Nuffnang

Followers

Tuesday, March 9, 2010

Damia operasi rumah

Sebenarnya mood aku masih seperti semalam. Nak menulis ni segan-segan jari jemari nak menaip. Mood malas ni asyik meredam hati. Tapi aku nak jugak meninggalkan sedikit titipan harini.

Semalam selepas balik dari pejabat en.hb bawa Damia sekali jemput aku pulang. Letak Damia di atas car seat. Bukan dia nak duduk sangat. Dah biasa sangat pergi berjalan duduk beriba tu pasal ngengada terlebih. Sudahnya aku jugak kena pegang badan dia dari belakang. Car seat letak kat tempat duduk depan penumpang. Tali penyokong kiri kanan dia sendiri yang bukak. Bahaya betul! huhu...

Lepas solat magrib di Kampung Baru. Kami makan malam di Man Sabata Kampung Baru. Ketika duduk di Jalan Hamzah Kg. Baru dulu Restoren Sabata ni tempat fabret aku la. Kelakarnya pekerja-pekerja kat restoren tu semuanya ingat lagi kat kami satu famili. Siap tegur Damia lagi. "Dah lama tak datang..." Memang dah lama. Seingat aku last pergi makan kat situ sekitar tahun lepas masa abah aku datang KL. Makanan kat situ memang sedap-sedap. Terutamanya Ikan siakap masak 3rasa. Kat kampung Baru memang banyak kedai makan. Melambak-lambak tepi jalan. Kalau bernasip baik jumpalah kedai sedap dan murah. Kalau tidak, merasalah masakan makcik indon. Yang rasanya lain macam sikit dari masakan orang kita huhu...

Balik ke rumah aku dah penat seluruh badan. Mandi solat terus zzz... Damia yang mula-mula balik sibuk menguap-nguap nak tidur. Bawak ke pagi buta celik mata besar-besar. Sudahnya mummy tido dulu le nak oi...

Terjaga dari tidur aku dikejutkan dengan panorama ruang yang bersepah! Ya Allah.... Dia tak nak tidur nak kerjakan rumah rupanya. Habis penuh segala harta rumah tunggang langgang. Surat khabar Damia selerakkan seluruh ruang. Mainan tercampak sana sini. Air minumannya tumpah di lantai. Termasuk kismis-kismis yang berterabur.

Naik baran aku tengah-tengah mamai camtu. Damia langsung takde ciri-ciri nak tidur. segar bugar macam tengah bersenam pagi-pagi buta. Sekali sekala dia kacau ayahnya tidur. Kena pelepuk jugaklah dari ayah sebab asyik menakal. Kesian pulak tengok muka terkedunya tu. Sudahnya aku bangun jugaklah kemas seluruh ruang tamu. Pagi-pagi buta aku mop lantai. memang tekde kerja buat kerja! Tak cukup dengan tu aku basuh pinggan. En.hb ni nama je cuti, nak basuh pinggan pun liat! Sambil membebel-bebel tu siap jugaklah pinggan mangkuk bertambun tu.

Masuk semula ruangan depan mek Damia sibuk kembali memunggah rumah. Kali ni bukan je mulut bising tangan pun ikut naik piat peha. Melampau sangat. Geramlah pulak. Sebabkan sisa mengantuk masih ada aku lepak-lepak je atas sofa. Rancangnya nak rehat je sambil tunggu nak mandi pergi kerja. Sekali tertidur da... Sebelum tu aku bukak TV dulu bagi Damia hadap TV sambil makan roti. Kalau biar dia main sendiri memang dia mengurus rumah balik macam malam tadi.

Hai... apalah anak aku ni. Kadang-kadang hilang sabar aku. Tapi bila dia sengih-sengih sambil menari-nari tu nak tergelak pun ada. Pandai politik pujuk aku balik!

Haih... aku penat lagi ni. Memang tak cukup tidur.

8 comments:

NzA said...

hi.hi.hi...damia jeles tgk mama dia tidur tu...
Sabar jelh dgn kerenah ank....

Sari said...

hehe..sabor wan,ok ler tu damia aktif, budak xaktif yg kita kena riso,kira dia normal mcm kanak2 riang ria ribena la tu..

Wansteddy Tales said...

k.nza...damia mmg xblh tgk mummy ayah tdo. ada2 je dia nak sakat. dah le kitorg spesis muka panda dah xckp tdo yg dia lg nk kaco2. kdg2 sian gak nk biar je dia main sorg2.

k.sari... huhu kenangkan yg positif barulah tenang hati ni kak. ikutkn mmg kena piap manjang mek kecik ni. bnyk akal sungguh.

Unknown said...

emm sabar je ler kan.. anak sy pun cm tu jugak. pantang kalu nampak barang2 tu tersusun rapi, sure die p 'kemas' balik..

ibundo said...

wan, anak aktif ni cerdik tau wan..
haha.. sabau je la..

i z z a said...

tahan nyer mata dia berjaga..

cikceriacorner said...

hehehhe..wan..bgus la damia..aktif n kreatif..xpe la..kang da besau senang ko wan,ada org tlg kemas umah..heheh...

Wansteddy Tales said...

chugie... nasip baiklah dorg ni pandai psiko kita balik bagi rileks. ikut bengang mmg nk marah je kat anak2 ni huhu

k.pah... amin.... harap2 gitulah k.pah. tp penat sungguh la nak melayan karenahnya tu huhu

izza... hari2 izza. akak pn pelik.

k.teq...berkat mashin mulut ko kak. harap2 la besar sok rajin mengemas. jgn skrg2 je. ni bkn 'ngemas' munggah namanya huhu