Tiga hari berturut-turut aku kena sertai mesyuarat. Agak tertekan dengan kerja dan 'kerja tambahan' yang masih belum disiapkan. Kerja jadi tertangguh gara-gara perlu hadiri mesyuarat. Bukan tak suka tapi bila masa yang diperuntukkan untuk kerja jadi terhad mulalah bikin hati cuak, beb.
Semalam ambil saja Damia dari rumah pengasuh, Damia dah tidur. Tidurnya terus sampai tengah malam. Elok aku baru nak lelap, aku terdengar suara Damia menangis mintak perhatian. Aku dan en.hb dah buat perjanjian. Malam semalam biarlah aku tidur dulu sebab en.hb dah tidur awal lepas magrib. Macam tu senang sikit, ada seseorang boleh teman Damia berjaga. Rasa sayu pulak semalam tak dapat main-main dengan Damia. Dia bangun, aku tidur.
Pagi tadi lepas mandikan Damia barulah ada masa ikatan antara ibu dan anak. Damia senyum-senyum je tengok aku siapkan dia untuk ke rumah pengasuh. Sekarang ni pagi-pagi aku pasti mandikan Damia dulu. Bukan tak percaya pada pengasuh, tapi lebih kepada rasa puas atas penjagaan sendiri. Aku tahu Damia ni jenis tidur pagi bawak ke petang. Waktu siang, lena tidurnya. Susah nak kejut ajak mandi. Karang dia mengamuk. Sebab tu kadang-kadang aku buat panggilan kejutan pada pengasuh Damia, tanya Damia buat apa, dah mandi ke belum, dah makan ke, makan apa....
Selalunya pengasuh Damia bagi jawapan yang sama. Damia tidur. Dah mandi. Dah makan. Benar atau tidak, wallahualam. Harap-haraplah benar. Pernah jugak kami buat kejutan balik tengahari untuk jengah atau ambil Damia. Waktu tu Damia tengah tidur. Sedihnya bila tengok anak dengan baju semalam, belum dimandikan. Dah pukul 1petang tu.
Sebabkan insiden tulah aku dan en.hb ambil keputusan mandikan Damia sebelum pergi kerja. Gasaklah ambil sedikit masa kami untuk bersiap ke tempat kerja. Gasaklah punch kad lewat di ketik. Gasaklah apa orang kata. Yang penting anak aku diurus dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kalau dah hantar ke rumah pengasuh aku tak risau sangat Damia dah mandi ke belum. Tapi aku pesan jugaklah pada pengasuh Damia, pastikan Damia mandi sekurang-kurangnya 2kali sehari. Untuk keselesaan Damia jugak.
Pagi tadi aku berjumpa dengan teman lama. Kak Nida sweet. Kerja sama bangunan. No. telifon dalam henset. Email pun ada. Tapi dah lama kami tak saling berhubung. Sejak Damia keluar dari taska. Sebab K. Nida dan aku, ibu-ibu yang menyusukan anak. Kami berjumpa di bilik BF. Bersahabat dengan K.Nida memang seronok. Orangnya cantik dan lemah lembut. Rasa rindu pulak nak borak-borak dengan K.Nida macam dulu-dulu. Tengoklah kalau berkesempatan.
Isu semalam tiada kaitan dengan warga ofis ye. hehe... Bukan jugak warga blogger. Beb, kalau dia blogger, dan tahu link blog ini, haruskah aku menulis tentang beliau? Lebih baik aku pendam rasa je kan. Kang tak pasal-pasal bermasham muka pulak hehe...
Masih tak sampai hati nak berterus terang tentang sikapnya. Biarlah dia belajar sendiri dari pergaulannya dengan kawan-kawan lain. Kalau begini dia layan aku, tak mustahil begitu dia layan orang-orang lain. Biarlah orang lain yang bagi 'nasihat' secara terbuka dengannya. Aku dah malas nak kenang dah. Sekali 'hayun' je dalam blog dah buat aku lepas geram.... kohkohkoh...! terbatuk pulak!
7 comments:
Mmmm...tak pernah lagi ada masalah anak tidur sampai tghari tak dimandikan.. Tapi kalau jadi begini, elok disuarakan aje..mcm ada seorang kawan saya buat...
betul wan. kalo mandikan anak nih boleh bg bonding ibu-anak lebih erat.. esp fr sentuhan & main air bersama...
aha..aku pun mandikan meen sendirik... walau nenek dah mandikan..balik umah aku mandikan lagi..hehehe
huhu.. saya n hubby gilir2 mandikan fatin.. supaya fatin sentiasa mesra dengan kami.
sitisifir10 ~ dah banyak kali tegur. kdg2 buat spot cek. tp xjalan jugak. kdg2 rs nk marah pun ada, tp kenangkan dia pn bnyk nk urus, saya diamkan je. solution sendiri, saya buatlah gini wlaupun tuntut korban masa dari saya n hb.
momma Mia... selalunya hb yg mandikan damia hehe. saya tukang siap2kan damia. damia kalau berendam sama lama dgn ayahnya. biarlah ayahnya yg melayan hehe
ema... sama la. walaupun pengasuh damia ckp dia da mandikan damia (waktu petang) aku tetap mandikan dia. malam pn malam la. sbb lebih yakin mandikan anak sendiri hehe
Post a Comment