Nuffnang

Followers

Wednesday, April 14, 2010

aku tak mampu maksimaskan tahap populariti blog

Bersembang dengan member tadi. Ada yang bagi pendapat. Kalau anda nak popularkan blog anda semaksimas mungkin. Pastikan sehari menulis sekurang-kurangnya 5 - 8 entry sehari! Pastikan ramai follower. Pastikan ramai bilangan pembaca. Tebal muka ajak geng-geng blogger masuk blog anda. Keringkan tekak laungkan blog anda memang best dan memang wajib dikunjungi. Jangan tido, berblogggg je seharian suntuk. Tebalkan poket anda dengan duit-duit hasil pengiklanan percuma dalam blog. Selain bergembira dengan berblog anda pasti hidup senang dengan penjanaan duit percuma yang masuk ke akaun tidap detik.
Kiok... Aku nak menulis sebuah entry sehari pun jenuh perah otak. Itu kalau ada cerita nak dikongsikan bersama. Kalau takde cerita best? Bosan je orang nak baca. Lagi haru kalau takde mood macam sekarang. Nak menaip patah demi patah perkataan pun aku ikut tersengguk-sengguk depan pc ni ha. Kalau ada cerita dan mood memang lajuuu je aku menaip. Tak toleh kiri kanan dah. Sampaikan member meja sebelah komplen "Woih! menaip hapa tu lagu giler? Macam meshing gan da..." ngahahaha....
Aku tak mampu nak popularkan blogku ini. Sebab aku tahu aku tidak konsisten dalam bidang penulisan. Aku sedar aku tidak ramai follower dan kurang pembaca. Sebab tu aku hargai sangat-sangat pengkomen tegar dalam blog ini. Dan aku seboleh mungkin hargai mereka dengan kunjungi blog mereka semula. Tak dapat fikirkan kata-kata untuk komen dalam entry baru mereka, masuk dan baca kisah-kisah mereka yang terkini pun dah memadai bagiku.
Kesimpulannya.... aku berblog dengan kadar termampu.
Yang sedang-sedang saja ;)

12 comments:

CIKGU NAMAN said...

tu yang pakat buat entri stail status FB..alahai

biarla tak popular pon kan, janji puas menulis;)

QuEeN Of 2 Heroes said...

sy pun mane yg sempat kak...huhu...
kot tak sempat nak komen..sy komen dlm hati je la...hehe :p

Bukan Bidadari said...

aha aku pun... tapi bagi aku nawaitu blog tu penting.untuk glemer atau utk ape? untk duit ke kan? aku pun biasa2 jer blog. kdg seminggu satu jer posting.. tak reti aku nak tulis ape? tulis apebila ade bende menarik.. kalau tulis pagi tadi sarapan ape...lunch ape... balik kul bape... mmg byk la entri...

SiTi said...

salAm ZiAraH....SiTi pUn SaMa jE kEs NyA...lEbIh ByK jAdI sILeNt ReADeR

Wansteddy Tales said...

naman... betul tu cikgu. tgk2 skrg ramai dah suka buat entry bnyk2. tp pengisian kurang. tapi ye la siapa saya nak komen. saya masuk jugak blog2 mereka untuk menimba pengalaman orang hehe...

Wansteddy Tales said...

nadia... komen dlm hati. aah, boleh pakai ayat tersebut. akak ni kdg2 bkn sengaja xnk tglkn komen. walalupun dh baca tp rasa cm xde ayat sesuai nak titipkan dlm kotak komen tu, hurm... hakak pk kalau tulis asal lepas je mcm batuk tepi tangga tak best jugak huhu... janji kita singgah sebentar kira okey la :)

Wansteddy Tales said...

ema... org nak femes sbb nk tmbh income kot. tp aku sedar akaun iklan aku tak pernah bagi can keluarkan duit. yg masyuk tu pun ala la... je. bagai masuk segan keluar kosnya tak mahu huhukkk...

Wansteddy Tales said...

siti... yup, nak2 yg jarang2 kita singgah. kdg2 klu kita tglkn komen empunya blog xlayan pn komen, malu hakakk huhu... jemput2 singgah selalu siti :)

i z z a said...

sy skang pn dh kurg bblog...tak tau dh nk tulis ape...huhu

Sari said...

ajernya xbuat keje lain le klau sehari nk buat byk2 n3..apa yg kwn2 smua tulis kat atas tu mmg betul..yg penting buat ikut kemampuan memasing kan kan kan...

Wansteddy Tales said...

izza... berblog ikut mood kan dik. klu rajin berderet2 entry terpapar

Wansteddy Tales said...

k.sari... bak kata ady, sederhana itu indah hahaha