Aku selalu komplen berat badan kian meningkat. Lemak-lemak tidak diundang kian bermaharajalela disudut-sudut strategik dibenci wanita. Peha, perut, betis, lengan, pipi, dagu... dan seangkatan dengannya. Kalau korang ada tambahan sila tinggalkan di bahagian kotak komen. Aku dah masuk kelompok itu. huhu....
Kerana risaukan masalah berat badan ni aku tekad nak cari cara-cara susutkan lemak-lemak ini. Tapi sebelum tu aku nak bagitahu dulu kenapa aku begitu bertekad sekali.
Tahun ni aku berusia 28tahun. Menurut cerita emak aku, beliau mula naik berat badan selepas lahirkan aku di usianya 28tahun. Ketika mak ceritakan hal tersebut pada aku, aku baru tingkatan 3 kalau tak silap. Terus terang aku terfikirkan begini. Mak ni nak salahkan aku ke sebabkan dia gemuk? Pemikiran budak mentah macam aku. Aku tak terfikir masa tu perubahan susuk wanita di kala usianya kian meningkat.
Mak aku masa muda punyalah slim melim. Sekarang selim jugak. Tang telinga. heheh... Tapi nasip baik mak aku ni cute. Confirm orang buat-buat tak perasan tang susuk badannya huhu... Pendek kata dulu badan mak berukuran badan 36, 24, 38 gitulah. Kalau pakai kebaya tak perlu korset elok terbentuk je body. Janganlah aku sekarang. Maunya tercabut butang huhu...
Ini gambar mak dan aku. Sekali pandang macam muka Damia pulak aku masa ni. Ketika ni aku baru 4bulan kalau tak silap. Aku lupa caption yang abah tulis belakang gambar ni. Tapi lebih kurang gitulah usia aku. Masa ni mak baru berusia 28tahun. Sama usia dengan aku sekarang. Tapi nak beza ukuran badan maka dengan aku... sedih.
Dalam usia yang sama dengan mak je badan aku nak bagai dipam-pam. Kot tahun depan dan berikutnya lagi berpam-pam gamaknya. Tak relaaaa.....
Bila banyak sangat bonggol-bonggol menjelikkan bergentayang di sana sini aku pun mulalah mencari ikhtiar. Dalam berkira nak berjimat cermat sebab dah banyak perabih gaji. Aku terbeli jugak barang keperluan aku. Diulangi terbeli.
LOSYEN TRIMME SERBAGUNA
Pati Halia & Pati Limau (130ml)
Benda alah inilah yang aku beli. Dan set korset hapa tah namanya aku tak ingat. Tapi yang banyak dot-dot tu. Pun aku tak tahu fungsinya. Jurujual kata bagus aku bedal sajalah. Keadaan keterpaksaan katakan. Kalau orang sua baju kulit kayu dan kata baju itu set sesuai untuk turunkan lemak badan pun aku percaya gamaknya. Jenis mudah tertipu huhu....
Ceritanya malam tadi aku lumur itu krim kat badan. Masa sapu tak rasa apa-apa. Aku fikir, helleh... kalau macam ni punya rasa tak sampai seminggu krim dah habis. Memang laku le bisnez cenggini. Dalam dok bebel sorang-sorang tu aku lumur lagi dan lagi. Hampir separuh krim habis. Pun tak rasa apa-apa lagi. Bila aku basuh tangan dan terkena air barulah rasa pedih-pedih serata kulit. Pedih giler macam kena bakar tu. Lebih-lebih lagi kat bahagian yang tercalar atau luka. Tangan aku ni ada rengsa sebab alergik. Jadinya bahagian tu yang buat aku mengelepar tak ingat semalam. Hampir dua jam okey. Aku nak genggam jari pun seriau. Yang mek Damia tak sudah-sudah nak membuli aku. Jap-jap naik atas perut. Jap-jap tepuk-tepuk badan aku. Sudahnya aku jerit kat dia suh main jauh-jauh. Mommy ko tengah sakit ni! huhu...
Padan muka aku. Sapa suruh lumur banyak-banyak. Kenalah dengan muka aku. Lepas dua jam baru kurang rasa pijar tu. Tapi bangun pagi ni aku masih terasa pijarnya okey. Dahsyat betul penangan krim ni. Ikutkan arahan dalam botolnya aku kena pakai pagi dan malam selepas mandi. Tadi mandi pagi aku tak lumur pun. Serik. Nih pun masih terasa lagi pedih-pedihnya okey... Kesian hakak... huhu....
