Nuffnang

Followers

Thursday, June 3, 2010

Kenapa aku tak join contest taruk gambar anak?

Kalau orang bertanya "Kenapa tak join contest-contest gambar anak?" Jawapan mudah selalu aku bagi "Malas".
Sebenarnya ada sebab kenapa aku malas nak bagi alasan panjang lebar. Kalau buat orang kecik hati, tak baikkan. Tapi kenangkan yang bertanya itu kawan-kawan jugak, mestilah nak tahu punca dan sebab. Aku jawablah disini bagi terangkan situasi.
Sepanjang berblog ni, aku dah banyak jugak sertai contest giveaway menggunakan gambar anak. Tak pernah menang pun. Bukan kerana aku ketagihkan hadiahnya, aku kecil hati atau segala. Tapi aku kenangkan penat jerih cari gambar bersesuaian untuk dipadankan dengan contest. Kalau rajin sikit aku design sikit bagi ceriakan gambar. Tapi gambar Damia tak pernah tarik perhatian penganjur. Sudahnya dari aku buang masa camtu lebih baik awal-awal aku tarik diri je. Bukan aku merajuk okey. Aku cuma malas nak teruskan contest begini. Pada aku, join contest mudah lagi best. Usaha sikit je dapat hadiah. Tak usaha langsung tak dapatlah. Habis cerita.
Yang penting kita gembira ketika nak join contest tu. Jenis dan nilai hadiah, tolak tepi. Mahal murah tolak tepi. Kawan lawan tolak tepi. Kalau boleh jangan cari lawanlah. Pusing-pusing dalam dunia blog jumpa orang yang tu jugak. Kecuali jenis yang suka cari lawan ni. Kalau dah gitu baik tarik diri pelan-pelan. Janganlah mendadak. Karang orang kecik hati payah nak bagi alasan tau.
Dah join contest giveaway tu jangan taruh harapan nak menang. Menang, menanglah. Tak menang jangan ambil hati. Contest giveaway yang kita sertai tu anjuran kawan-kawan kita jugak. Nak jaga hubungan baik, janganlah mudah berkecil hati. Kalau kawan lari lagi kita rasa tak senang hati.
Aku sekarang dah ambil sikap, nak join untuk happy. Bukan sebab nak kejarkan hadiah. Bukan sebab nak senangkan hati kawan. Tapi nak happykan diri sendiri. Kadang-kadang bila dah join contest tu aku lupa tentangnya. Kalau menang penganjurlah datang ke blog atau emailku bagitahu. Kalau tak bagitahu memang terkebil-kebillah aku. Lupa sebenarnya. Nak-nak contest yang aku tak simpan link dalam komputer. Memang tak sempat nak ambil tahu.
Kesimpulannya kepada kawan-kawan yang anjurkan contest libatkan gambar-gambar anak, janganlah kecil hati kalau aku tak join contest korang yep. Ini bukan isu aku pilih kasih, tidak. Aku cuma belum rasa bersedia. Nantilah bila masanya hati ini terbuka. Aku sertai jugak contest-contest begini. Tapi janganlah lupakan aku kalau buat contest tu. Mana tahu jap-jap je lagi terbuka hati aku nak taruk gambar Damia untuk contest. Tadi pun dah macam teringin nak join contest anjuran MOBS. Tapi aku takde gambar bersesuaian nak ikut serta. Hati ini mudah berubah. Takde nekad mana-mana pun.

10 comments:

Mama Zharfan said...

me pun jrg benar menang contest babt pic kat blog ni ;) tp still rajin join ;P u got talent and skill in arts/creative stuff..so go for it wan!!

Wansteddy Tales said...

mama Zharfan ~ ahaha... saya bukan serik nk mencuba cuma belum seru. risau kwn2 ambil hati saya tak sertai contest dorg. xmaksud apa2 pun cumanya xnk kwn2 kecil hati. rsnya cm perlu terangkan jugaklah. tp saya rasa mmg dah lama xletak gmbr anak dlm blog utk tujuan contest hehe...

tgh terfikirkan cdgn mama zharfan jual voucher tu. sbb saya xminat nak beli produk mahal2 ni haha.. dpt tukar dgn duit lagi best ><

yanadzul said...

kdg2 yna rasa majuk gak.. ntah la tu semua rezeki masing2.. cuba lg ok!

Wansteddy Tales said...

yana ~ betul tu yana. cuba lagi. kdg2 saya pn serik jugak. tp pas serik cuba lagi dan lagi. walaupn xpenah menang xserik2 gak. yg penting b4 saya masuk contest tu kena lapang hati ni. jgn mengharap pape, insya'allah tak terasa sngt. tp klu kita taruh harapan tgi mmg rs lain mcm bile kalah. pastu mula la rs nk pertikai segala. pape pn yana, sama2 kita kenangkan. ini bukan rezeki kita. cubalah lagi manatahu kendian2 dtgkan hasil ><

ps: tp wat msa skrg blm terbuka lg nk join mana2 contest gmbr anak hehe. risau gak ble ada bertnya. jgnlah dorg kecil hati kan.

Bukan Bidadari said...

hhehehe Wan... aku pun x rajin masuk contest ni...

Wansteddy Tales said...

Ema ~ kdg2 tu kalau teringin sngt barulah aku join Ema. lama xborak2 dgn ko versi maya. dlm blog mksud aku. padahal bru semingu xberblog tu haha

Mama Zharfan said...

baby contest ni sbb pic based so sgt subjective..me hard luck with blog baby contest, tp kalau contest yg nationwide like johnson, colgate-palmolive, alhamdulillah, menang main prizes (me dh few times menang johnson :))

Wansteddy Tales said...

mama zharfan... itu yg buat saya kagum dgn mama zharfan. kalau tgk senarai kemenangan tu mmg tahap otai2 dah mama ni. saya masih merangkak lagi. nk join contest pn kena belajar jugak. klu asal redah je ikut nasip la tu hehe

Sari said...

kita senasib la wan, klau contest yg letak gmbor anak mmg xprnah menang, mmg terasa anak tu x fotogenik langsung smpai mmg rasa fed-up nk masuk dah tapi bila angin nk msuk gak belasah jer comey ke x...

alinalan said...

takpe la wan. cam wan ckp nk masuk kt kene happy... stuju tuh... mama zharfan memang otai, kene amik sket seru dr mama zharfan ler... boleh ke suziey...