Nuffnang

Followers

Friday, June 18, 2010

Manwha & Drama ~ Goong

Pernah baca manwha Goong? Kalau tidak pun pernah tengok Korea Drama bertajuk Goong? Kalau belum, korang kena pastikan siri drama atau manwha ni antara koleksi peribadi korang sebab jalan ceritanya memang best!
Aku nak ceritakan pasal Korea Dramanya dahulu. Terbahagi kepada dua siri sebab dihasilkan oleh dua produksi berbeza. Tapi aku nak review drama Goong siri pertama sebab siri pertama ni lebih best. Pelakon-pelakonnya lebih mesra watak. Serta kerana s iri ini telah menjadi fenomena untuk siri-siri Drama Korea. Setahu aku, puncanya kenapa produksi ini diubah kerana drama ni jadi rebutan. Berlaku perpecahan dalam produksi kendian masing-masing nak tubuhkan kumpulan produksi masing-masing. Akhirnya produksi kedua terpilih dan semua barisan pelakon asal digantikan dengan pelakon baru.

Watak-watak utama siri Goong pertama. Dua pelakon dari sudut kiri watak antagonis manakala kanannya watak hero dan heroin.

Barisan pelakon untuk watak DiRaja. Selit sekali minah ala-ala Cinderella yang suka menyibuk tu haha..

Nama Heroin: Shin Chae Kyung. Pelakonnya: Yoon Eun Hye (Yun Eun Hye). Nama samaran: "JamGgoDae" atau "Pooh". Seorang penyanyi, pelakon dan model. Sekali pandang korang akan kata. Sengalnya watak minah ni. Pakai seragam sekolah. Skirt, di dalamnya sarung seluar track suit. Memang selalu main marathon bila jumpa cikgu sekolah sebab tak patuhi undang-undang sekolah.

Nama Hero: Lee Shin. Pelakonnya: Joo Ji Hoon. Seorang model dan pelakon. Episod pertama tengok lakonannya punyalah aku hangin. Apalah pelakon macam ni pun terpilih jadi watak utama. Kekok. Kaku. Tapi bila masuk episod-episod seterusnya aku terus suka kat mamat ni. Memang watak anak raja berlagak sombong bodoh tu sesuai sangat dengan dia hehe...

Watak: Lee Yul . Pelakonnya: Kim Jeong Hoon (Kim Jung Hoon) / John Hoon / Jin Zhen Xun. Punya banyak nama. Seorang penyanyi, pelakon dan model. Dia memang sesuai dengan watak Lee Yul. Putera yang sepatutnya dimahkotakan tapi terpaksa serahkan tahta kepada Shin sebab kemangkatan bapak dia. Selepas selesai siri drama ni John Hoon nak tarik diri dari produksi drama ni sebab tak tahan dengan tekanan watak ni. Katanya:"Nampak je simple watak ni beb, tapi seksa aku layan watak psiko macam Lee Yul ni" aku punya versi kata-kata wakili John Hoon, hahaa... Tapi akhirnya semua pelakon digantikan dengan pelakon baru. Ironi sungguh.

Semua gambar kredit kepada google & http://www.velverse.com/

Sukanya aku dengan drama ni. Setiap episod akan disediakan dengan momen-momen drama versi teddy bear. Comellll....!!
Aku sukakan bahagian ni. Ketika Chae Kyung sibuk nak mengajar aktiviti-aktiviti mengarut pada Yul yang baru masuk sekolah yang sama dengan Chae Kyung dan Shin. Pada asalnya dorang ni yang dijodohkan bersama. Tapi disebabkan tahkta bakal diserahkan kepada Shin. Maka Yul terpaksa lepaskan peluang sebagai Raja seterusnya dan terpaksa lepaskan Chae Kyung. Tapi memang Yul pun ada hati kat Chae Kyung.

Bahagian ni pun kelakar ketika pakatan antara keluarga DiRaja konon-konon nak eratkan hubungan antara dorang ni. Korang jangan lepaskan episod yang ini. Memang buat aku gelak guling.

Keluarga Chae Kyung yang tak berapa nak sempurna. Terlibat dengan hutang. Mak bapak dan adik yang berperangai pelik. Termasuk perangai heroinnya jugak. Macam mana pun kasih sayang sesama dorang tetap teratas.

Keluarga DiRaja semasa muda

Keluarga Shin

Keluarga Yul masa kecik

Seterusnya layan pulak lukisan-lukisan cantik versi manwha. Pelukisnya perempuan tau. Sila kagum dengan mata bersinar-sinar bahagia. PARK So Hee berasal dari Gimhae, South Korea.

Jalan cerita manwha dan dramanya memang banyak berbeza. Manwha Goong ni masih berstatus dalam pembikinan. Aku pun dah lama tak ikuti perkembangan manwha ni sebab lama sangat nak habis. Nanti bila betul-betul siri ni dah habis barulah aku terhegeh-hegeh nak ikut balik hehe...

Kalau korang perasan, ada beberapa babak dalam drama menyerupai babak dalam manwha. Contohnya gambar ni. Ketika heroin sibuk-sibuk mengacau Yul membaca kat tempat rahsia dalam istana tu hehe...

4 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

wan.....

thanks for the review, nak carik lepas ni nak tambah koleksi drama korea.. :)

Wansteddy Tales said...

ayu ~ best citer ni. sayangnya siri kedua produksi lain ambil alih. pelakon pn dah tak best wuwu... rasa xlengkap tontonnya

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

movie ni da lama ada dlm harddisc, tp x tgk2 lg.
kne tgk neh. hehe :)

Wansteddy Tales said...

best drama ni. yg xbestnya siri kedua lain pelakon n produksi... sayang je mcm xhabis tgk la drama ni hurm