Nuffnang

Followers

Thursday, April 29, 2010

Emosi yang dipelbagaikan

Masih tunggu alamat lengkap semua pemenang Wansteddy Giveaway. Setakat ini seramai 4 peserta dah emailkan alamat dan nombor telifon masing-masing. Malas nak buat dua tiga kerja, aku nak pos sekali harung. Tak kuasa mokcik jalan jauh pergi pejabat pos dua tiga kali. Penat. Mokcik tak suka bersenam, hahahhaa...
Aku masih kusut ni. Selagi kerja-kerja belum siap dan diserahkan untuk pilihan akhir, aku masih dalam mode blur. Tegang urat kepala aku sekarang. Tapi kenangkan kerja-kerja en.hb yang 3 kali ganda lebih banyak dari aku, bolehlah tenang sikit. Kesian suamiku. Kerja sungguh-sungguh ye laling. Love U! hehe.... bagi semangat sikit.
Tadi melepak di blog Anje mama Aqish. Oh, sedihnya baca kisah Anje tentang Aqish. Sampai bergenang air mata aku tau. Mood sensitif pun kembali. Aku kalau kisah-kisah anak-anak ni cepat saja beremosi. Dugaan besar membesarkan anak. Kadang-kadang kalau hidup kita normal. Ada-ada je dugaan lain mendatang. Allah ingin menguji, di tahap mana saja kesabaran kita.
Teringat kenangan lalu letakkan Damia di bawah Taska hampeh itu. Kenangkan jagaan dorang, sikap tidak bertanggungjawab dorang, sikap berat sebelah dorang. Aku jadi marah. Aku simpan rasa ni bertahun lamanya. Aku tahu tak guna lagi aku memekik ceritakan kebenaran tentang dorang ni. Yang tidak pernah tahu dan hanya mendengar di sebelah pihak tak betul tu, bolehlah percaya temberang si mata empat tu bersama konco-konconya. Teruskanlah korang j*h*n*m ke neraka sebab jadi saksi temberang. Menipu je kerja korang. Teruskan-teruskan sikap-sikap buruk itu. Tak guna lagi aku kata apa. Orang lain takkan percaya selagi tabiat korang ni tak dikesan mereka yang lain sendiri. Tapi bak kata pepatah. "dah hujan baru nak tenggadah". Jangan lupa, aku pernah berpesan. Taska itu memang TERUK!
Hauhhhhh... Tarik nafas..... lepasss..... Okey, dah lega. Yang lepas tu lepassss....
Pagi tadi, masuk-masuk kerja terus aku menghanginkan diri lanjutan kisah petang semalam ketika nak balik kerja. Gara-gara punch kad lagi. Aku peliklah kenapa kad aku ada penanda hijau. Bukan kad hijau ye, penanda hijau di bahagian bulannya. Bagi yang tak dapat fikirkan rupa punch kad. Korang imagine la sendiri. Aku malas nak upload gambar punch kad aku hahaha.... Orang dah berzaman guna thumb punch kitorang masih selesa dengan cara lapuk. Mengetik kad di perakam waktu hohoho...
Sambungan cerita... Semalam aku dikejutkan oleh rupa punch card aku. Dek kerana aku sungguh sensitif tentang punch card ni. Makanya aku berhanginlah. Sepanjang balik ke rumah dalam kereta semalam, en.hb terpaksalah tadah telinga dengarkan bebelan panjangku yang pelbagai intonasi. Sungguh aku marah. Kendian di rumah, bila Damia melasak aku ikut marah-marah kat dia. Kesian Damia. Jadi mangsa keadaanlah pulak huhu... Maafkan mummy cayunk! Mummy tengah marah, ko pulak suka melasak, sapa suruh???
Datang ke pejabat pagi tadi aku teruskan tabiat membebel malam tadi. Siap aku bercekak-cekak pinggang (lagi) marah-marah tentang isu ini. Tapi masalah ini akhirnya selesai kononnya semuanya tentang salah faham. Iye ke......??? Aku macam tak percaya je. Tapi kenangkan dah disenarai putihkan, mood aku kembali tenang. Takdelah beremosi lagi. Heheh...
Kadang-kadang kita perlu marah (sambil cekak-cekak pinggang), barulah orang 'nampak' kita. Kalau tidak, asyik dibuli, diperlakukan umpama bola. Sesuka hati je. Hapa korang fikir aku ni takde perasaan macam patung rangka? Tahniahlah harini terima 'hadiah' dari aku hohoho.... Takde perasaan bersalah marah-marah tadi. Sapa suruh berani-berani usik mood aku? heheh...

Aku tak marah-marah dah.

3 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah...bukan main panjang ayat...tahniah pada semua pemenang...kiter dah berkesempatan nak join...kiter pernah baca citer taska wan...memang peminat setia citer taska tu...sekarang ni anak dok mana plak???

yantz-yeem said...

lawak toiii...apa kes???kad ko ada cop ijo spe punyer kja???hahahaha

Wansteddy Tales said...

anje... anak duduk dgn pengasuh dekat2 rumah. pn ada prob sana sini, pejam mata je la. tp kes dgn taska masih pending. saya mmg rasa nk ambil tindakan je kat dorg ni. kdg2 kenang2 hilang rs sabar ni anje. rs nk bg pelempang je kat si mata empat tu, geram sngt dgn tabiat talam bermuka2 dia tu, hih!

k.yantz... siapa lagi. si dia dan si anu la.... sibuk2 jga tepi kain org. kain derang sndri koyak sana sini ada aku kisah? busybody a.k.a dengki hih!