Nuffnang

Followers

Thursday, June 10, 2010

Kaichou wa Maid-sama!

Kaichou wa Maid-sama! merupakan sebuah manga. Bila dialih bahasa disebut sebagai The Student Council President is a Maid! Sekarang aku tengah sakan membaca manga ini. Sedang sibuk-sibuk pun sempat menyelit mata membaca. Aku suka manga ni sebab selitkan unsur vintage dalam lukisannya. Lukisan costume pun cantik-cantik belaka.
Teraju utama manga ini ialah Ayuzawa Misaki. Beliau merupakan ketua murid sekolah Seika High School. Asalnya sekolah ini hanya dihuni oleh pelajar-pelajar lelaki. Untuk mengelakkan pelajar-pelajar perempuan diganggu pelajar-pelajar lelaki yang jakun dengan kehadiaran pelajar perempuan, Misaki terpaksa bertegas dengan semua pelajar lelaki. Pelajar lelaki memang bengkek giler dengan si Misaki ni.



Dalam pada yang sama, kerana desakan hidup ditinggalkan ayah. Misaki terpaksa bekerja untuk membantu menyara hidup keluarganya yang susah. Misaki bekerja di "Maid Cafe". Pastinya secara sembunyi-sembunyi bimbang diketahui semua pelajar sekolahnya. Kalau kantoi, masalah besar tu!

Masalah Misaki bermula apabila rahsianya diketahui pelajar lelaki popular disekolahnya iaitu Usui Takumi. Mamat ni memang seorang yang sangat misteri. walaupun secara terbuka menunjukkan minat kepada Misaki, tetapi sikapnya yang sentiasa berubah-ubah menimbulkan tanda tanya. Misaki memang ada crush jugak dengan Usui. Tapi sejauh mana hubungan mereka berkembang? aku masih dalam proses membaca hehe...

Versi manga. Setakat ni aku baru baca episod ke 32. Aku tak tahu manga ni dah dialih bahasa ke bahasa melayu dan dipasarkan ke malaysia atau tidak. Tapi kalau takde, korang boleh beli manga ni kat Kinokuniya versi BI. Kalau buku import mahal sikit la. Kalau nak baca free, cari je manga online. Boleh baca dengan senang hatinya kat komputer.

Versi anime. Sekarang sedang ditayangkan di channel Animax 715 astro. Aku asyik keciciran banyak episod sebab hari tayangan utama hari ahad. Selalunya hari tu la aku sibuk tonton cerita lain. Tak pun TV jadi rebutan ayah dan anak. Jadi keciciranlah aku.


No comments: