Nuffnang

Friday, April 2, 2010

Kenangan naik bas

Teringin nak bercerita kisah lalu. Kalau korang nak baca pengalaman aku suatu ketika dahulu, jemput2lah teruskan membaca.

Sekitar tahun 2000 aku memulakan pengajian tinggi di UiTM Lendu, Melaka. Inilah pengalaman pertama aku berjauhan dari keluarga. Sedih dan rindu berjauhan memang terasa. Nak-nak aku ni jenis pelajar yang jarang bergaul mesra dengan kawan-kawan sekelas. Jarang-jarang hang out weekend. Jarang-jarang berjumpa makan di cafe dan jarang-jarang berhubung dengan sesiapa dengan henfon. Sebabnya ketika tu henfon masih mahal. Nak beli sim card pun bercinta mahalnya. Sudahnya hanya telifon awam pengubat rindu nak hubungi keluarga. Aku pulak memang jenis tak nak susahkan famili. Seboleh-boleh mungkin berjimat untuk biaya pembelajaran yang mahal masa tu. Aku jarang-jarang mintak duit dari famili. Mujurlah ada pinjaman PTPTN. Dan aku masih sedang membayar semula duit pinjaman tu. Dah berhutang bayarlah balik kan. Mujurlah UiTM sediakan makanan free untuk pelajar. Terima Kasih UiTM. Ko memang dihatiku, selamanya.

Disebabkan jarang-jarang dapat balik kampung, maka setiap detik bercuti tu aku betul-betul hargai. Bahkan waktu perjalanan pulang ke kampung pun ibarat suatu kebesaran hati buatku. Memang melonjak riang ria siap kadang-kadang aku bersenandung lagu 'Balik Kampung' nyanyian Sudirman. Hu... punyalah kuat impak balik kampung ni.

Tapi cerita menarik yang ingin kukongsikan bersama ialah perjalanan pulang ke kampung. Bukan calang-calang orang dapat pengalaman istimewa macam ni hohoho.... Bila aku kata istimewa, ia bukanlah sesuatu yang patut dikenangi dengan gembira atau bahagia okey.

Bila balik bersendirian. Perkara paling utama yang perlu aku fikirkan. Ketepatan masa. Sebab aku ni jenis tidur lambat. Kadang-kadang tersasul jugak bangun lambat. Kalau dah terlajak waktu memang cepat benar aku gelabah.

Selalunya kalau nak balik kampung aku perlu lalui beberapa peringkat perjalanan:

1) Dari laman UiTM ke Pekan Alor Gajah
2) atau dari laman UiTM terus ke Bandar Melaka ke stesen bas utama.
3) Singgahan pertama antara di Kuala Lumpur atau di Ipoh
4) Singgahan kedua antara di Ipoh atau Tanjung Malim
5) Singgahan ketiga dari Ipoh ke Gerik

Ye, perjalanannya sangat jauh. sekurang-kurangnya aku perlu tempuhi 8jam perjalanan pulang. Ia tidaklah terlalu memenatkan. Cuma banyak kali kena turun naik bas. Bertukar bas. Tapi kadang kala menakutkan. Nak-nak bila yang memandunya:

1) Orang tua yang kuat mengomel. Banyak sangat bercakap sampaikan kadang kala tak fokus waktu memandu
2) Pemandu yang nampak sangat lesu sebab banyak kali trip ulang alik ke sesuatu destinasi
3) Pemandu yang terlalu baran. Sikit-sikit nak tengking orang. Penumpang bas tu, pemandu kereta, motor lain ke semua dia nak sergah. Bawak bas pun asyik terhenjut-henjut sebab suka tekan brek mengejut huhu
4) Jenis yang tak prihatin. Patutnya umumkan la dah sampai mana-mana. Bagi yang patut turun boleh turun. Tapi jenis terlebih pendiam ni langsung tak pedulikan penumpang. Sudahnya ada-ada je kes terlajak perjalanan. Haru sungguh.

Semua yang di atas antara pengalaman yang aku lalui la. Tapi yang paling diingati kes pada suatu hari dalam perjalanan balik dari Melaka ke Perak. Aku nak ceritakan dari mula sampai habis la.

Pagi tu macam biasa aku terlajak tidur lagi. Sebabnya takde member yang boleh tolong kejutkan. Kawan sebilik awal-awal dah balik ke kampungnya sebab dekat. Tergesa-gesa aku tunggu bas kat depan bus stand UiTM. Bas pulak lambat giler nak sampai. Teksi adalah. Aku nekad je nak naik teksi, tak fikir dah soal kos sebab aku dah tau lambat ni. Perjalanan dari Lendu ke Bandar Melaka saja ambil masa antara 30 minit - 1 jam ikut bas dan penumpang. Tapi sayangnya teksi pulak takde yang kosong. Tunggu punya tunggu datang jugak satu bas yang dinanti. Mujurlah haritu penumpang bas lenggang dan jalan tak sesak. Aku selamat sampai tepat pada waktunya.

