Nuffnang

Followers

Friday, May 21, 2010

Mini Me ~ Wansteddy II dalam bas best berangan

Close up ~ situasi aku dalam bas hari ini

Hari ini lewat punch kad 2 minit! Sudahnya kad aku dah tak cantik hari ni. wuwuwu.... Itu pun aku dah gerak dari rumah lebih awal dari biasa. Biasanya hari jumaat memang jem teruk. Hari isnin jalan lenggang. pelik pulak. Sepatutnya hari isnin la jalan jem dan hari jumaat jalan lenggang sebab hari isnin awalan hari bekerja kan. Selalunya ramai yang ambil cuti hari jumaat. Tapi inilah rutin mingguanku. Jumaat saja mesti jem teruk.

Hari ini tidak terkecuali. Aku terpaksa mintak bas hentikan aku di hentian sebelum hentian yang sepatutnya aku berhenti. Alah bukan jauh pun jaraknya. Dari hentian ini ke situ dah boleh angkat kening. hehe...

Kerana desakan waktu, jalan masih jem, lampu hijau pun kenderaan terpacak atas tayar tak gerak-gerak, aku nekad lompat bas. Pemandu dan konduktor bas sama-sama baik hati berpesan banyak supaya aku hati-hati. Macam nasihat kat budak sekolah pulak. Walhal aku ni mak budak dah tau. Agaknya dorang dapat hidu betapa lalainya perempaun seperti aku ni. Memang. Aku kalau melintas asal redah je. Kadang-kadang bahayakan diri. Aku akui, aku agak cuai. Pantang aku, kalau melintas jangan ajak aku berborak. Lalai aku 3 kali ganda teruknya. Silap-silap lampu hijau kereta berdezum-dezem aku boleh selamba pulak pergi lintas jalan tak toleh kiri kanan. Orang hon-honkan aku pun, aku tak perasan gamaknya. Haru....

Sekali lagi melukis dalam bas. Dalam lukisan ni menggambarkan suasana sebenar sekitar jam 7 pagi. Budak perempuan India depan aku tu dari Selayang tertidur. Aku tak tahulah dia selamat tiba ke destinasi yang betul atau dah terlajak jalan gara-gara tidur lenanya. Mula-mula aku cuma nak lukis budak perempuan ni je. Tentulah pandangan belakang kepalanya saja. Tapi bila dah mula melukis makin lama makin besar pulak ruang lingkup bas tu aku teroka haha...

Betul best naik bas sambil berangan. Sambil berangan banyak keluar ilham. Hari ini aku nak siapkan design poster. Ilham dari dalam bas. hehe...

2 comments:

Eliss said...

sempat yer berkarya dalam bas :)

Wansteddy Tales said...

elissmie ~ ble dh uplaod dan tgk dlm blog baru perasan, huduhnya lukisanku. lukis dalam bas, bnyk line gegel2 hasilnya hehe