Nuffnang

Followers

Tuesday, June 15, 2010

Kau buat aku menyampah!

Haih... Aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Kecewa, sedih, marah semua berkobar-kobar menjadi satu. Kenapalah di saat getir begini kau boleh buat hal? Kau ingat aku tak kisah? Sabar-sabar pun ada hadnya. Sebelum ni kau buat hal, aku banyak pendam rasa. Tapi kali ni, kau betul-betul menyusahkan hidup aku! Periuk nasi aku pun kau kacau! Hampagas betul...

Nak je aku sepak-sepak komputer tu. Aku dah lama bengang dengan komputer kat opis ni. Sudahlah ram giler kecik. Kerja-kerja grafik pulak perlukan sokongan grafik kad yang bagus. Komputer ni? Baik aku tanam je pastu timbus dalam-dalam! Bikin geram okey.

Bilalah nak tukar ke komputer baru seperti yang dijanjikan dulu? ha? haaa?


Harini dia bikin aku panik. Sudahlah nak buka dua software dalam satu masa tak boleh. Nak copy paste artwork pun terhegeh-hegeh. Lebih parah asyik melesapkan kerja save aku sebab tiba-tiba hang! Aku dah kira... lebih 5 kali untuk hari ni saja. Memang jadi sejarah! Yang lebih parah... tiba-tiba dia bertukar wajah blank! Langsung takde menangtang apa muncul kat monitor. Putih segala-galanya. Aku dah restart pun tak jalan. Hadoi.... fedap betul!

Aku dah bagitahu hb. Dia kata kena guna cara masuk safe mode bagai. Masalahnya aku takut nak godek-godek lebih-lebih. Jadi ke lain masalah besar aku nanti. Lebih menakutkan semua kerja-kerja pejabat dan kerja-kerja cari makan semua dalam komputer tu. Fening hakak.... feninggg... Harap-haraplah hb dapat selesaikan masalah ni. Aku dah takut. Muka rasa sejuk. Tangan rasa menggigil.

Lepas ni kalau komputer aku dah pulih. Aku nak burn semua artwork penting dalam DVD dan pindah kerja ke file 'D'. Perkara harini betul-betul buat aku serik. Lebih memberi pengajaran. Jangan malas nak susun file baik-baik. Walaupun aku sibuk macam mana sekalipun. Faham tak Wan? Kau janji hari ni, esok lusa masuk kerja... kau mesti buat! Jangan cari pasal lagi macam hari ni.

Hadoi... komputer! Cepatlah kau sembuh >< Aku cemassss.... Aku sekarang menaip di bilik komputer yang jarang sekali aku masuk. Dan aku masuk ni pun kerana aku dah tak tahu nak buat apa kat meja aku.

Tanpa komputer.
Seorang pereka grafik, bukanlah sesiapa.
huhu....

14 comments:

Mama Zharfan said...

me paham perasaan u...me pun gabra tahap gaban masa laptop me rosak the other day :(

CatlinaFly said...

samalah..komputer kat pejabat sy dah betul2 kong samapai tak idup2 lagi baru diorg nak belikan baru..kdg2 rasa cam double standard pon ade..ade org dah dapat flat sreen lagi..kita punye tunggu jahanam baru nak ganti huhu

i z z a said...

nk wt keje2 grafik mn bleh gn pc yg ram kecik2..huhu..kalu smpai tahap hang mmg sakit ati..sabar ye kak

ibu_Arifa said...

kesiannyer saya baca. huhu..cepatlah sembuh wahai komputer..kasian lah kat kawan saya nih.

BabyIntan said...

Alamak jangan sampai domam udah ler pereka grapik sorang nie :D

Mmg panik kan kalo tetiba "kawan" kita buat hal...dah tu kalo takde backup lagilah mau pengsan jadi nya...dushhh!

ibundo said...

jangan cepat sangat menyampah wan, hehe..
kakpah pun malas nak susun fail. bila dah problem mulalah menggelabah.

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ komputer saya ni agaknya terkena badi la kot sebab tuannya asyik berblog je hahaha... komputer n kdg2 nak ngada2... merajuk, hai...

Wansteddy Tales said...

cat ~ haa.... (sambil berbisik) betul tu cat. kes kita macam sama je. kat my opis pn selalu main bias2 ni, hadoi... ada je pereka dpt mac tp xguna pn. saya ni sebab lebih selesa dgn pc je yg xnk berebut mac tu. tp ble kenang2 patut bagi komputer yg canggih pada yg lebih memerlukan. tol tak.... ini bila komputer kita dah hancus baru nak prihatin, ces...

Wansteddy Tales said...

izza ~ adoi.... betul tu izza. hakak fening dgnn komputer ni. harapkan saiz je dabak leh isi banyak file. tapi kegunaannya? hampegas. malas nak kondem lebih2 kang haku pulak kena tinai dlm bilik meeting gara2 komen kat blog ni hahaha

Wansteddy Tales said...

min ~ hakak punyalah panik semalam min. rasa nak bagi sepakan penalti kat monitor ni. alhamdulillah hb hakak pandai bab2 komputer ni. skrg dah okes. selamat digunakan kembali hahaha

Wansteddy Tales said...

Intan ~ ini bukan tahap demam da Intan. Mcm2 spesis penyakit pn datang. mmg semua kerja2 xde back up. kalau selamat hilang semalam selamat la diriku... wuwu....

Wansteddy Tales said...

k.pah ~ ini bukan menyampah saja2 k.pah. berkurun dan menyampah ni. dok pendam je tak luah2. bila dia betul2 buat hal meletup kurasa wuwu.... komputer yg lama lagi bagus. tp sbb dah habis kontrak kena hambik semula. hadu... patutnya opis ni ambik spek komputer yg sama macam dulu atau lebih canggih lagi. ini dorg bagi spek komputer tahap jurutaip punya. sabo je la.

Nur Sakinah Ahmad said...

kalola komputer tu ade perasaan..sy pon penah alami situasi ni..laptop ofis rosak sbb virus..satu hari goyang kaki!hehe

Wansteddy Tales said...

Kinna ~ kalau keje xde xpe nk goyang2 kaki ni kinna. tp da la keje bnyk, urgent pulak... mana saya xhangin hahaha