Nuffnang

Followers

Monday, March 29, 2010

Tarikh Ulang Tahun Perkahwinanku

Baru masuk kerja setelah cuti panjang. Mood masuk ofis suam-suam kuku. Damia dah kembali pada 'mama'nya. En.hb yang hantarkan. Katanya menangis lah jugak sebut-sebut "Mummy... ayah...." huhu... Nasip baik bukan aku yang hantar. Kalau tidak sah-sah aku tak sampai hati. Sekarang pun terngiang-ngiang suara Damia menangis. Adeh, sayu la pulak.

Aku nak update kisah-kisah sepanjang percutian minggu lalu dengan famili kakak. Tapi gambar-gambar semuanya dalam komputer di rumah. Jadinya tak dapatlah nak upload gambar. Tanpa gambar tak bermaknalah cerita kan. Kena tunggu lagilah nampak gayanya hohoho...

*29hb Mac 2007*

Hari ini tarikh ulang tahun ke-3 perkahwinanku. Perasaanku? Hambar.... Memang takde semangat nak sambut apa-apa. En.hb pun tak ingat. Aku pun malas nak ingatkan. Biarlah. Ada apa pun dengan tarikh perkahwinan tu.... Kataku nak ambil hati sendiri. Sedangkan dalam hati bengang sesungguhnya. Kalau pasangan lain tentu-tentu sambut dengan penuh romantiknya kan. Hurm.... Malas la nak kenang-kenang. Bagi spoil mood aku je di tengahari ini, huhu....

Kepada sang suami dunia sejagat di luar sana. Berilah perhatian pada tarikh-tarikh penting dalam hidup kamu dan isteri kamu. Kang ada lak jadi kes cam aku ni. Merajuk hati di pagi hari bohooohuuuu...


5 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

die ingat tu, saje je nak kasi surprise nanti!! hehee..


btw, hepi aniversary dear... moga berkekalan hingga ke hujung nyawa

Pija Madzlan said...

hei...jgnlah sadis2 ini mcm...my hb pun mcm ni..sll buat2 lupa...even worse his own besday pun dia tak ingat tapi semoganya kasih sayang itu sentiasa dirasai....

*pastilah hari ini sepatutnya menjadi hari yg istimewa tapi jika ALLAH mentakdirkan begini aja, bersyukurlah..sekurang2nya kita ada suami :)

Wansteddy Tales said...

mrs.K... tah la, kdg2 dia klu wat surprise mmg kejutan utk saya. tp kali ni rsnya dia btl2 lupa huhu... trimas mrs.K. semoga awk n famili pn kekal happy selalu :)

SitiSifir10...huhu... sbnrnya ada sbb knp sadis skit harini. act 2hari lepas bermasham muka sket sbb ada kes. tu yg wat tmbh tersinggung ble hb xingt hr pntg gini. ps: sayang tu tetap sayang. sape tak sayang hb sndri huhu...

Bukan Bidadari said...

Jgn risau Teddy : Husband aku pun x berape nak igt..tapi aku dah set alarm kat henset dia... hahaha.... wlu x de bunga..x de hadiah pun... sms pun jadi la... huhuhu

hidup ini simple, jgn kusut2kan..

ape pun epi aneveseri...... semoga kekal bahagia....

Wansteddy Tales said...

trimas ema... klu x kerana isu panas baru2 ni myb kurang sikit rs sensitif ini huhu... tp ble dh majuk kuasa dua sebab mula la rs ngengada tu...