Pagi tadi seperti biasa aku hantar Damia ke rumah nannynya. Kerana ini hari pertama aku berpisah dengan Damia, sebab kena hadiri kursus. Aku sedih, okey. Mummy yang sedang jiwang ini gundah gulana. Aku rasa serba tak kena sebab tahu malam-malam karang tentu aku rindu pada mek kecik yang suka memunggah rumah itu huhu....
Ketika bagitahu kat Damia yang aku perlu tinggalkan dia dengan ayahnya saja malam nanti, dia macam faham pulak. Pandang je muka aku. Aku yang sedia sayu ni bertambah terharu... buhuhu.... kemaruk mengalahkan orang 50-an bercinta.
Pada yang berkesempatan baca entry jiwang puisiku semalam tentu gelak terbahak dengan gaya puitisku yang sungguh hampeh. Jadinya kalau entry tersebut dah tak wujud lagi jangan bimbang. Aku dah selamat save dalam draft. Bikin simpanan. Esok-esok bila aku dah ada mood nak berpuitis balik, aku akan perbetulkan banyak nahu-nahu yang tak sesuai dalam puisi itu heheh...
Kalau hari-hari berikutnya blog aku kesepian. Itu kerana aku tak berpeluang berblog. Mungkin kerana takde line interent. Aku memang takde berukband. Harapan aku tinggi menjulang semoga di sana aku boleh berblog.... Keterdesakkan ini.
5 comments:
oohh.. daku pon tengah stress ni.. ahad ni kena outstesen.. nak bawak anak tapi takde orang nak jaga kat hotel plak..adoii
sbb tu la saya selalu jeles klu tgk member yg ada sedara mara dekat. klu xleh tumpangkan sehari dua di rumah, boleh angkut sedara tersebut ke outstation hahaha
saba ye mummy..mmg sedih nak tinggal bb..saya pun selalu rasa..mcm nak berenti keje je..hehe..
tu sbb saya tak senang duduk bila Usamah takde....wuwuwuwuuu.....jom nangis sama2 nak??
dbalkis... tu le... kdg2 smpi tahap tension dgn kerja asyik kenangkan jaga ank kat rumah lagi baik heheh...
Post a Comment