Nuffnang

Followers

Monday, February 22, 2010

Set komputer baru

Keresahan sungguh sepanjang hari ni. Banyak sangat perancangan tertangguh. Harini komputer ofis ditukarkan kepada set baru. Memang makan masa yang lama nak dapatkan komputer baru ni. Sebabnya banyak lagi set-set rakan ofis lain pun nak ditukar pada yang baru.

Jadinya dari mula datang kerja hingga pukul 3 petang tadi aku cuma dapat sentuh komputer hanya untuk buat back up file saja. Singgah blog pun untuk tengok-tengok komen terkini kemudian terpaksa tutup bagi laluan proses penukaran komputer baru.

Sukahati?? Iye sukaaaaa.... Sapa tak suka barang free kan! Memandangkan set komputer baru ini lebih mini dan lebih comey semestinya. Paling best set baru! Komputer lamaku dah kerompeng-kerompeng penuh dengan bekas-bekas sticker hasil tampalan deco-deco aku. Tak termasuk hasil grafiti Damia sewaktu melawat ofis dulu. Nampak saja pen dan pensil dia sibuk melukis pada monitor! Sungguh takde kerja buat kerja.

Maaflah tak dapat nak upload gambar komputer baru disini. Aku tak bawak kamera. Kalau ada pun aku malas nak upload gambar. Kerja bertangguh banyak lagi nak kena siapkan. Rungsingnya aku nak-nak bila dah berjanji nak siapkan kerja kawan. Maaf sangat-sangat projek ni makan masa. Aku sungguh rasa serba salah huhu....

Berita baiknya selepas dapat khabar gembira menang hadiah pertama contest bina header Malaysia Giveaway haritu. Hari sabtunya aku dapat hadiah lagi. Kali ni sempena cabutan bertuah yang dianjurkan oleh Mydin Selayang. Jadilah dapat nombor 6 pun. Hakak dah cukuppp happy... Yang penting hadiahnya berbaloilah jugak. Kettle jenama Pensonic. Kebetulan pulak kettle lama hadiah kawan sempena majlis perkahwinan dulu dah rosak terbakar. Kiranya dijadikan pengganti la ni. Aku sungguh happy. Belum bukak pun lagi kotaknya kui3...

4 comments:

QuEeN Of 2 Heroes said...

tahniah menang contest header Malaysia Giveaway... :)

Wansteddy Tales said...

thanx nad :) semuanya jasa kwn2 gak sudi vote ^_^

i z z a said...

mmg akak ni bertuah la..menang ajer.tahniah

Wansteddy Tales said...

Izza... sebenarnya tuah ni ikut musim. dtg musim bertuah alhamdulillah bnyk rezeki menyusul. Datang nasip xbertuah join la bnyk mana pn contest xlekat2 jugak huhu...