Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, March 5, 2010

Damia menyanyi, menari dan rakam video

Damia makin menunjukkan kecenderungan minat menari, menyanyi dan rakaman video.

Aih....

Tah hari mana Damia kantoi dengan ayahnya. Damia ambil tiub plastik sofa Klippan jadikan mic siap menyanyi dan menari dengan muka penuh kusyuk. Silap tak rakam aksinya.

Kegemaran menari dia dan sekian lama kami tahu. Pantang dengar lagu, dia menari ikut rentak. Kalau rentak perlahan dia angkat tangan macam nak menari balet. Pastu pusing-pusing badan slow2. Muka inesen. Kalau lagu rancak dia menari dengan macam-macam style. Hip hop, modern semua dia balun. Aku yang buta muzik ni pun jadi pelik-pelik dengan minat dia ni. Ayahnya taklah tunjukkan kecenderungan minat menyanyi ke menari ke. Kalau kat rumah atau kat Mall dia menari siap bergaya dengan kaki sekali. Kalau dalam kereta dia ubah-ubah volume lagu pasang kuat-kuat sampai bingit telinga aku. Aku rendahkan dia pusing balik. Gitulah kalau dia mai mood jogetnya huhu...

Tak tahan bila dia kemaruk nak tengok aksinya dalam video. Pantang nampak komputer on. Dia paksa ayahnya letak atas riba pastu suruh bukak semua koleksi-koleksi videonya. Pastu ulang-ulang tayang sampai ayahnya naik fedap. Kalau ayahnya nak rehat, letak Damia ke bawah dia mengamuk nak tengok video lagi.

Pusing kepala layan ragam Damia ni huhu... Tapi tetap menghiburkan ^.^


11 comments:

hati - ema said...

hehehehe.... meen ne.. abah dia suke karoeke.... kalau karoeke kat umah... meen rampas mic.... dia makan mic tu....sambil bersuara.. hahaha

(mummy dia pun suke karoeke tp sore tak sedap... hahahaha)

Ieda Al-Habsyi said...

dapat ku bayangkan, comel la damia nih, hehehe!!

chugie said...

oo damia minat ngan menari n menyanyi ek? cam fatin je tu, kalu dengar je lagu atau um minye nyanyi, die pun akan goyang2kn badan..

i z z a said...

walla damia,nk jd penyanyi ker..dh tnjuk minat tuh

Mummy Aqil said...

aloloo cenomey nye. sure sweet jek tgk damia nyanyi&joget2. leh msk AF18 nih. hehehehe

kakpah said...

wan, tu anak belum ramai wan oi...
kena macam akak ni anak bederet 8 orang pastu susun paku selang setahun, dua tahun.. tak menang pening kepalo ....

wan senari said...

kak wan... ms ida dok dukung2 alya dulu ida smpat tiup2 skt kt dia tu... sbb tu suka nyanyi n nari...hahaha

Asz said...

awwww... mesti cute ... wan, next time jgn lupa rakam tau ... sker tgk bdk2 yg keletah camni ... kisses to damia ... mmuahhh mmuahhhh!!!

Wansteddy Tales said...

korang semua.... tah la mai mana sikap minat berjoget ni. ye2 pn sejak dlm perut lg damia dh suka berjoget bila dgr lagu rancak. pernah aku pergi mall bhgn elektronik terdgr lagi hindi. yg dia dlm perut buat kuak lentang ikut irama beb! giler kujat aku kat2 situ gak kui3....

nza said...

minat semula jad la tu kot...myb time pregnen dulu wan suka dngar lagu2 kot....

Wansteddy Tales said...

k.nza... hurm... xjugak. tp pernah sekali tingin sngt karaoke. sampai berjoget2 la lagu shiela on 7. buang tebiat betul kui3...