orang tengah sedap bercerita kita sibuk-sibuk nak menyampuk. Sudahnya isu yang nak diceritakan terperap je dalam kepala atau lebih haru lesap sebab lupa. Aku selalu macam tu. Kalaulah bersembang dengan sesiapa, tiba-tiba teralih isu memang aku lupa terus apa isu sebelumnya. Dan ye, takkanlah aku nak buat catatan sebelum bersembang kosongkan. Sungguh la skemanya.

Jangan meninggikan suara pada pendengar. Ton suara yang baik adalah yang sedang-sedang saja. Kalau perlahan sangat sampai tak didengari bermasalah jugak. Bayangkan kalau pendengar cuma boleh dengar dengus-dengus suara je dari mulut kita. Sudahnya isu yang nak disampaikan ibarat angin lalu je la. Kalau suara kentut lebih kuat dari suara butir kata kita, lebih baik kita duduk tempat diam-diam dan jalani ujikaji ton suara.

Jangan terlalu rendahkan suara. Orang yang berhampiran mungkin bersangka buruk yang kita ni sedang mengumpat. Bukankah mengundang masalah buruk sangka dikalangan orang sekeliling pulak. Kecualilah kita sedang berada di tempat yang sepatutnya tak boleh bising. Macam di pusat sumber, pejabat, sekolah dan lain-lain. Dah tahu tempat ni tempat yang semestinya tak boleh dihuru-harakan oleh gegak gempita suara kita faham-faham sendirilah kan....

Jangan berikan bahasa tubuh yang tidak sesuai. Kadang-kadang mulut kata iya tapi kepala geleng. Menimbulkan kekeliruan. Dan selalunya sikap ini sikap sedang berdalih atau menipu. Tapi kadang-kadang sebab cuai dan keliru. Kalau berpeluk tubuh semasa berbual kita dituduh sombong. Kalau palingkan muka dari mengadap muka rakan berbual dianggap kurang ajar.

Memotong perbualan apabila ternampak kelibat orang lain. Ini pun boleh mengundang kecurigaan. Kadang-kadang bila kita tengok dua orang sedang sedap bersembang dengan memek-memek muka penuh emosi siap tangan terangkat-angkat tentu-tentu kita tahu cerita itu panas di udara (heh!). Kalau boleh lencongkanlah perjalanan dari ikut laluan tu. Kalau kita tengok dua orang ini tiba-tiba terhenti bersuara (bukan disebabkan tercekik dan sebagainya) tentu-tentu timbul rasa curiga dalam hati kita. Aih, dorang ni mengumpat aku ke? Korang tentu tak suka orang lain layan korang macam tu kan? Jadinya jangan buat kat orang lain macam tu. Tapi kalau korang sanggup ambil risiko, esok lusa orang buat perkara yang sama pada kita, silakan.

Rakan perbualan yang baik ialah rakan yang tinggi nilai kesopanannya. Nak jadi rakan bual yang sopan santun bukannya susah. Jadilah pendengar yang baik. Kadang-kadang lebih baik kita banyakkan mendengar dari banyak bercakap. Supaya meter persahabatan tu dapat lebih ditingkatkan.

Peringatan: Ini hanya pendapat aku saja.

4 comments:

Unknown said...

adab bersembang sangat pentin tu.. bukan dengan kawan2 je.. tp dengan semua org.. nanti takut org igt kite ni poyo lak kn?

Wansteddy Tales said...

betul tu... nak2 yg baru kenal. nak jd peramah sngt kang org rimas pulak XD

Unknown said...

aku kadang kala suka potong ckp org sbb akupun ada idea diapun ada idea..gi mana tu ted?hehehe

Wansteddy Tales said...

aku pulak hada jenis pasif talker jadinya org akan lebih dominan bercerita dr aku. sudahnya aku pilih jd pendengar je la huhu....