Aku dah selamat sampai di rumah! hahaha.... Aku tidak ponteng tau. Aku amik half day. Itu pun selepas separuh jalan balik ke rumah barulah aku teringat aku lupa maklumkan kat big bos! Masak aku.... Tapi aku telifon boz yang lain pasal keseparuharian aku harini. Sebab musabab semua dah beritahu. Takde masalah kot. Kerja aku dah beres. Kalau ada masalah, semua artwork kerjaku ada dalam komputer. Bukak je la copy mana yang patut. Kalau sudi, tunggu je la aku kembali bekerja esok. hehe...
Damia sedang nyenyak tidur. Tengoklah tabiat keliru hari anak dara aku ni. Siang tidur aman damainya, malam berjaga dengan segala aksi macam Batman! Sabar je la.... Aku biarkan saja dia tidur. Malam tadi tidurnya sekejap saja. Adalah dalam sejam dua je nyenyak tidur. Elok dia bangun tidur saja, ayahnya pulak bertukar shif nak tidur. Apa lagi, kena buli la dengan Damia. huhu...

Semalam buat julung kalinya aku terima email dari Majalah Mami Baby. Kalau betul ejaannya yang demikian. Dah lama aku tak langgan majalah ini. Tapi info terkini, Majalah Mami Baby bakal mengadakan ekspo di tapak pameran Midvalley jumaat hingga ahad ini. Jemputlah bertandang sekali. Mana tahu kita berjumpa di sana.
Aku teruja pun sebab khabarnya ada goodies, hehe... Harap-harap best goodiesnya. Pastu ada jugak forum keibu bapaan, masuk percuma siap diberi tambahan goodies lagi! Rugi tak sertainya! Kemungkinan nak sertai forum tu lecehlah sikit. Sebab aku kena mengasuh Damia sekali. Kang orang sibuk berucap kat depan, Damia sibuk lari bersukaria keliling dewan. Haru hakak! Mahunya terpaksa buat ucapan bertajuk 'Harap maaf, saya segan' hohoho....
Sabtu nanti kot akan kami ke Midvalley. Itu pun sebab aku nak tukar buku-buku yang aku beli baru-baru ni dengan buku baru. Dah telifon wakil MPH Midvalley. Katanya stok buku yang aku inginkan tu dah habis. Sayang betul. Aku suka sangat buku tu. Aih... Mungkin takde rezeki nak buat koleksi. Harap-haraplah aku dapat jumpa pengganti yang sesuai.

4 comments:
pukul bape eh? hubby kite keje ar sabtu ahad ni.. malam boleh la pegi
mrs. K... sekitar 11 pagi ke 8 malam gitu. sempat pergi jugak. ada macam2 function ikut jam :)
wah, menarik ni Wan. Cuma tak sure Diha boleh sabar ke tak kalau pegi. huhu.
Ada entry khas untuk Wan
http://unlistedone.blogspot.com/2010/05/kuda-pusing-dari-wan.html
Thanks ya!
trimas nia... tu la, saya pn rs susah nak follow forum tu. kalau masuk ekspo tu myb xde masalah.
Post a Comment