Nuffnang

Followers

Friday, June 11, 2010

Bila marah, ambil wuduk... solat... doa...

Semalam sentap urat aku dari pinggang ke peha. Adus.... Rasa lenguh dan kebas sekaligus. Rasa tak mampu nak berdiri betul dah. Mintak hb tolong urut, mek damia pun sudikan dirinya menolong + menyibuk sekali.
Tak sedar bila, aku terlelap terus. Terjaga awal pagi dah rasa kurang sakitnya tapi aku jadi seriau nak bergerak pusing kanan kiri. Terkenang masa aku hampir kena tarik masa lepas pantang dulu. Gara-gara minum laicheekang. Ngeri wo... sampai sekarang aku serik nak minum laicheekang. Kalau teringin benar, aku oder jugak. Tapi minumnya ala la je la. Aku ni manusia yang cepat serik dan fobia. haha...
Berita sedih untuk aku, khabar duka tentang hal kerja. Aku memang terasa betul. Kalau tak nak hargai, aku tak kisah. Tapi kalau buat begitu, lebih buat aku kecewa. Sedih, marah semuanya menguasai diri semalam. Selepas tunaikan solat isyak, barulah rasa marah ini kian susut. Itu je lah ubat marah. Berwuduk dan bersolat. Berdoa pada Allah jika ada masalah. Mohon diringankan beban di hati. Mohon diberi ketenangan.
Nak melenting kat orang, bukan dorang ambil kisah. Dorang caci maki pulak kat belakang. Silap-silap jadi kisah kenangan buruk untuk aku seumur hidup. Lebih baik aku diamkan, pendamkan rasa. Walaupun makan diri. Walaupun lebih menambah luka di hati, tapi aku kira kalau begitu boleh buat aku kurang rasa bersalah lebih baik.
Masalah tadi selesai juga. Lega... kekusutan aku hampir terlerai. Walaupun 50-50 je la harapan aku nak atasi masalah ni. Tapi sekurang-kurangnya aku dah beri pandangan dari pihak aku. Nak tak nak dengar dah melangkau bidang kuasa aku.

No comments: