Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, March 19, 2010

Beautiful Blogger Award

Award pertama untuk tahun ini. Aku sebenarnya pernah terima beberapa award. Tapi disebabkan aku dah berpindah ke blog baru. Segala 'perabot' dalam blog lama habis ditinggalkan sekali. Jadinya award ini bolehlah dianggap 'perabot' baru untuk blogku. Trimas kepada Chugie yang mengenang aku sebagai teman blognya. Terharu hakakkkkk huhu...

Kena patuhi syarat berikut:

1) Wajib berterima kasih dan linkkan teman yang memberikan award ini kepada anda.
Trimas Chugie... Chugie memang kawan blog yang baik. Selalu menemankan aku dalam blog. Dan sama-sama rajin buat kunjungan balas antara blog ^.^

2) Serahkan award ini kepada 15 blogger yang dikenali.
Aku serahkan kepada semua kawan-kawan dalam bloglist aku boleh tak? Aku kira semua rakan blogku, kawan baik. Semua! Jadi semuanya layak menerima award ini :)

3) Maklumkan kepada penerima award dari anda tentang award ni.
Kepada rakan-rakan yang telah membaca entry ini, sudi-sudikanlah diri anda menerima award ini. Bersama secebis kasih, "Muah!"

4) Terangkan 7 perkara tentang diri anda.
1) Wanita beranak satu. Yang lainnya bakal menyusul :P
2) Suka manga, kartun dan segala bentuk ilustrasi comel dan naive style
3) Warna kegemaran pink, hitam dan merah
4) Suka hiasan ala english. Jadinya aku suka berangan bila tengok rumah cantik kawan-kawan blog dengan deco english. Tahap leleh air liur la hahaha...
5) Ketagihan kopi tahap kronik
6) Suka dikenali tapi malu mendekati, jadi korang harus buka langkah pertama untuk kenali aku huhu... pemalu sungguh ni, konon...
7) Becita-cita tinggi nak bukak online job bahagian art, tapi asyik susah hati dalam pengiraan harga. Sudahnya angan-angan tinggal harapan huhu... Mahunya kena masuk bengkel usahawan cemerlang pehni hohoho...

2 comments:

ibu_arifa said...

hohoho..penggemar kopi yer.. baru ku tahu..kopi apa? ipoh white kopi ker? ker kopi apa pun boleh jer 'belasah'? hihihi..

chugie said...

tq ye..sebab sudi terima award..