Nuffnang

Followers

Wednesday, June 9, 2010

Damia tak sihat

Hari ini lambat masuk pejabat. Damia naik alergik seluruh badan. Mukanya penuh merah-merah ruam kasar. Tengok macam tu je dah tahu Damia alergik dengan makanan. Kalau alergik habuk naik kat tangan sekali. Tapi semalam kat muka ketara sangat.
Aku malas nak marah-marahkan kat nanny dia. Diamkan je. Ye tak ye pun aku juz bebelkan suruh bagi air masak dan sapu aquoes cream banyak-banyak. Kalau alergik makanan macam tu je cara nak susutkan ruam. Tapi Damia memang tak nak bagi kerjasama. Suruh minum dia cebik tolak.
Sampai saja di rumah dah macam budak somalia kebulur. Nampak bekas nasi ayam atas meja dah nangis-nangis mintak makanan. Kalau ikut rasa tak sampai hati memang aku nak bagi makan dulu. Tapi tengok keadaan dia dok tergaru seluruh badan. Aku nekad je suruh ayahnya mandikan dulu. Gasaklah nak dengar Damia jerit bagai. Yang penting Damia hadap makanannya dengan selesa.
Tengah malam aku tertidur dulu. Hb yang temankan Damia. Rasanya sampai pukul 2 pagi kot. Pastu jam 3pagi Damia terjaga mintak digaru. Ayahnya temankan jugak sampai pukul 4 pagi. Aku teman jugak, nak tolong garu dia tak nak. Nak ayahnya jugak. Nampak je aku pegang sikat untuk garu badannya tu, dia dah meraung bagai. Damia memang rapat dengan ayahnya.
Yang sedihnya kaki Damia kering sangat. Ada luka dalam di pelipat kaki depannya. Kalau aku, tentu sakit nak berjalan. Tapi Damia gagah jugak berlari keliling rumah. Seronok tengok ayahnya balik rumah. Kenangkan situasi tu, bergenang air mata aku. Damia memang tabah. Yang mengejutkan, dia sebut "sakittt... sakit..." dengan tepat sekali. Padahal budak ni bukan reti bercakap lagi. Cakap pun pelat. Tapi tah kerana terdesak, perkataan tu laju je meluncur lancar dari mulutnya. Lagi buat aku tambah sedih.
Aku sapu krim ubat luka kaki dia dah fobia, jerit-jerit macam histeria. Memanglah kalau kulit terdedah camtu boleh bikin sakit bila disapu ubat. Nak bertindakbalas dengan ubatnya. Rasa tak sampai hati nak sapu. Tapi kalau biar boleh melarat.
Paginya sekitar jam 5 pagi, damia tertidur. Mulanya aku target nak tidur-tidur ayam je sementara nak tunggu masa bangun dan bersiap ke pejabat. Bangun-bangun saja dah terlajak tidur! Subuh pun dah melalut jauh. Risau3...
Bangun, bersiap, aku sms kawan-kawan mintak maklumkan kepada ketua cawangan, aku akan sampai lambat ke pejabat. Mujurlah kawan-kawan jenis membantu. Lega...
Di pejabat, aku berikan penjelasan kepada ketua. Alhamdulillah, dorang faham situasi kami. Sedikit pun aku tak ingin datang lambat ke pejabat. Tapi ini perkara terdesak. Anakku perlukan lebih perhatian.
Semoga Damia cepat sembuh. Ikut hati, aku nak cuti. Jaga sendiri Damia hingga sembuh. Tapi tengoklah dua tiga hari ni dulu. Kalau keadaannya masih tak berubah, tindakan bercuti yang aku kena ambil. Gasaklah kerja banyak ke tidak. Keluarga perlu didahulukan.

4 comments:

Sari said...

ala, ciannya damia, get well soon yea..

Bukan Bidadari said...

aha..keluarga didulukan... sian damia

Wansteddy Tales said...

k.sari ~ trimas kak ><

Wansteddy Tales said...

ema ~ tu la... dah elok2 kulit dia naik balik ruam2 eczema ni. risau jugak :(