Nuffnang

Friday, June 11, 2010

Gatal tangan duit masyuk...

Ini tangan orang dari google

Pernah dengar kata-kata orang tua termasuk kepercayaan orang muda, GATAL TANGAN DUIT MASYUKKK... miahaha... Kalau tangan kanan duit masuk. Tangan kiri gatal duit keluar. Tapi kata-kata mak aku terbalik. Kalau dia gatal tangan kiri petanda duit masuk, gatal tangan kanan, duit keluar.


Istilah aku pulak. Kalau gatal tangan maknanya eczema melanda! wuwuwu... Kesian jari jemariku ibarat tangan orang tua. Kerepot sana sini.


Berbalik kepada petanda gatal tangan tadi. Kadang-kadang bila gatal tangan, aku tunggu jugak hasilnya. Duit masuk ke tidak. Kalau kebetulan masuk duit dari mana-mana cabang, tak kisahlah menang contest ke, dapat duit dari sesiapa ke, orang bayar hutang ke, tak pun dapat tempahan design, wa... kemain lagi aku beria setuju dengan kepercayaan karut tu haha... Tapi kalau duit tak masuk-masuk aku salahkan eczema aku ni pulak miahaha....
Beberapa hari lalu kanan kananku asyik gatal-gatal. Ikut versi kepercayaan ramai, duit bakal masuk. Tapi ikut versi mak aku, duit mencanak keluar. Nampaknya betullah versi mak aku. Duit aku sibuk nak keluar je... Ades!

No comments: