Nuffnang

Followers

Thursday, April 8, 2010

Mesin jahit mak


google

Pernah nampak mesin jahit macam ni? Jenama singer. Mesin jahit ni bertahun berjasa pada mak aku. Tengah malam raya, orang lain dah masuk beradu. Masa ni la mak jahitkan saki baki baju kurung aku yang tak siap sebab sibuk buat kuih raya masa bulan puasa. Tapi dah lama mak tak menjahit. Mula-mula merungut sebab mata dah tak nampak. Pastu sebab kat kampung ada makcik yang selalu ambil tempahan buat baju kurung. Sudahnya sekarang, kalau nak berbaju kurung baru mak hantar ke makcik tersebut je.

Aku ni tangan kayu. Langsung tak pandai menjahit. Kalau jahit bodo-bodo setakat nak cantumkan bahagian baju terkoyak sikit-sikit tu mampulah. Tapi kalau mintak jahit baju kurung... mintak mahap. Hakak serender!

Bukan mak tak pernah ajar aku menjahit. Ingat lagi ketika baru habis tingkatan lima. Mak sibuk ajar aku buat baju kurung guna kertas surat khabar. Terus terang aku mengaku, tak minat. Sudahnya takat ukur baju kurung guna kertas sajalah. Tak pernah praktikkan pada kain. Sehingga kini aku belum pernah menjahit sepasang baju kurung. Hatta untuk anak perempuanku sendiri huhu...

Lepas taat belajar di UiTM dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka, sekali lagi aku dilanda dilema. Ketika tu masih menganggur sambil menunggu panggilan temuduga jawatan pereka. Mak dah bising-bising. "Kalau dulu belajar Reka fesyen sekarang dah boleh bukak butik dah kat kampung ni" Huh! gitu sekali mak punya visi. Betul pun. Mak memang kuat bisnez. Ada je akalnya nak ceburkan diri dalam bidang perniagaan ni. Tapi sayangnya sikap beliau tak turun kat anak-anak. Masing-masing takde semangat tinggi berniaga macam mak. Kalau ada pun pasang surut semangatnya. Macam kes akulah, heh!

Kadang-kadang jelez jugak bila tengok nama-nama pereka terkenal di Malaysia terdiri daripada nama-nama lelaki. Setakat yang aku kenallah, macam Rizalman, memang fofular. Kalau bidang masakan Chef Wan. Bidang senireka kasut Jimmy Choo. Semuanya lelaki. Aku jamin ada jugak yang perempuan. Tapi dengan pengetahuan aku yang cetek ini. Aku boleh sebut tiga nama ni saja.

Bila lelaki beralih ke bidang yang sepatutnya dimonopoli oleh golongan Hawa memang boleh timbulkan rasa malu. Malukan diri sendirilah. Seperti kes aku ni. Menjahit tak reti, memasak, buat kek malah bahagian gubahan bunga pun tak mampu. Kalau mampu pun kena usaha keras sikit. Kena minat tinggi barulah menjadi. Selalunya tak menjadilah. Sebab tu dapurku jarang berasap. Alasan orang malas memasak.

Damia tidur awal pulak malam ni. Confirm dia berjaga pagi karang. Aduyai... memang tak tidur malam lagilah malam ni nampaknya huhu...

4 comments:

i z z a said...

huhu..sama la sy..mak,kakak n adik bleh mjahit..sy x pndai..stkt jahit tngan tu bleh la..tpaksa upah jgk

Wansteddy Tales said...

pastu ble smpi musim raya bru keinginan nk belajar menjahit tu meluap2 sbb sah2 masuk bln poser xblh wat tempahan dah huhu

NzA said...

sama dgn mesin jahit mama kak nza...ttp mmg tahan lama.

Wansteddy Tales said...

k.nza... btl tu. berthn pakai kukuh lagi