Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, June 16, 2010

Komputerku dan Toy Story 3

Semalam aku buat entry pasal masalah dengan komputer aku kan. Bacalah kat bawah tajuk ni "Kau Buat aku menyampah!".Hrini dah boleh bukak balik macam biasa. Alhamdulillah. Nasip baik sebelum balik, hb tolong betulkan masalah kat komputer ni. Cuak jugak aku semalam. Manatahu semua file-file tak dapat diselamatkan? Nauzubillah... Kalau jadi masalah camtu, balasan macam kat bawah ni aku nak bagi kat komputer degil aku tu! mengada-ngada sangat... Kuat merajuk... sensitip.... sebijik macam perangai tuannya! hahaha.... aku le tu... mengaku!

Balik saja dari pejabat kami sekeluarga melencong ke TGV KLCC. Aku dapat pas tayangan wayang Toy Story marathon. Bayangkan nak kena duduk atas kerusi sampai kebas buntot tunggu tiga wayang sekaligus!
Tapi kitorang tak la tengok semua cerita. Mula-mula sampai solat segala dulu. Masuk saja, wayang pertama dah separuh nak habis. Kendian kitorang keluar cari makan dan tapau segala makanan nak disogokkan pada Damia andai dia buat perangai nanti. Dah tahu dah... sebab tu siap sedia awal-awal haha...

Tiket 3 Toy Story percuma

Masuk kali kedua, Toy Story 2 dah nak habis jugak. Masuk bahagian geng-geng Andy nak selamatkan Woody. Pastu tamat.... Rehat dalam setengah jam sambung Toy Story3. Ceritanya memang best! Aku rasa terbaiklah antara tiga bahagian ni. Perjalanan ceritanya memang tak boleh nak agak. Penuh dengan kejutan. Bahagian paling best? Terlalu banyak nak kupas. Tapi aku sangat terharu bahagian geng-geng mainan Andy hampir musnah dalam kawasan pelupusan sampah. Adoi sedih.... Penamat cerita pun happy ending jugak. Ada beberapa watak asal takde dalam wayang kali ni. Sebagai contoh watak makwe woody dan kambing bebirinya. Aku rasa sebab dah diberi kat orang kot.

Korang tengok sendiri la nak tahu best ke tidak animasi ni. Aku memang penggemar Pixar. Best tak best ceritanya aku layan jugak. Sebab semua design dan jalan cerita keluaran Pixar ni memang mantap-mantap belaka.

Kesimpulannya... Toy Story 3 memang Best!






6 comments:

gewecun said...

x sabar nak g nengok toy story 3 ari kamis nie..hihi

Wansteddy Tales said...

gewecun ~ best >< saya rasa macam nak tengok sekali lagi. lepas habis cerita pn ada lagi side story pasal huggy bear tu. saya terlepas bab tu sebab dah smpi pintu keluar baru terdgr ada lagi jalan cerita masa dok tayang nama produksi filem. rugi3... terlepas beberapa scene kot.

mama zharfan said...

wah..me tak pernah plak tgk toy story ni..tp me can guess mcm best jer ;)

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ kisahnya memang best. sesuai anak2 tengok sbb ada selit unsur persahabatan hehe

Momma Mia said...

wah review yg mantap gitu... harus diterjah bersama abah & damia nih...

Wansteddy Tales said...

Momma Mia ~ harus bawak anak2. memang enjoy toy story 3 ni ><