Bila dua orang gaduh, kau sibuk menyelit, provoke! Tahu tak gelaran apa untuk orang camni? Batu Api! Kalau bahasa inggerisnya disebut secara sinikal, Fire Stone! hahaha...
Selalunya yang jadi Batu Api ni para syaitan laknatullah yang hidupnya nak menyesatkan dan menimbulkan huru hara dalam hubungan sekalian umat. Sudah janji syaitan nak menyesatkan umat Nabi Muhammad saw hingga hari kiamat.
Masalahnya setan dalam tubuh manusia ni lagi susah nak kawal. Syaitan dah boleh beristirehat atau pencen dari kerja-kerja menghasut ni sebab dah ramai manusia sanggup kerja part time kerja syaitan ni. Nampak orang lain senang lenang sikit, manusia berhati setan ni sibuk menyelit buat-buat propaganda. Bila timbul isu salah faham, marah-marah, setan ni hasut-hasut dua-dua pihak.
Lepas dua orang inesen bergaduh pongpangpongpang, setan ni jauhkan diri. Tengok wayang pak pacak secara live sambil sengih puas hati. Ha... setan ni tak nampak syaitan sebenar dok tersengih puas sambil meniupkan kata semangat dan tepuk-tepuk bahunya.... "Syabas betey! Lain kali ko bikin huru-hara lagi. Neraka kelas VIP untuk ko. Aku boleh pencen, ko take over job aku..." huhu....
Kisah ini sekadar kisah tauladan. Di mana-mana sahaja ada bentuk manusia berhati setan ni. Kalau kata berhati haiwan dah tak luak dah. Siap diperjengkelkan lagi ayat tersebut. Sebut je perangai macam setan.
Dan entry ini bukan bertujuan mempromosikan filem lagenda Budak Setan. hahahaw...
No comments:
Post a Comment