Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, June 29, 2010

Kejadian handbag kena CURI dalam SURAU

Lepas balik kerja semalam, kami sekeluarga sempat singgah kat The Mall sebab nak cari krim aquoes Damia. Sayangnya takde rezeki Damia. Pergi mana-mana farmasi semuanya kata stok dah habis.
Sebelum makan malam, singgah magrib dulu kat suraunya. Cerita bermula kat sini. Aku sedang sembahyang ketika kejadian. Tiba-tiba terdengar huru-hara pasal kes pencopet. Kes ni berlaku dalam surau. Mangsa sedang ambil wuduk. Pemangsa pulak lepas tunaikan solat terus songlap handbag beliau. Selesai si mangsa ambil wuduk, dia terkejut la tengok handbag yang dia letak kat tepi dinding dah lesap. Sekejap je waktunya. Alah, ambil wuduk bukan nak berus gigi, cuci muka bagai, kan. Tak sampai seminit dah siap. Dalam masa sekelip mata tu je pemangsa buat onar.
Kendian jemaah lain yang dah selesai solat dan jadi saksi kejadian ikut nak tolong sekali. Siap ada yang bagi gambaran pakaian budak tu. Ada yang bagitahu budak tu solat sekejap je pastu dia terus capai handbag mangsa dan cabut. Waktu tu saksi kata, dia pelik gak kenapa budak pompuan tu ambik handbag si mangsa ni. Tapi dia xcampur la, mungkin kenalan, dia fikir. Tau-tau bila mangsa tanya nampak tak handbag beliau, barulah saksi ceritakan hal sebenar.
Harus dikatakan sekali lagi. Waktu kejadian aku tengah solat. Memang dengar sebijik-sebijik apa yang dorang semua bincangkan. Sambil-sambil tu aku asyik menjeling dompet yang terang-terang aku taruk kat atas kepala tempat sujud. Bayangkan kalau ada yang nak copet dompet aku. Tengah sujud pun boleh lesap! Walaupun yang cashnya adalah singgit dua, kat situlah semuanya kad-kad duit mesin aku huhu... Risau-risau...
Sudahnya.... budak pencopet tak dapat dikesan. Handbag itu pun tak tahu kemana menghilang. Dan aku pulak tak kusyuk solat!
Kesimpulannya berhati-hatilah walau di mana anda berada. Kaki copet bukan mengenal usia, jantina mahupun tempat kelakuan. Dalam surau pun boleh buat dajal. Lepas solat pun sanggup buat dosa.
Hurm... Mungkin pahala solat dia dapat, dosa mencuri pulak menyusul. Wallahualam.

14 comments:

chugie said...

ish.. dalam surau pn nak mencuri lg.. perempuan plak tu! bahaya betul lah sekarang ni.

sape lah manusia pencopet tu ye..

nampaknye pas ni kene betul2 menjaga harta bende bila nak ke surau atau kemana pun..

MRS. K said...

hai..macam2 cara orang skang nk mencuri yer..

Wansteddy Tales said...

chugie ~ tah la. masa kejadian wan tgh solat. xtgk pun rupanya bajunya macam mana. tp terdgr gak la dorg kata budak tu pakai baju putih belang hitam. malangnya tak dpt dikesan. tah cabut kemana. haih... kesian kat mangsa tu.

Wansteddy Tales said...

mrs. K ~ itulah. harap2 sempatlah mangsa tu amik actin kat kad2 dia. kalau pencopet tu dpt detect pasword kad atm, bayangkanlah. dah la baru gaji kan. huhu... kesian part iC n dokumen penting lain la. sah2 lesap.

tiefazatie said...

dasatnye..bahaya la skrg nie kak..

Ema said...

ilang khusyuk solat ye wan? huhuhuhu...... kalau dah pencopet ni mane2 pun dia copet gak... ermmm....

nza said...

xguna punya poncopek..tmpt yg suci camtu smpt lg...hi.hi.hi...kelakar...kak nza boleh bykkn camne wan solat time tu....mesti xkusyuk....

Wansteddy Tales said...

ifa ~ kat mana2 ada2 je ifa. serius bahaya ><

Wansteddy Tales said...

Ema ~ kes kawan aku lagi kesian ema. tgh best2 shopping kat jalan TAR balik2 tgk handbag dia dah terbarai. segala isi henpon segala lesap. mujurlah dia pegang dompet. skrg sindiket warga myanmar perempuan lagi dasat. dorg toreh handbag guna pisau cukur. uh ngeri!

Wansteddy Tales said...

k.nza ~ tu la. ada ke patut dlm surau pn buat kerja. bayangkan. baru oder pahala oder plak dosa. apalah... maunya tak kusyuk k.nza. dompet betul2 atas kepala. lesap yg itu niaya la hari-hariku wuwu

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

jahatnyer orang tu....tak tau dosa & pahala betul la...pi surau untuk mencuri ke...wan ape perkembangan terkini damia kat rumah pengasuh baru dia tu

Wansteddy Tales said...

anje ~ tu la. kenapa tergamak dia wat cmtu ><

saya masih cari pengasuh baru. skrg hb amik cuti cari pengasuh damia. tp masih sama cm mula2 nk cari pngasuh damia dlu. seksa. klu ada pn yg snggup saya lak rs kurang percaya. saya bg tempoh smpi hujung minggu ni. harap2 dptlah jumpa pengasuh baru sesegera mungkin. ada lg kes terkini pasal pengasuh damia skrg. tp biarlah. malas nk cerita. bila damia dah dijaga pengasuh lain nnt barulah dia sedar agaknya sikap dia tu hurm...

Izan Ishak said...

hi wan...
kejadian ni sama mcm izan pernah lalui masa solat kat surau sogo. punyalah cover beg dengan tudung masa amik wuduk. siap je wuduk, tgk tudung terlepek je atas lantai...aahhhh...sudah!
nasib baik masa tu hubby ada (tunang masa tu). kalau tak taulah camne nak balik umah~

Wansteddy Tales said...

izan ~ ya allah... ye ke izan? tergamak betul dorg wat cmtu. dalam surau tu. pencopet beg izan tu solat tak? kalau solat mmg pandai la dia imbang dosa pahala dia haritu haih...