Nuffnang

Thursday, June 10, 2010

Wansteddy avatar

Secara rasminya aku perkenalkan mini me dalam sut teddy pink bear. Dalam rancangan aku, mini me ini akan dipelbagaikan dengan koleksi baju-baju kegemaran aku. Semoga aku kekal dengan semangat nak merekabentuk lagi dan lagi. Jangan dibiar sepi.

Rekabentuk ini dihasilkan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Untuk melukis vector badan saja dan ambil masa 2 jam sebab aku sungguh cerewet! haha... Aku sengaja lukis terus ke dalam komputer. Asalnya aku dah lukis mini me teddy ni dalam skecth book. Rancangnya nak scan dan warnakan. Tapi bila tengok perincian akhir, aku tak puas hati dengan lukisan tersebut. Sudahnya aku lukis terus dalam illustrator. Sebenarnya cara begini lebih senang. Aku dah ada petunjuk melalui lukisan tangan. Nak aplikasi dalam illustrator bukan lagi masalah.


Selamat tinggal badge ku yang lama. Maaflah aku tak nak guna badge ini lagi. Muka aku nampak bengis kalau gambar ini dikecikkan. Sungguh buat aku rasa tak best hehe...

3 comments:

kinna said...

kiut!

Wansteddy Tales said...

thanx kinna ><

kakyong said...

muka nampak bengis... hehehe...

comel badge baru tu...