Aku tempah burger spesel kat gerai burger paling sedap di Bandar Melaka tu. Pastu tunggu bas. Bila tengok rupa bas yang bakal aku naik.... Aku dah mengucap panjang. Reput sana sini. Doa-doa moga-moga bas ni bawa aku selamat sampai ke destinasi. Belum pun naik bas, pemandunya bersuara lantang. Orang tua rupanya. Tapi punyalah terlebih ramah. Banyak pulak dia punya bebel. Pok pek pok pek sepanjang perjalanan ke Ipoh. Dengan bunyi-bunyi tidak menyenangkan dari bas aku berharap perjalanan tu lebih pantas dari sepatutnya huhu.... Tapi bas tu berhenti dulu di Puduraya. Ambil penumpang dari Kuala Lumpur dulu.

Alhamdulillah selamat sampai di Ipoh. Tapi aku masih kaku dengan burger tergenggam kat tangan. Mana tidaknya. Aku duduk di tempat duduk betul-betul belakang pemandu. Tak cukup dengan tu pak cik ni memang jenis cuai. Main sukati dia je memandu. Kelok sana sini pastu sibuk menyumpah orang lalu lalang sebelah bas dia. Ada je tak kena dimatanya. Pening kepala aku. Nak tidur pun tak sanggup. Aku bayangkan, kalaulah bas ni tersasar sempatlah jugak aku buat aksi menyelamatkan diri sekurang-kurangnya. Tak la mati katak macam tu je huhu....

Sesampai di Ipoh aku terus bergegas ke Hentian bas ke arah Utara. Stesen ni jauh sikit dari Medan Kid, Ipoh. Jadinya kena melintas. Nasip baik tiket masih ada. Tapi bas Ipoh ke Gerik ni, walaupun ada tiket masih bermasalah lagi. Kadang-kadang aku rasa macam bas mini punya sesaknya. Aku tinjau-tinjau seat kosong kat belakang. Nampaknya semua dah terisi. Yang ada kosong pun dorang letak barang. Nampak sangat tolong cop kan untuk kawan. Nak tak nak aku kena duduk seat paling depan. Sebelah sorang mamat berusia lingkungan 30-an. Aku tak sempat tengok mukanya. Tapi aku agak bergitulah kalau ikut gaya berpakaiannya.

Mula-mula aku boleh kontrol lagi. Depan aku berderet budak lelaki berdiri sebab tak cukup tempat duduk. Aku segan jugak nak tidur sebab seat aku duduk tu depan sangat. Kalau tertidur dan bas brek mengejut, mahunya aku terdorong ke dean. huhu... tak rela! Tak sedar aku dah tertidur. Yang aibnya aku terlentuk atas bahu mamat sebelah. Makkk... malunya! Tersedar aku cepat-cepat betulkan tempat duduk. Tapi selang beberapa minit aku terlelap lagi kat bahu mamat tu. Malu lagi!

Pemandu dan budak lelaki kat depan aku tengok-tengok je. Malu weh. Mamat sebelah punya gentleman langsung tak malukan aku. Atau pun dia sendiri tak sampai hati nak kejutkan aku. Nasip baiklah takde air liur tercicir atas bahu dia hohoho....

Kenangkan itulah pengalaman paling memalukan sepanjang aku menaiki bas ke kampung. Disebabkan itu aku terus pastikan tiap kali nak balik ke kampung tengok dulu tempat duduk. Seat kena pilih yang di tengah-tengah. Dan duduk tepi tingkap. Sekurang-kurangnya kalau terlentuk boleh sandar kat cermin bas. huhu...

______________________

Dah lama tak naik bas. Rasa rindu pulak balik kampung naik bas ni. Tapi kenangkan ada anak ni lebih baik naik kereta saja. Lagi selesa dan boleh angkut barang banyak-banyak dengan senang hatinya :)

5 comments:

A N A K - A N A K K U said...

hehehe tp mmg syok naik baskan.....tp dulu x mcm skrg, bahaya dan menakutkan..kene lak lelaki sebelah kiter jns y suka meraba.....eeee x rela u..hahaha rindu gak nk naik bas

Wansteddy Tales said...

alamak ai.. benar sekali tu. skrg ni mmg mcm2 peel org sblh. xpyh kata lelaki la pompuan pn sama nk2 jenis pnjg tgn tu. kita sedap2 tdo dorg sedap2 seluk beg curi menda huhu... penah gak pengalaman naik bas dgn org terlebih psiko mengorat. ngeri!

i z z a said...

sy prnh fobia naik bas...wlaupn prjlanan amik masa 45 minit..tp tetap menakutkn..hampir2 nk xcident..huhu..

Wansteddy Tales said...

izza... dalam masa sesaat pn boleh berlaku xcdent. apa lagi 45 min sama je. yg pntg pemandunya tak cuai

Sakinah said...

Salam,

Saya pun banyak pengalaman naik bas. Dari Kelantan > KL, KL > Kelantan masa zaman mengaji.

Saya pun pernah terlentok2 kepala kat bahu lelaki yg duduk sebelah.. adik kut lelaki itu..macam masih sek men. Hahaha kelakar sgt dan malu.

smpi sekarang sangat fobia sejak bas dinaiki eksiden, tahun 2008. Bukan sj naik bas, kereta pun..terutama bila jalan selekoh.