Nuffnang

Wednesday, April 14, 2010

Equal Prize

Tadi terima panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Sejak aktif kembali menyertai contest-contest bukan dalam blog. Aku terima je seadanya kol-kol luar yang masuk. Mana tahu yang kol tu panggilan kemenangan contest. Kalau lepaskan panggilan tu bermakna aku lepaskan peluang terima hadiah. Alhamdulillah panggilan tadi panggilan yang diingini. Bukan panggilan hangit dan tidak jugak panggilan tuntut hutang dari bank hahaha...

Menurut pemanggil aku menang hadiah dari contest Equal. Aku langsung tak ingat tentang contest ni. Aku masuk pun hantar satu borang je. Sebab gula Equal tu mahal untuk tekakku, maka aku beli satu kotak Equal saja. Tak sangka lekat jugak rezeki untuk sebuah barkod, alhamdulillah... rezeki.

Antara kategori hadiah bakal dimenangi pemenang:



Grand Prize x 12:
Crabtree & Evelyn Deluxe Vanity Case



Consolation Prize x 12:
Crabtree & Evelyn Rosewater Hand Therapy

Mula-mula aku langsung tak faham apa pemanggil tu cerita. Nak-nak dia macam nak bagi surprise sangat dengan aku. Bila aku asyik cakap tak faham-tak faham akhirnya dia cakap jugak aku menang hadiah Equal. Malas dah agaknya nak berahsia dengan perempuan slow macam aku ni hahaha...

Aku kena tuntut esok petang jam 3 di ofisnya di Petaling Jaya. Masalahnya esok aku akan ke Melaka hadiri kursus. Maka urusan pengambilan hadiah akan diserahkan kepada hb ku. Wah! Banyaknya kerja en.hb esok. Pagi kena hantar artwork aku, petang kena pergi ambil hadiah. Aku tak cerita lagi pasal ni kat en.hb. Tentu dia tak setuju. Sebab dia tengah sibuk sungguh di pejabat.
Aku tak upaya nak desak. Tapi akan pastikan dia ambil jugak hadiah tu. Mana boleh lepas weh. Sia-sia usahaku tampal setem atas sampul surat untuk sertai contest tu heheh.

Tengoklah hadiahnya esok mana satu yang aku dapat. Kalau dapat yang grand prize tu joget lambak la aku kat Melaka hohoho...

8 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

syoknya selalu menang contest :)

hati - ema said...

tahniah..ni yg teringin nak masuk contest ni

Wansteddy Tales said...

elissmie... xjugak. bln ni bru kali ni lekat. saya selalu jugak masuk contest2 dlm majalah. tapi xpernah menang. yg inilah satu2nya menang. tu pn agknya sbb xramai yg join huhu

Wansteddy Tales said...

ema... trimas. aku pn taram je semua borang aku isi. xmiss satu pn sbb rugi la beli majalah mahal2 tak baca potong contest tapi xisi. kemaruk contest mmg gini. tp bulan 4 ni aku xbeli pn majalah. lari kos saradiri hahaha

ieda said...

tahniah...bestla menang contest..pastikan hbby p ambik hadiah tu...rugi tak ambik.

Wansteddy Tales said...

trimas ieda... xcited kat pakaging grand prize tu bkn kat itemnya pn hahaha

yantz-yeem said...

wah aku pon sama nak joget lambak ngan ko...huhuh bila la org2 contest nak kol aku plak nie...huhuhu colgate, morning kiss, giant,haaa apa lagiks? aku dah x ingat daaaa...

Wansteddy Tales said...

k.yantz... insya'allah masyuk nanti tu. ble je xpasti lagi. aku ni pn menang giveaway je kak. kalau dapat yg riban2 soheh aku kejut katak depan pc hohoho