Nuffnang

Followers

Tuesday, April 13, 2010

Bakal pergi Kursus di Melaka

Kalau takde aral khamis nanti aku akan ke Melaka. Kena ikuti kursus M. Flash. Siri ke berapa lupa pulak aku nak tulis. Sebenarnya aku paksarela je ke sana. Punca utama kenapa aku kurang tergedik nak ke Melaka:

1) Inilah pertama kali berjauhan dari Damia. Selama hayat Damia tak pernah sekali aku tinggalkan dia bermalam sendiri. Kali ni nak tak nak ayahnya saja kena mengasuh Damia di rumah. Tentu aku susah hati nanti kenangkan my pingces sorang tu huhu...

2) Lokasi kursus jauh jugaklah. Agak pendalaman. Sekali lagi aku lupa nama tempatnya.

3) Aku takde laptop. Tentu aku tak boleh online dengan penuh jayanya selama 5hari okey, huhu... sedangkan sehari tak berblog pun aku resah gelisah... Puh3... harap-haraplah ada line kat sana.

Tapi yang buat aku kembali bersemangat nak sertai kursus ni sebab, belajar Flash! Dah lama aku teringin nak belajar buat animation. Kalau dapat buat dolly animate lagi aku suka! Pasni panjang lagilah plan nak bisnez aku hahahaha... Keji!

Aku akan bersiaran lagi esok dan lusa. Insya'allah. Kemungkinan akan naik kenderaan jabatan. Mula-mula en.hb dah lama tawarkan nak hantar aku ke Melaka. Diiringi dengan Damia tentunya. Tapi kenangkan takde sesiapa boleh temankan en.hb pulang ke Kuala Lumpur semula, aku dah nampak masalah dengan rancangan ni. Damia bukan jenis lekat di car seat.

Paling lama Damia sudi duduk sopan santun di car seatnya dalam 30 minit. Itu pun kena jalan lancar okey. Tak boleh jem, tak boleh berhenti di trafik. Kalau tidak, merasalah dengar dia punya sessi melalak! Aku yang duduk di kerusi penumpang pun boleh panas bontot dengar Damia punya nangis apa lagi ayahnya tukang drebar. Risau aku kenangkan sikap Damia tu.

Silap-silap berkampung sekali Damia dan ayahnya di Melaka hingga aku tamat kursus. Masak.... Gaji bulan ni pun dah tahap sengal-sengal alam ni. Nak tanggung bil hotel stay sampai 5 hari di Melaka. Alamatnya memang bekerja keraslah aku buat kerja part time. Kerja kat stesen minyak pun jalan kot. hahaha...

Aku sedang berehat. Lenguh-lenguh jari jemariku mewarna lukisan tadi. Tambah lenguh sebab laju menaip ni hahaha...

6 comments:

Unknown said...

siannye lah cik wan. sabar k.. kejap je tu.. kalau rindu2an ngan damia, calling2 or buat video call k! selamat berkursus!

i z z a said...

lme dh x main ngan flash nih..ingt2 lupa dh..kalu tingin nk blaja lagi kna cr tutorial la pulak..

Wansteddy Tales said...

chugie... pasti rindu punyalah. ni dok tgk damia tido pn dah sayu2 dah hahaha... ngalahkan org bercinta pulak.

Wansteddy Tales said...

izza... k.wan lgsg xpernah cuba. mic director pernahlah belajar tp skr totally lupa huhu

wantzknight said...

hahaha..xjadi ajak adik2 mu g bercuti ar nih..sedey2..uhuk~

Wansteddy Tales said...

pk2 semula bnyk benda nak spend kesian pulak kat korg takat g melaka kena jaga damia. ami myb gerak ahad stay semalam sbb jemput aku isnin nnt. tp kenangkan damia dgn ayahnya dlm kete odw ke melaka.... hurm. aku yg dah risau2 ni. ko tau la damia, bkn reti nak duk diam baik2 atas car seatnya. alangkah bagusnya klu ada korg.