Ketika orang lain bergedik gembira meng'cash out'kan duit hasil kutipan nuffnang. Aku pulak hanya mampu ber "tsk tsk tsk....". Itu kersikan berunsurkan dengki. Iyelah... Orang lain dah keluarkan duit beriban-riban melalui nufnang. Ada yang baruuuu sangat berblog. Baru lagilah nak dibandingkan dnegan aku yang dah makan setahun berblog ni. Tapi dengan senang hati dapat cash out barang riban-riban. Maunya aku tak dengki?
Tapi rezeki masing-masing Melah.... kataku nak sedapkan hati. Unsur-unsur dengki itu masih ada. Bukan rezeki aku lagi. Carilah rezeki dengan cara yang lain pulak, kot kalau memang cara mudah camni tak membuahkan hasil. Kalau ada pun hasil yang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tak ketahuan bila pulak boleh dapat cash out duit nufnang sendiri.
Tak malu aku nak cerita duit akaun nuffnang aku masih ditakuk lama. Dok la kat RM 12.25 tu. Ketika di zaman klik mengklik kau dan aku dulu. Naik jugaklah akaun aku barang rm0.50. Aje. Pastu sampai ke sudah dok berteleku di takuk yang sama. Sedih wo....
Komplen ini kerana aku masih tidak pandai (bahasa baiknya) meningkatkan akaun nuffnang ini. Dan begitu banyak tip-tip yang dititipkan oleh para otai untuk menaikkan trafik blog, aku masih tak pandai (bahasa baiknya) jugak. Dan dengan ini aku perlu menerima hakikat dan mengaku aku sebenarnya malas belajar. huhu...
Bilalah masanya aku pulak nak kaya tahap riban-riban melalui nufnang ni ha?
12 comments:
takpe lama2 nnt pandaila tu :) mama aqif lg la tak pandai :( sgt jeles tgk org lain tp nak buat mcmana lama2 nnt kita pandai la kot ..so chaiyouk!!
ted..nufnang aku sama jugak la.akupun pelik yang baru berblog dpt nufnang walaupun 50 hinggit..sangat2 pelik! tapi takpe la ted..aku happy jekwwww
tunggu. insyaAllah rezeki kita ada sat2 lagi tuhh
sabar...nanti adalah tu..kalau dah tertulis rezeki kita mesti akan sampai jg nanti..
jom tengok sini pulak
dah habis
ahahaha...sama la ngan aku..tp aku x amik pusing sgt ngan nuff nie...berblog tuk suka2...tp kalo masyuk tu terima la...aku laaaagilaahhh nak masuk tahun nie 3 tahun berblog.. x penah2 dpt cheque tau...
wans,
huhuuuhh.. keep on blogging.. tulis citer yg best2... anggaplah kalo dpt duit nuffnang tu sbg bonus hasil susah payah berblog... ;)
mama aqif... huhu... best wo tgk akaun org tahap riban2. sbrnnya entry ni kasi motivasi utk diri sndri jugak nih hehe
hada... betul tu hada. kenapa lama ko menyepi beb? rindu sungguh aku kat ko tahu! aktiflah berblog kembali tau2 :)
miss Q... yup.. wajib bersabar selalu huhu. insya'allah kan datang pulak giliran kita cash outkan duit sendiri yeah yeah
ieda... baiklah ieda. saya cuba mengalihkan tumpuan dr nuffnang skrg hehe. nk kena fokus berblog saja ats dorongan kwn2 semua :)
k.yanzt.... itu le. yg buat aku komplen ni sbb akaun asik dok kat situuuu je xreti nak up2 haha
k.yong... harus terima hakikat ni hehe
Post a Comment