Nuffnang

Followers

Friday, April 2, 2010

apa tu buffered earnings?

Sembang-sembang dengan member blogger tadi. Kitorang tertanya-tanya apa tu buffered earnings? Ada blogger tahap otai-otai... melalui buffered earnings saja dah dapat income tahap riban-riban. Ditahap aku yang ibarat semut bertatih ni, jangan haraplah... Dapat 0.20sen sehari pun patut dah bersyukur bangat huhu...

Kalau nak kata aku kolot, tuduhla.... Aku ngaku. Ngahahaaa... ye pembaca blog ini sekalian. Aku ni walaupun boleh dikatakan agak lama berblog. Hampir 2 tahun tu lama jugaklah kot. Tapi bahasa baiknya Hampas tak tahu apa-apa tentang blog kecuali untuk menghiburkan diri sendiri je.

Aku suka mengarang cerita. Kadang-kadang aku malas nak menulis. Jadinya rancang nak menulis sikitttt je macam untuk entry yang ini. Tapi bila dah sampai titik terakhir dan klik view baru aku perasan... Mak ai... banyaknyer aku punya membebel. Kalau camni memang orang boleh salah faham tentang aku. Mesti orang akan tuduh aku ni seorang yang peramah dan jenis banyak mulut.

Tidak, tidak, tidakkk.... Aku ni seorang yang sungguh pemalu (konon...) dan jenis yang tak reti buka langkah pertama. Jadi kalau sesiapa saja antara para pembaca sekalian yang terjumpa atau ternampak aku dimana-mana silalah angkat sepanduk dan seru namaku. Nescaya aku kurang malu sikit nak bertegur sapa. kui3... Peringatan: Ini kisah benar bukan rekaan. Aku seorang penyegan huhu...

Kalau nak kata aku nak ambil kesempatan bikin bisnez pun nafsu aku suam-suam kuku. Cepat sangat luntur semangat juang nak berbisnez tu. Datang serunya berkobar-kobar. Tapi baru sekerat langkah piutttttt slow je aku dah patah balik. Risau tak laku. Risau orang tak suka. Risau segala-galanya.

Kalau niat nak kaya dengan letak iklan dalam blog pun haram aku tak reti. Sebab malas belajar! Tuduh diriku kepada diri sendiri ngahahahaa... Jadinya kalau ada kawan-kawan yang sudi nak bagi tunjuk ajar dari A- Z tentang buffered earnings sangat-sangatlah aku alu-alukan. Kalau korang malas nak menulis demi aku pun bagi je la mana-mana link yang korang ternampak ada tutorialnya. Kerana bagi seorang aku yang masih tahap merangkak penuh sopan ini. Memang malas sunggu nak mencari jalan belajar lebih lanjut tentang buffered earnings.

Begitu cara aku mengaku. Aku sebenarnya malas. hohoho...

5 comments:

CIKGU NAMAN said...

search je ape itu buffered earning..hehe

Wansteddy Tales said...

dah try pn naman. xfhm mende jugak hohoho...

Unknown said...

same lah.. kkte pun x paham ape tu BE.. bedal je lah!

Unknown said...

wans,
cuba baca n3 catlina ni

http://catlinaflybaby.blogspot.com/2010/03/nah-amik-buffered-earningssukeeee.html

Wansteddy Tales said...

chugie... sama2. bedal sajalah! kui3

trimas k.yong :)