Bila baca balik entry tadi. Nampak sangat aku emosional. Beb, terasa la. Kalau orang lain dilayan sebegini pun merungut. Silap-silap ada yang sudi bagi terjemahan mencarut kot. huhu... Aku belum sampai hati lagi ke tahap itu. Cuma aura-aura nak ke situ ada dah ni, heh!
Aku takde member untuk diajak mengadu. Aku mengadu kat blog je la. Tu pun ada gak yang baca-baca dan mungkin bagi spekulasi yang lain. Lantaklah. Ini soal hati aku. Perasaan aku. Nak kata aku syok sendiri. Dah memang aku berperasaan begitu. Janganlah suruh aku bersabar. Jangan okey. Ini bukan masanya korang bagi nasihat begitu. MUAK aku dengan perkataan tersebut. Titik.
Bagi yang perasan entry-entry aku ada yang macam karangan tidak berperenggan. Sebabnya aku bersiaran dengan Internet Explorer. Sebelum ni aku merempit dengan Mozilla Firefox. Senang sebab dia auto tab. IE ni mungkin ada fungsi untuk auto tab tapi aku tak reti cari. Nak kena study balik IE. Diawal mengenal internet dulu guna IE la jugak. Bila dah beralih pada Firefox aku tinggalkan terus IE. Ini bukan kisah habis madu sepah dibuang ye.
Firefox aku mungkin sedang ditutup buat sementara waktu. Tak pasti kenapa. Dan aku malas nak kontek orang Bahagian Teknologi Maklumat semata-mata nak tahu masalah ni. Buat masalah lain je nak kena turun naik ofis.
Masalahnya dengan IE ni. Bila menulis, perenggan jadi hilang. Type la seberapa banyak perkataan dan beberapa banyak perenggan pun. Jadi selambak penulisan aku gitu. Kalau sekali pandang macam orang tak reti menulis dah. Sudahnya aku terpaksa pergi ke komputer lain yang boleh guna khidmat Firefox. Edit balik entry yang bersepah.
Sekarang aku di bilik komputer. Sebenarnya aku tak suka merayap ke komputer lain. Selesa memanaskan bontot di kerusi sendiri. Tapi bila dah karang entry panjang lebar tadi. Aku dah tengok betapa serabutnya entry panjang lebar tu. Sudahnya aku membaikpulih saraf serta otot-otot berjalan ke bilik komputer ini. Macamlah jaraknya jauh berbatu, psu!

Sedangkan hati marah, rajin pulak aku menaip.
Hilang moody aku, heh!
Hilang moody aku, heh!
2 comments:
akupun emo lately..bila org mintak tolong aku baik jek tolong..tp bila aku mintak tolong balik...boleh dump aku macam tu jek..emo ted...
hada... gitulah resam hidup ni. kdg2 bukan kita menaruh harapan tgi pn. tp agak2la kan. kita dh jaga hati org. xreti2 nk jaga hati kita balik? hurm... malas aku nk kenang2. bikin panas hati je.
Post a Comment