Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, March 4, 2010

Mataku buta telingaku pekak

Aku terkesima harini.

Seolah-olah minda dan mata terkaku seketika. Tapi takpe. Aku pekakkan mata butakan telinga. Aku pasang headphone yang sekian lama tergeletak je atas printer tak berwarna tu. Aku pasang lagu Dido kuat-kuat. Siap nyanyi-nyanyi kecil bagi alih pemikiran tadi. Harini aku pakai jugak headphone demi mengelakkan bunyi-bunyian yang tak enak didengar. Aku fokus mata betul-betul pada skrin komputer. Sikit pun aku tak paling ke kanan. Malah aku elakkan sesungguhnya lirik mata memandang ke sipi.

Mula-mula tadi ketika aku mula terdengar aku berdehem kuat. Manalah tahu boleh berhenti. Tapi makin lama makin menjadi. Sungguh tak selesa. Sungguh terseksa.

Tekanan sungguh. Terasa aku menjadi mangsa keadaan pulak. Pada kawan-kawan yang mendengar luahan aku tadi. Harap-harap korang rahsiakanlah dari pendengaran rakyat jelata yang tidak sepatutnya. Rahsiakan okey. Kerana terdesak dan tertekan aku terluahkan jugak tadi. Seboleh-boleh aku tak nak campur. Tapi tertekanlah!

Owh... Buat lagi??? Memang seharianlah aku pekakkan telinga dengan bingit-bingit lagu! Tolonglah... Macamana aku nak hindarkan pandangan dan pendengaran begini???

Sungguh tak keruan aku tadi. huhu...

7 comments:

Sari said...

sian wan...mggu yg penuh dugaan yer..biasa la kat opis dgn spesis langau ni..klau susah sgt diaorg nk berenti pasang jer lagu nasyid or nak kaw lagi psg ayat2 suci...

yantz-yeem said...

apa kes???

Wansteddy Tales said...

k.sari ini bukan langau dah. tp drama romantika di tampoi. sungguh menyayat hati huhu

k.yantz... xmolek bercerita di sini. esok2 kita boraklah kalau aku ada mood lg nk story huhu

hati - ema said...

Sian..huhuhuhu

i z z a said...

nape ni kak

Wansteddy Tales said...

ema... cian sungguh kan aku huhu

izza... sensitif la izza panas klu borak disini

nza said...

sabar jelh, itulh dugaan.