Nuffnang

Followers

Friday, June 11, 2010

Pereka + Pengasuh

Harini aku bertugas sebagai pereka dan pengasuh sekaligus... Owh, termasuk pemblog dalam masa yang sama. miahaha... Sementara tunggu rakan setugas siap solat jumaat, aku tolong jagakan anak teruna beliau yang baru berusia 7bulan (kalau tak silap) kena tanya balik bapaknya usia anak haha...
Mujurlah si kecik Zarif tak buat ragam langsung. Tak kisah pun sapa nak pegang. Buatlah apa-apa pun kat si kecik ni. Dia diam je. Main mainan pun dengan penuh sopan santun. Aku agak Zarif yang tak tahan dengan sikap-sikap 'makcik-makcik' di opis bapaknya. Tak habis-habis mengulit dia dari pagi hahaha...
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku terluka. Tak tahu apa salah silap aku. Tiba-tiba aku rasa macam sengaja dijauhi. Macam sengaja memulaukan aku. Bagus betul perasaan begini. Buat aku 'kenal' hati budi kawan sebenar. Barulah tahu siapa yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita atau hanya sekadar sesuatu kepentingan? Wallahualam...
Hurm...

No comments: