Nuffnang

Sunday, March 7, 2010

weekend yang boring

Tak dapat tulis panjang. Damia dah bergayut kat kaki ni. Petanda dia nak kan perhatian huhu... Kalau kat rumah macam ni la. Memang takde peluang nak lepak lama-lama depan komputer. Ada-ada je mek kecik ni nak tarik perhatian. Bukan tak boleh main sendiri-sendiri, hump! Kalau ayahnya ada lagi dia buat-buat manja tergedik. huhu.... Sudahnya akuuuu jugak tak dapat nak buat pape.

Jemputan masuk contest rakan-rakan dan bina header pun aku masih KIV. Kat ofis kerja menimbun. Sebenarnya tak banyak pun. Tapi sebabkan aku takde pengalaman sangat jadinya kerja tu jadi lambat nak disiapkan. Tapi suka pulak aku buat kerja tu.

Banyak cerita yang bersarang dalam kepala aku nak kongsikan dalam blog ni. Tapi nampaknya bila aku dah betul-betul bersedia nak menulis la baru aku akan fokus menulis. Harini tentunya tak dapat la hakakkkkk....

Semalam rancangnya nak tengok movie Alice in Wonderland. En.hb outstation pulak dari pagi ke petang kat pameran di Bangsar. Malam sekitar jam 9.30pm barulah kami dapat keluar rumah. Tu pun bila pergi GSC Times Square, tiket sold out! Yang reservation pun sipi lagi nak habis. Ada pun kerusi-kerusi yang tak best nak duduk. Sudahnya kami melepak kat Bukit Bintang. Jam 1pagi baru gerak balik. Mulanya aku dah malas nak keluar dah. Dah lewat pun. Nak-nak TV8 pasang citer seram Cinderella versi Korea. Aku tak perah tengok citer tu. Nak tengoklah jugak. Tapi disebabkan kitorg sumer dah siap nak berjalan, terpaksa jugaklah ikut keluar. Tapi frust berganda bila tiket sold out. Ciz!

Harini pun kemungkinannya tak kemana-mana. Aku dan Damia saja di rumah. En.hb uruskan pameran sepanjang siang. Kesian pulak kat Damia tak dapat berjalan. Selalunya hujung minggu la waktu bawa Damia berhibur. Sebab hari kerja separuh hari je jumpa kan.

Terpaksa berhenti sini. Mandi pun belum ni, haha!

3 comments:

i z z a said...

hurm..boring jgk nih,xtau nk bt ape..mata asik ngantuk jer.nk kuar jln2 x best sorg2

nza said...

wah tahan tu lepak2 smpai 1 pagi...kak nza pkul 9.00 mlm pn dh zzzzzzz......hi

Wansteddy Tales said...

izza... akak pn jenis klu berjalan sorg2 rs xbest. koman2 ada gak teman bwk berbual bru rs sonok :)

k.nza... kak, dah biasa. dr zmn belajar dlu smpi skrg mmg spesis tidur lewat. tu berjangkit kat anak sekali suka tdo lambat! huhu