Nuffnang

Followers

Tuesday, June 8, 2010

copycat

Bayangkan kau sedap-sedap minum kopi sambil makan cheese cake. Tiba-tiba kau nampak kawan kau elok je datang sengih-sengih menatang jenis kopi dan kek yang sama. Duduk semeja. Lagi nak best, pakaian yang dikenakan sebijik macam baju kau. Dan harus diingatkan kau bukan ahli kumpulan nasyid mahupun kumpulan marhaban yang perlukan kenakan pakaian sedondon begitu. Kau jugak tak pernah beli baju yang kau pakai tu dengan kawan kau tu. Kau jugak tak pernah rancang nak makan semeja serupa jenis makanan dan gaya duduk macam kawan kau tu.
Apakah perasaan kau ketika itu? Gembira? Ada jugak teman yang sudi follow gaya hidup kau. Bangga bila gaya kau jadi ikutan. Tapi bila sampai satu tahap, harta benda kau pun ditiru. Apa yang kau makan, kawan kau makan. Jenis baju dalam pun dia ambil tahu dan beli yang sama. Adakah perasaan kau tu akan kekal katakan yang kawan kau tu "cuteeeeee!" atau kau dah rasa macam dah dihantui?
Kalau aku.... aku ngeri! Takut wooo.... Rasa macam segala tindak tanduk diekori. Bahkan kau boleh sampai tahap fobia memandang muka kawan sendiri. Wuhooo... takot... takot....
Apa itu copycat
Copycat bermaksud meniru atau mengikut atau menyerupai sikap, idea, hobi orang lain.
Siapakah pelakunya?
Sesiapa sahaja boleh menjadi copycat. Selalunya berkait dengan sikap peminat kepada penyanyi, pelakon bahkan sesiapa sahaja dikeliling individu terbabit yang dirasakan boleh menjadi idol kepadanya.
Kebaikan copycat
Pelaku boleh mencontohi sikap-sikap baik pada idol mereka. Membentuk peribadi yang lebih bertanggungkjawap demi imej yang serupa dengan idola masing-masing.
Keburukan?
Banyak.... Dan aku tak dapat beri jawapan tepat. Cumanya kita akan rasa menyampah tahap meluat pada si pelaku. Silap-silap boleh putus kawan. Ye lah kalau dah capai tahap melampau tak ke bawak hangin?
Bayangkan sepanjang hidup, korang dihantui oleh peminat tegar ko. Apa kau pakai harini ditiru. Warna kegemaran, brand baju, alat mekap, bahkan spender korang pun si copycat ni tanya dan nak kumpul koleksi yang sama. Kalau jadi kat aku, gigil kot. Rasa macam ditelanjangkan seluruh badan. Bila segala benda, bentuk perbualan, sikap korang ditiru bulat-bulat. Wah....!!
Cara untuk mengelakkan masalah copycat
Korang cuba study pulak si pelaku ni. Cuba tiru bulat-bulat real life dia dulu. Kalau selebet dia, selebetlah kau. Mana tahu bila dia tengok sikap kau begini, dia pun nak tiru jugak pastu baru terkenang. Eh, inikan sikap aku dulu? Tapi kalau di pelaku ini buat bodoh. Dia pulak yang ambil identiti kau dan kau pulak dikedudukan pasif. Itu dah jadi nasip buruk kot. Jadi agak-agaklah nak ajar si pelaku ni. Jangan korang tertukar identiti pulak hahaha...
Mujurlah aku tak diekori copycat haha

8 comments:

HaniFadil said...

mujur.. :-)

Wansteddy Tales said...

haha ^^'

Unknown said...

huhuhu.. copycat?? owh.. x mo.. xmo..

wan, kite pernah terkena tau.. g kenduri kawin, sekali baju ala2 sama cam kite punye.. uwwwaaa.. rs nak balik p tukaq je! :D

Wansteddy Tales said...

chugie ~ adui... kalau saya pun sah2 lari gak. tak pun jauh2 diri dari org tu haha... saya dlu pun penah sekali naik bas dgn penumpang sama baju. malu2. nak lari ke mana. tahan je la muka sepanjang perjalanan. tp copycat tak sengaja xpe lagi chugie. jgn yg psiko ni. ngeri nak hidup wuwu

Ibu Ayra said...

alamak... tersama le plak...

nyway, gambar utk entri nih sgt comelll....

Wansteddy Tales said...

ibu ayra ~ trimas. da lama xguna dolly tu ><

AcuRose said...

blom penah terjumpa lagi kembar dolie acu..citer wan menyeramkan, siap bleh minum mkn kek semeja lagik..haha

Wansteddy Tales said...

acuRose ~ imaginasiku taraf ke langit (konon hahaha) bukan kisah sebenar tu acu hehe...