Baru balik dari merayap ke Jalan Imbi dan PWTC. Harini ada Book Fair. Maka setelah pulang, bau aku pun jadi kepam hangit dek aroma peluh masham hohoho...
Mula-mula masuk ke dalam dewan Karangkraf. Takde apa yang menarik minat aku untuk berbelanja. Sebab aku dah set minda nak berbelanja untuk produk ArtSquareGroup. Sanggup peram perasaan beli buku-buku idaman keluaran Karangkraf. Turun naik dewan demi dewan, barulah jumpa booth kecik Gempakstarz. Punyalah serabut dengan pelanggan. Muda tua sibuk pilih buku kat bahagian display book. Pening aku lalu bawah ketiak orang dan bertinggung tepi lutut orang. Nak cari buku kegemaran semata-mata.
Aku tengok dalam buku Utopia semalam, buku grafik novel sekitar RM5 saja. Tapi dalam senarai buku borang belian, RM6 sebuah. Berhangin jugak diriku. Tanya kat kaunter, apek muda tu kata RM5 untuk sebuah paper bag saja. Huh! aku tertipu.... Tengoklah mata, bermasalah betul nampaknya.
Dek kerana aku banyak songeh dan apek muda tu sudi melayan, aku pau beliau poskad banyak-banyak. Patutnya sorang dapat dua keping poskad je. Aku dapat 6 keping. Berbaloi-baloikan mulut banyak harini. hohoho... Beli satu paperbag terima sebuah novel grafik free. Tak boleh pilih. Dorang yang pilih bagi. Pastu siap aku komplen. "Tak boleh bagi yang lain ke? Novel Kouru ke..." Apek muda tu sengih-sengih je jawap. Novel free yang jenis di tangan aku itu saja. Pehtu dengan selamba je aku cakap. "O... mesti novel ni tak laku!" hahahahaaaa.... Terkulat-kulat apek muda tu tersengih.
Manga free yang aku dapat bertajuk Siren siri no.8 karya Soda Masahito. Ceritanya pasal sorang mamat dedikasi dengan tugasnya sebagai ahli bomba. Jalan cerita dan gaya lukisan manga ni memang mantap.
Sebenarnya novel grafik ni antara fav manga aku dulu. Tapi banyak siri. Aku cuma follow manga ni dalam majalah Kreko. Tapi sebabkan majalah Kreko tu paparkan sikit-sikit je manga, banyak jugak siri yang aku ketinggalan. Cuma tahu kesudahan ceritanya saja. Tapi nak diringkaskan cerita, sebenarnya novel ni best. Cumanya kalau nak lagi best kenalah kumpul semua keluarannya. Barulah faham intipati keseluruhan cerita.
Kalau ikut nafsu. Aku nak borong je semua buku. Aku memang suka baca buku. Buku komik terutamanya. Dan sangatlah rugi kalau tak manfaatkan peluang ni borong buku dengan harga lebih murah dari harga di pasaran.
Teringin sangat nak dapatkan autograf Kaoru dan Keith. Mereka berdua ni la kartunis kegemaran aku di Gempakstarz. Kedua-duanya gunakan style manga dalam komik-komik dorang. Memang gempak! Selain dorang aku suka gaya lukisan Puyuh dan Nizam Bachok. Dulu ada kartunis bernama Kutu. Lukisan kartunnya pun cantik-cantik belaka. Dah lama tak tahu perkembangan Kutu. Terakhir yang aku tahu, beliau hasilkan komik untuk majalah komik luar negara. Pastu aku pun tak ambil tahu dah perkembangannya.
Nampaknya aku dah mula kembali membaca majalah keluaran Gempakstarz. Owh, sekali membaca memang susah aku nak berhenti membeli. Alamak... alamakk.... Camne nak bendung tabiat beli majalah komik ni. Aku baru je berazam nak menabung sakan huhu...

No comments:
Post a Comment