Nuffnang

Followers

Monday, May 10, 2010

Hari Ibu tahun ini bersulamkan rasa sedih

Terharunya dapat wish "Selamat Hari Ibu" dari kakakku dan dua rakan blog, Momma Mia dan Mama Zharfan. Walaupun dengan ucapan seringkas itu boleh naikkan semangat aku yang sedang bersedih ni. Terima kasih kepada kalian yang sudi berikan ucapan tersebut. Terasa diri ini dihargai.
Jika ucapan ini diberikan oleh ayah Damia lebih baik. Sepatutnya pada hari ibu itulah kita kaum mak-mak ni lebih dihargai. Dek kerana tiada sebarang ucapan aku terima sebelum ni, aku takde perasaan langsung nak buat entry tentang Hari Ibu. Sedangkan aku memang ternanti-nantikan hari tersebut huhu...
Kesian Damia, pagi tadi kepalanya terhantuk ke lantai. Sudahlah sejak jumaat asyik selsema. Bagi ubat selsema pun tak baik jugak. Lepas kepala terhantuk, makin panas kepalanya. Berdenyut kat dahi. Petanda nak demam tu. Aku risau sangat. Harap-haraplah Damia tak apa-apa. Harap-haraplah Damia segera sembuh. Kenangkan anakku itu, aku jadi sedih je.
Selamat Hari Ibu kepada seluruh pembaca blog ini yang berstatus ibu. Maaf aku lambat ucapkan. Semoga hati kita para ibu ini, tabah dan cekal membesarkan putera puteri kita walaupun apa rintangannya, amin...

11 comments:

alinalan said...

Amin. Alala.. jgn sedis2 Wan. Senyum sket plss... Sesama la kita tabah & sabar dlm melayari cabaran menjadi ibu yg terbaik utk anak2 kita yg tersayang.

Sian Damia. Semoga Damia cepat sembuh & ceria selalu. InsyaAllah Damia tak apa-apa.

Ain said...

selamat hari ibu wan...

moga damia cepat sembuh....

sekarang memang ramai yang demam, batuk dan selesema....

musim agaknya....

Unknown said...

selamat hari ibu wans..

suami kakyong tak penah wish hari ibu pun.. kebetulan mlm minggu tu kami sekeluarga makan2 kat luor.. itu pun xtvt 2 minggu sekali... so dah dpt rehat memasak tu pun kira ok lah... hahahaaa, tak perlu ucapan, asal dia hargainya.. walaupun dlm cara berbeza.. kek, hadiah hanya luaran...

BIONIC WOMEN said...

salam wan

selamt hari ibu...
maaflah lambat wish
Sebagai seorang ibu, ketabahan dan kecekalan kita amat diperlukan supaya anak2 mendapat keyakinan dari kecekalan kita..amin
Semoga damia cepat sembuh..

NzA said...

Selamat hr ibu utk wan w.pn dh trlewat sehari...jgn sedih2 ok...lain org lain cr tunjukkn kasih syg....
moga damia cpt sembuh..kesian damia...

Wansteddy Tales said...

momma Mia... trimas momma. sbnrnya luahan rs tu hidden je hakikat sbnr. xsedap pulak nak kongsikan di sini. bg nota ringkas je la nak luahkan rs sedih tu huhu.

Wansteddy Tales said...

ain... trimas ain. terima kasih juga doakan kesihatan damia. kl asik hujan n panas tiba2. cuaca xmenentu gini yg undang mcm2 penyakit. moga kita semua terhindar dr segala penyakit dan dikurniakan kesihatan sempurna, amin...

Wansteddy Tales said...

k.yong... wan sbnrnya xmintak pn apa2 dr hb. cukup skdr ucapan ringkas je. yg penting hb hargai isteri dan anaknya baik2. rs sedih itu tak berkaitan lngsung dgn rasa rajuk hati kerana ucapan ringkas tu aje k.yong. berat nak kongsikan kat sini.

Wansteddy Tales said...

Bionic women... trimas ucapkan ayat bahagia tu. hargai sangat. kdg2 kala tergugat jugak rs cekal ni nak2 bila kurang tempat berpaut. trimas juga doakan kesihatan damia. moga Bionic women dan famili turut dikurniakan kesihatan sempurna, amin...

Wansteddy Tales said...

k.nza... hakikat tu dah lama wan belajar kak, hehe.... yelah, kdg2 ada jugak jenis hb besday wife pn xsudi nk ingt. tp syg tu tetap syg. cuma harini mmg ada rs terkilan sikit, xberkaitan pn dgn hari ibu ni huhu

i z z a said...

selamat hari ibu kak..sori lmbt wish kt sini..muehehe