Suatu hari aku terima hadiah dari seseorang. Memanglah teruja, dapat hadiah kan siapa tak suka. Nak-nak sejak akhir-akhir ni susah je orang nak bagi hadiah saja-saja kat aku. Kena masuk kontes baru merasa hadiah dari orang, heheh... Aku pulak jenis hargai apa je barang orang beri. Kalau bagi batu pun aku terima gamaknya. Tahap inesen tak berapa nak cerdik gini huhu...
Bukak saja pembalut hadiah aku dah terpegun dengan aroma bauan pelik. Busuk. Aku toleh kanan, toleh kiri tercari-cari mana datangnya bauan pelik ni. Nak kata kat sebelah aku ada jiran tetangga kentut, takde memberlah pulak. Waktu rehat lagipun, soheh takde orang dalam pejabatkan. Aku tinggalkan kejap bungkusan tu, meneruskan aktiviti mencari punca bauan busuk tu. Bau kepam masham ketiak busuk yang diperam barang 3, 4 bulan tak mandi kot. Atas, bawah meja aku cari tak jumpa aku pandang semula bungkusan yang baru diterima tadi. Eh, takkan la.... kataku nak sejukkan hati sendiri.
Kerana dah penat mencari sesuatu yang tak pasti. Aku pun dengan penuh curiga kembali kepada misi bukak hadiah tadi. Makin bukak bungkusannya, makin kuat bauan masham itu. Kendian... walla! sebuah dompet mini rupanya. Aku tak pasti diperbuat dari apa. Kulit kerbau ke? Kenapa hamis benar baunya? Hurm... Kerana tak selesa dengan bau dompet tersebut, aku letak dalam tupperware. Tutup. Bagi kedap. Bayangkan kalau member pejabat kembali dari waktu rehat? Mahunya muntah hijau terbau benda alah tu. Silap-silap tuduh aku kentut telur tembelang pulak! wakakakka....
Sayu jugaklah bile kenangkan 'niat baik' orang ni. Kalau nak memberi pun agak-agaklah.... Janganlah sampai mengundang rasa hampa orang pulakkan. Mujurlah dapat ke aku yang terlebih baik hati terima je apa-apa orang bagi. Kalau silap orang gamaknya dah ditong sampahkan saja hadiah tu. Silap-silap sedekah hamun segala kat si pemberi. Niat dah baik, tapi tak betul pulak.
Bak kata pepatah... "orang memberi, kita merasa" Jadi pemberian kita hendaklah bersandarkan keikhlasan. Kalau jadi macam kes aku tu, tak ke niaya orang? Ada kisah nak jaga hati tak? Haih....
Teringat kisah sorang kawan terima hadiah dari sepupunya. Sepupu ini memang cantik bergaya. Tapi tak tahulah mana hilangnya sikap ikhlas tu. Datang melawat kawan aku hadiahkan baju yang tahap lap lantai je kat anak member ni. Padahal newborn baby okey. Agak-agak la nak kedekut dan berjimat pun. Kalau tahap tak mampu benar, beli yang dalam berapa hinggit pun jadilah. Asalkan keadaannya masih elok dan baru. Alah berapalah sangat harga baju newborn baby? Kalau tak mampu beli jenama poney belilah pureen. Ada je yang berharga bawah RM10. Itu kalau ko rasa ko tersungguh sengkeklah. Tahap hari-hari kena makan mee maggi.
Padahal ko beli mekap mampu pulak beli yang berjenama, harga mesti ratus-ratus. Perfume tahap muntah darah aku bau sebab mahal kan. Mestilah sembur banyak-banyak, kalau sembur sikit-sikit sapa nak tahu jenama apa ko pakai. Peliknya yang mahal-mahal untuk diri sendiri mampu pulak dibeli sebulan 2, 3 kali. Ko nak hadiahkan orang bagi yang berjenis sikit boleh tak Jenab? Janganlah sampai si penerima berkecil hati pulak. Kategori kedekut tahap maksimas dah ni!
Bila aku kata kawan aku ni kecil hati bukan kerana aku sokong dia kerana dia kawan aku okey. Hakikatnya iyelah kena sokong kawan. Tapi kalau tak betul jangan pulak disokong. Tapi kes kawan aku ni memang sedih tau. Aku tengok sendiri baju yang diberi tu. Tergamam la jugak. Mak ai... ko ada dengki pape ke kat sepupu ko ni Jenab? Sampai gini ko layan anak dia. Aku pun tumpang sedih okey. Tapi aku sabarkan je kawan aku. "Ko dengan dia, sepupu... anggap sajalah dia tak sengaja. Toksah balas." Dan alhamdulillah hingga kini kawan aku tu bahagia dengan dikurniakan kembar lagi! Sepupu hati busuk tu sampai sekarang tak kawin-kawin! Umur dah lanjut! Busuk hati sangat kot. Takde siapa nak perempuan muka cantik tapi hati keji. heheh!
Peringatan: Jenab bukan nama sebenar.
Oh, sudahlah bercerita hal gini. Moralnya bukan aku nak mengata orang okey. Bagi yang dapat tangkap maksud aku, aku memang tak berniat mengaibkan sesiapa. Kalau ada niat tu aku taruk nama penuh dan mukanya sekali dalam blog ni. Itu baru aku rasa buat keji! hahahaha....
Pengajaran yang dapat aku huraikan... memberi biarlah ikhlas. Harini kita ikhlas menghulur kat orang, esok-esok Allah swt bekalkan nikmat rezeki pulak pada kita. Timbang tara hidup kita kan begitu?
Hidup ini perlu ikhlas
4 comments:
betul..betul..betul... kalau tanak kasi hadiah pon, sedekah la duit...
Aku hadiahkan senyuman okey tak? ikhlas ni...:)
Aku la ek.... bukan la kedekut tapi bila ade org tanya...x de ke baju2 baby lama nak bagi kat sipulan... aku diam je.... sebab baju lama bagi aku x syiok la nak bg kat org... yang elok lagi.... masih nak pakai..huhuhuhu
mrs. K... btl tu, kalau hulur duit barang rm2 pun merasa jugak masuk tabungan anak tu. seingt saya la, kwn saya tu simpan jugak baju sepupu dia bagi tu. xdipakainya kat anak2 dia, dia buat sbg 'ingtn tulus ikhlas' katanya heheh!
ema... beb, aku suka senyuman ko, comey macam meen!
btl jugak. aku pn jenis xgamak nk bg baju lusuh kat anak org. tpk klu org lak bg kat ank kita bju2 lusuh. tp aku terima jugak beb, hahah.. jenis xsmpi hati tolak pemberian org. (klu damia dah besar soheh dia kata: apa la mommy ni...) hohoho
Post a Comment