Nuffnang

Followers

Wednesday, March 10, 2010

Laichikang punya pasal

Harini aku pakai baju dan tudung merah. Merah menyala Mak Ngah.... Tapi aku bukan berpangkat mak ngah. Anak-anak buah panggil aku 'auntie'. Walaupun takde kena mengena dengan topik harini. Aku ceritakan jugaklah sebagai penambah rasa.

Kenakan baju merah tak cukup nak naikkan semangat aku harini. Masuk ofis muka aku muncong je. Member ofis pun perasan dan tegur. Puncanya? Lenguh-lenguh seluruh badan dan mengantuk. Punca lenguh-lenguh badan? Sebab gatal mulut nak minum air Laichikang Isnin lepas. Aku memang dah tahu aku tak boleh minum ini air. Kan ada rumpai laut apa tah dalam isi kandungannya. Benda alah ni kalau aku makan sikit pun jadi punca badan masuk angin. Apa lagi kalau balun semangkuk!

Teringat ketika Damia berusia 4bulan dulu. Masa tu bolehlah kata para ibu ni masih perlu jaga pemakanan. Tak boleh makan benda sejuk-sejuk. Masa tu aku minum jugak ais. Kemuncak jadi sakit bila tergedik nak merasa Laichikang. Konon-konon merasa tapi separuh mangkuk jugak perabih kat aku sorang. En.hb tengok, geleng kepala.

Awal malamnya okey lagi. Disebabkan waktu tu Damia menyusu badan aku letakkan Damia disebelah waktu tidur. Awal pagi Damia merengek nak menyusu. Bila aku nak gerakkan badan.... Aku rasa kebas seluruh badan! Barulah aku perasan yang aku tengah sibuk mengeletar. Rasa dingin macam ais meruap dari kepala hingga hujung jari kaki. Masa tu aku tak fikir lain dah selain kena tarik. Aku memang takde pengalaman kena tarik ni. Tapi dari pembacaan dan sembang kosong dengan kawan, aku rasa camtulah rasanya kot.

Sebabkan panik, aku jerit panggil en.hb. Mintak dia balut badan aku dengan 3lapik toto. Tak jugak rasa panas. Gigil-gigil aku sejuk sambil gigi keletak-keletuk. Masa tu en. hb dah dukung Damia yang dah berjaga sambil perhati aku dengan muka blur-blur. Agaknya dia pun pelik kenapa mummynya berbalut macam isi nangka.

Masih rasa kesejukkan ya amat. Aku suruh en.hb bancuh kopi Radix. Biar panas-panas. Kesiannya suamiku, patuh je arahan bini yang menggila gigil ni.

Lepas minum kopi Radix aku dapat merasa panas menular dari tekak hingga ke kaki. Penangan kopi ni terus buat aku berpeluh. Huuuu.... menakutkannnn... Memang aku takut giler waktu tu. Pastu barulah boleh sambung tidur.

Esoknya aku ceritakan perkara ni kat mak aku. Selain kena bebel panjang sebab tak jaga makan. Mak aku siap takut-takutkan aku lagi. Kalaulah kena meroyan niaya... huhu...

Sejak tu aku amat berhati-hati bab minum. Minuman bergas dan berais memang jarang-jarang aku minum. Apa lagi sumber sakit urat aku air Laichikang. Kalau teringin sangat-sangat barulah aku beli jugak. Takut kempunan....

Dan kerana takut kempunan macam kelmarinlah aku sakit-sakit seluruh badan ni. Penangan Laichikang. huhu....

4 comments:

Bukan Bidadari said...

Aku pun ade kene mengigil time dlm pantang..sejuk gilos...

i z z a said...

sy smpai skang xleh merasa laichikang..ntah la nape ngan tekak nih..

Wansteddy Tales said...

ema... sbbnya xcukup berurut kot ema. sma cm aku le huhu

izza.. kandungan laichikang tu kan ada rumpai laut. akak mmg alergik tp sbb tingin hentam jugak wakakaka

Unknown said...

yer ibu2 memang harus jaga makan, jaga badan dlm tempoh 1 tahun selepas bersalin... actually forever kena jaga.. tp lepas bersalin tu yg harus jaga lebih...

nanti dah tua @ belum tua dah sakit sana sini, kebas sana sini... ;)