Nuffnang

Followers

Thursday, March 18, 2010

Nak join contest

Aku nak join contest giveaway banyak-banyak harini kalau berkesempatan. Hohoho... Tapi selalunya kata-kata ini diselangi dengan mood hangat-hangat tahik ayam je. Jap lagi mesti aku dah takde mood nak join dah. Hapa punya feel la.

Aku beli majalah Utopia tadi. Selak-selak bahagian nama pemenang bagi kejutan kat aku. Rupa-rupanya hadiah dari ArtSquareGroup yang aku terima baru-baru ni sempena hadiah Utama peraduan Valentine's Day! Yohuhu... Terharu diriku. Hadiah utama. Bertahun-tahun aku beli dan masuk contest majalah-majalah Gempakstarz dulu kalau lekat pun hadiah tempat kedua, ketiga dan saguhati saja. Tapi kali ni menang hadiah utama. Terharu hakakkk...

Tapi kalau nak dibandingkan hadiah yang aku terima kali ni. Aku rasa hadiah yang aku terima untuk tempat kedua, ketiga dan saguhati dulu lebih-lebih lumayan lagi. Set figura vinil tau. Aku simpan sebagai koleksi. Salah satunya dok tercongok atas meja kerja ni. Satu lagi figura army set aku letak je merata dalam bakul mainan Damia sebab budak kecik tu takut kat figura tu huhu...

Camne pun aku tetap bersyukur. Selain dapat topi, T.shirt putih, magnet Valentine's Day dan item lain yang aku lupa. Dapat jugak 4tiket wayang. 2tiket aku dah serah kat adikku. Aku nak tonton movie dengan en.hb jarang-jarang dapat peluang. Lagipun cuma movie tayangan tertentu je boleh tonton. Jadinya daripada duedate tamat. Lebih baik aku serahkan dua tiket pada adikku. Boleh le dia bawak kawan menonton filem bulan ni.

Kerja masuk pulak. Nanti aku sambung story.


6 comments:

ibu_Arifa said...

menang hadiah utama tu..bestnyer..tahniah..

saya kadang2 pun tgk mood jgk nk join contest ni. tp contest kwn2 blog yg agak rapat 'mesti join' punya..

cikceriacorner said...

tahniah..coz menang..nak good luck utk yg akan dtg..chaiyok!chaiyok!chaiyok!

Wansteddy Tales said...

sama la kita ibu arifa. skrg ni pn bnyk jemputan dr member blog ajak join contest. xterbuat je klu kebetulan bz dgn kerja atau mmg rs xmampu menang hohoho...

k.teq... alah, gift nyer tak seberapa pn kak. klu lekat yg riban2 punya prize sure korban kambing sekor aku hohoho...

Unknown said...

wah bestnye dapat hadiah..

cik wan, sila join contest banyak2.. kalu rajin join, sure menang pun byk kn..

Sari said...

ksari pun slalu kena mood cenggitu, tgok kwn2 maya ni join contest, hati tu trgedik2 nk msuk tapi pastu msti rasa bosan..sbbnya? x pernah menang, haha..ader skali jer menang package gi Bangkok tapi voucher tu hilang dijalanan, organiser tukar gi Hong Kong plak tapi still xdpt gi..xdpt cari date yg sesuai sbb hasben dok stanby kena keje kat Brunei, last2 xjadi keje sana..smuanya melepas..huhu

Wansteddy Tales said...

chugie... saya ni join contest ikut musim chugie. dtg mood giler msk bnyk2 contest pn snggup. tp klu mood mendung. nk bukak blog pn malas haha

k.sari... sayangnya tiket tu. tp itulah masalahnya bile kita dpt gift terikat dgn duedate kan. nak xnk kena follow rule. kalau tidak melepas. xpe k.sari. boleh cuba lagi, insya'allah lekat rezkei melancong ke luar negara lagi :)