Bagaimanapun impian nak kurus ini masih diteruskan. Mungkin akan gunakan alternatif lain. Puasa sebagai contohnya. Dapat tambah pahala hohoho... Aku beli satu peket kecil juz mate. Sekeping rm10. Giler mahal. Pas kautim dengan cik jurujual tu (sebab selalu beli kat dia sabun Natasya) dapatlah kurang RM9 sepeket. Satu kotak RM200 ko. Terbeliak mata aku dengar.
Tengok dalam iklan kemain lagi mak-mak dara berposing sakan tayang body selim melim. Terpengaruh jugak aku. Beli... Padahal mak aku pun sibuk promote produk jualan dia. Berasaskan fiber jugak. Tak pulak aku teringin nak makan. Giler rasa rumput. Tak tertelan aku. Tapi dah gitu la caranya nak kuruskan. Lauk kambing pun terpaksalah ditelan huhu... Tak sempat rasa lagi perisa juz mate ni. Harap-haraplah sedap. Kalau tak sedap confirm diletakkan dalam senarai tak akan dibeli lagi selepas ini.
Dalam berura-ura nak kurus. Sibuk pakai korset segala, aku teguk jugak teh tarik. Jadi buat apa aku nak komplen sekarang aku sudah gemuk???
10 comments:
wah..drastik ni nak turunkan berat. krim tu aku pakai mase dalam pantang. Bile lulur (aku sebut tapel) yang kene taruk kat perut tu dah habis. sedap rase suam2..tapi yang kuning bukan hijau.. hehehehe...
Jusmate tu.... teruja gak nak try tapi mahal sgt la.. hehehehe...
sekarang aku on diet.. makan malam sebelum 8.. huhuhuhu...
ema.. ini bukan cubaan. ini betul2... mana tahan kena perli je dgn hb. tp soheh aku gemuk beb. smlm pakai jeans zip rejek huhu..... nmpk sngt....
aah aku pn pakai krim yg kaler kuning. botolnya je warna hijau. tp gler pedih kan ema. menyirap drh aku pakai smlm . skrg pn dok rasa2 pijar lagi huhu....
huhuhuhu..pelan2 teddy.... jgn rakus sgt.. hahahaha...
biasa la dah beranak pinak ni..nak langsing cam anak dara tu susah skit la.. insan terpilih jer yg mampu...
aku??? makin gemuk..tapi makan makan jugak.. hahahaha
wah!wah!sbg teman blogger..chaio!chaio! erk anak dh brp org erk? dasat tue nak kuruskan badan...tp tuelah kan kiter org pompuan...x jaga bdn nnt husband bising....uwaaa kiter nk kuruskan perut gak..pakai kebaya dh x cantik...ade benjolan di depan...hahaha mcm bonggol jln lak
salam bersungguh ni nak kuruskan badan y not cuba masuk blog ni tgk produk ni produk yang slimming centre mmg pakai untuk kuruskan badan tapi yang ni murah jer berbanding slimming centre cas.
http://productpelangsingan.blogspot.com
anyway selamat berkenalan semoga berjaya saya pun dalam misi nak kuruskan badan gak ni.
ema... mmg rakus hohoho... sbb sama haluan dgn ko yg naik berat bagai di pam2 ni. korset2 jugak, losyen2 gak tp makan xreti2 nk kontrol. habis cmno nak kuruih? kui3...
anak2ku... anak baru sorg tapi bdn dah macam mak 3anak! kakakku lagi nmpk mcm anak dara selim melim. huhu... part benjol tu yg nk dijaga ni dr dlu susahnya nk susut huhu...
zila... trimas 4 d info. mmg bermakna. sy pn dlm usaha cri benda murah lagi mujarab ni hohoho... semoga kita sama2 capai target kurus idaman cewah :)
sy suka gn krim nih..nk kempiskn perut la konon..tkt jgk nnt bl dh beranak pinak badan x mcm anak dara..huhu
salam..saya pun tengah berusaha ni..tapi saya makan herbalife..masih monitor progress..baru satu bulan..
izza... ada yg jenis bdn xnaik ni beranak la berapa ramai pn maintain ccomey molek jugak izza. mak mertuaku contohnya. bdn kecik molek je xnaik2. menantunya jugak yg kejap naik kejap turun. perubahan saiz ikut musim ngahahhaa...
awak, rajin2 sauna ek..insyallah boleh turun..lagi best masa sauna letak slimming body ammpoule atau cool gel kat tempat2 yang byk lemak like lengan, perut, paha etc..
takyah lama2, dalam 15 min ke 20min je..
tapi still food intake kena ctrl (peringatan utk diri sendiri jugak) hihih..suka la blog ni..comel
Post a Comment